assalamualaikum & salam sejahtera 😊
resepi mak saya. peria goreng bercili gini memang lauk kesukaan abah. paling best kalau ada udang besar-besar. mesti sedap makan dgn nasi putih panas-panas. kalau abah datang rumah saya, sure dia akan kirim belikan peria. selagi tak beli, selagi tu la abah bising 😄.
bahan :
- peria (peria panjang, saya tak guna peria katak)
- 5-7 bawang kecil
- 5-7 ulas bawang putih
- 5 batang cili merah
- segenggam udang kering
- sos tiram secukup rasa
- air (jika nak berkuah)
- minyak utk menumis
cara :
- peria dipotong nipis-nipis.
- bahan tumis : bawang kecil, bawang putih, cili merah dan udang kering dikisar halus.
- then, tumis hingga garing dan naik bau.
- masukkan peria. masukkan sos tiram. gaul rata.
- kalau nak berkuah, masukkan air. masak hingga peria lembut.
bawa bekal ke ofis utk lunch.
cukup mengenyangkan.
tak perlu dah lauk lain 😍.
malangnya, anak-anak saya tak suka lauk ni. aduhai... "pahit" la, "tak sedap" la, "tak suka" la 😟. bertuah punyer anak-anak.
peria ni banyak khasiatnya. rasanya pahit, mungkin ramai yang tak gemar! kebiasaan, yg kurang sedap itulah penawar kepada penyakit. kan? antara khasiat peria :
- jus peria utk orang diabetes. buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula di dalam darah.
- menggalakkan penghasilan susu ibu. hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi. mesti pahit! hu hu hu...
- atasi masalah haid. bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid.
- cantikkan kulit. peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.
- neutralkan darah. jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah kulit. amalkan mengambil segelas jus peria yang dicampurkan bersama dengan satu sudu kecil jus limau.
[sumber maklumat khasiat peria : 12 Kebaikan Peria]
aduhai. sedapnya peria goreng bercili ni. lemak pahitnya memang sedap dimakan dgn nasi putih panas. tak perlu dah lauk lain tau. cuba la.
😏

8 Comments
Nampak sedappp
ReplyDeleteAlamak, diorg mmg tak suka pahit kan ,rasanya pahit2 ni makanan faktor umur hehe , dulu atie pun tak suka tapi now dah suka haha
ReplyDeletesedapnya masak gini.. sha suka memang laju je makan nasi kalau ada lauk ini..
ReplyDeleteTambah telur mungkin anak-anak akan suka
ReplyDeleteSedapnya peria goreng bercili begini. Saya suka peria, tetapi kalau di rumah ni memang saya seorang je yang makan, Aida. Yang lain tak berkawan dengan peria 😊
ReplyDeletehehehe samalah saya tak berapa suka sbb pahit hehehe
ReplyDeleteNampak sedap, Aida. Terima kasih, share resepi.
ReplyDeleteSedapnya peria tumis berlada. Lama tak makan peria. terasa rasa pulak pahit pahit sedap tu :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.