assalamualaikum & salam sejahtera 😊

Dating & Eating

pagi ni breakfast dgn mr.Asben. hujan renyai-renyai sejak selepas subuh. persekitaran sejuk nyaman. berangin sepoi-sepoi bahasa 😍. masing-masing kami minum 2 cups of hot coffee. saya sepinggan nasi lemak telur mata. mr.Asben makan roti tampal cicah kari kambing yg amat sedap. dgn perut yg kenyang, kemudian sama-sama kami masuk ofis.

We Time
kadang-kadang bila berkesempatan. breakfast lah yg paling sesuai. samada hari bekerja atau hujung minggu. lunch or dinner kebiasaannya tak brape sesuai! hari bekerja waktu terlalu singkat nak bahagikan antara tidur, lunch dan solat. terkejar-kejar! hujung minggu plak, bersama jugak tapi bersekali dgn anak-anak la 😀. bila dgn anak-anak, topik borak akan berbeza la. bila berdua, topik borak lebih serius 😉. hal ehwal negara hi hi hi...

Dating
ha ha ha anak-anak kalau dgr je kami nak keluar berdua, mereka akan sebut, "dating la tu ye" 😅. 

aduhai anak, puas dah ibu ayah ni dating dedolu kala tau. now kalau "dating", gi supermarket beli ikan sayur ayam beras. tak brape selesa bila gelar diri sendiri as sedang "dating". mcm tak brape sesuai dah tua-tua dating 😅.

Dating & Eating
ni lunch saya hari ni 😍😍😍

bekal nasi putih dan peria goreng. aduhai. tu je pun dah memuaskan perut saya yg kelaparan! tak payah dah lauk lain. ringkas! pahit-pahit lemak, sedap!!!

lauk peria goreng ni adalah resepi mak saya. dulu kala tak suka sgt makan peria. bila dah masuk umur 40-an ni, tetiba tersuka plak. bila makan, terasa mcm mak abah ada dekat dgn saya. lega skit rasa rindu tu... 
kini boleh video call aje dgn mak abah di Bangi. tak boleh nak peluk cium 💙💚💛💜. kena tunggu perintah larangan rentas negeri di tarikbalik aje.

ptg ni tak perlu nak masak. sebab lauk semlm masih berbaki, kari ayam. nak tumbuk blend sambal belacan aje semangkuk. ulam timun. bila x memasak, dpt la luang masa utk sauna sebelum maghrib nanti. ringan skit badan... lega...

moga esok baik-baik aje utk kita semua, kan... in shaa Allah.