assalamualaikum & salam sejahtera 😊
pagi Jumaat yg sungguh sejuk! 😄 masuk ofis, tak on air-cond, biar kan diri ni suam-suam dulu. kebetulan jam 9.00 pagi nanti ada meeting, masuk lagi bilik meeting yg sejuk. aduhai... boleh cramp segala urat saraf badan ni hah krn kesejukan yg berpanjangan hi hi hi...
nak kongsi kisah jalan-jalan makan-makan kami last weekend. dek kerana minda sekeluarga da tepu, lama tak rentas daerah beramai-ramai, mr.Asben ajak ke Jasin, makan di Cafe Markisa sekali lagi. pucuk di cita, ulam mendatang la kan. selesai saje waktu tuisyen online Syuhada Ahad tu, terus kami gerak ke Jasin.
kali pertama ke Cafe Markisa end of last year, kami balik dgn gembira. puas hati dgn apa yg kami makan kat situ. dgn asam pedas ikan kembungnya, ikan siakap masak lemak cili api yg marveles... alhamdulillah. maka, kali ni kami da plan dah nak mencuba lauk masak tempoyak pulak.
panas! order semua air saiz jumbo 😄.
paling wajib cuba, jus markisa tu.
alamak tuan... sedap tak terkata. masam manis 😍.
ni hidangan utk anak bujang
sememangnya sesuai la utk semua golongan dan peringkat umur. itu yg orderkan Izzat nasi goreng chicken chop. nasi goreng memang kegemaran Izzat, happy la dia bila ia terhidang di depan mata.
lauk ikan baung masak tempoyak.
saiz ikan tu kami pilih saiz XL.
ini kalau org bagi salam time kita sedang menyuap, confirm kurang perasan!
anak bujang ku yg tersayang.
phone utk menghiburkan hati dia - YouTube.
bergasak Izzat makan nasi goreng chicken chop dgn sambal belacan!
2 mangkuk kecik ni, dia makan sorang diri.
lepas tu merah padam muka dia - kepedasan!!! 😄
kalau dulu, menu Cafe Markisa ni hanya 1 muka surat, kini... byk menu terbaik yg boleh kita pilih. tak cukup dgn sekali datang. kalau dari perkiraan saya, mau nyer dtg lagi 4 - 5 kali lagi. baru boleh complete jelajah semua menu.
barang baik, mestila kita nak kongsikan. di musim-musim tak boleh rentas negeri ni, elok la kita jelajah negeri sendiri aje. kalau sebelum ni tak sempat or tak berpeluang, ini la masanya. nanti-nanti da buka border negeri-negeri seluruh Malaysia, nak ke Bangi la, nak ke Cameron Highlands la, nak ke Langkawi la.... hmmmmm, nama kan aje lokasinya, nak aje! 😆
terbaik 👍
18 Comments
wow best2
ReplyDeleteBestnya kak, makan dengan view macam tu. Jasin ni kira hidden gem Melaka. Local je tau kat mana port makan best
ReplyDeleteKawasan terbuka yang seronok. Lepas makan boleh jalan-jalan tengok tasik.
ReplyDeleteWah nasi goreng ada sambal belacan atau kena minta sendiri?
Alhamdulillah..Sedap nampaknya lauk ikan baung masak tempoyak tu Aida.. Sha bookmark dulu tempat makan ini.. Manalah tahu tetibe boleh rentas negerikan.. Bolehlah ke sini.. Melaka ini antara negeri yang memang akan Sha tuju kalau boleh rentas negeri..
ReplyDeleteberselera tgk si anak bujang tu makan :)
ReplyDeletesonok semuanya 😅
ReplyDeleteKecur air liur membayangkan lauk tempoyak tu dilawan dengan sambal belacan, Aida🤤
ReplyDeleteAmboi, bukan main lagi si bujang makan sambal belacan! Tempat makan begini memang sesuai sangat utk satu keluarga... pelbagai menu ada boleh pilih ikut cita rasa masing-masing.
makanan best suasana persekitaran pun syok... mmg berbaloi betul dtg mkn ke sini
ReplyDeletesedapnyaaa
ReplyDeleteSaya tak pernah makan ikan baung dan juga tak makan tempoyak. Sedap ke tempoyak?
ReplyDeletekita tag kak aida dalam GA shida tau
ReplyDeletesedapnya tengok ikan dia. dah la besar, buat masak tempoyak pulak tu fuhhhh
ReplyDeleteramadhan kareem semoga ramadhan kali ini lebih manis dan lebih dapat beribadah
ReplyDeleteSedap tengok hidangan dalam gambar. Selera Izzat makan. :)
ReplyDeletesedapnya. sungguh menyelerakan
ReplyDeleteBest makan dengan suasana di tepi pantai nih!
ReplyDeleteSedang puasa tengok menu mengancam adoiii! hahahaa...
Menarik cafe ni kak. Harap nanti lepas habis covid boleh datang sini. View dia menarik dan hidangan pun nampak sedap sedap tu.
ReplyDeleteDah makan harituuuu.. tapi Piza ajo... air Markisa tu sedappp.. sesuai harga rm8 dgn saiz gituhhh. hihi
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.