assalamualaikum & salam sejahtera 😊

resepi mak saya. peria goreng bercili gini memang lauk kesukaan abah. paling best kalau ada udang besar-besar. mesti sedap makan dgn nasi putih panas-panas. kalau abah datang rumah saya, sure dia akan kirim belikan peria. selagi tak beli, selagi tu la abah bising 😄.

Resepi Peria Goreng Bercili | Ringkas dan mudah

bahan :
  • peria (peria panjang, saya tak guna peria katak)
  • 5-7 bawang kecil
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 5 batang cili merah
  • segenggam udang kering
  • sos tiram secukup rasa
  • air (jika nak berkuah)
  • minyak utk menumis

cara :
  1. peria dipotong nipis-nipis.
  2. bahan tumis : bawang kecil, bawang putih, cili merah dan udang kering dikisar halus.
  3. then, tumis hingga garing dan naik bau.
  4. masukkan peria. masukkan sos tiram. gaul rata.
  5. kalau nak berkuah, masukkan air. masak hingga peria lembut.

Resepi Peria Goreng Bercili | Ringkas dan mudah
bawa bekal ke ofis utk lunch.
cukup mengenyangkan.
tak perlu dah lauk lain 😍.

malangnya, anak-anak saya tak suka lauk ni. aduhai... "pahit" la, "tak sedap" la, "tak suka" la 😟. bertuah punyer anak-anak.

peria ni banyak khasiatnya. rasanya pahit, mungkin ramai yang tak gemar! kebiasaan, yg kurang sedap itulah penawar kepada penyakit. kan? antara khasiat peria :
  1. jus peria utk orang diabetes. buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula di dalam darah.
  2. menggalakkan penghasilan susu ibu. hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi. mesti pahit! hu hu hu...
  3. atasi masalah haid. bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid.
  4. cantikkan kulit. peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.
  5. neutralkan darah. jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah kulit.  amalkan mengambil segelas jus peria yang dicampurkan bersama dengan satu sudu kecil jus limau.
[sumber maklumat khasiat peria : 12 Kebaikan Peria]

aduhai. sedapnya peria goreng bercili ni. lemak pahitnya memang sedap dimakan dgn nasi putih panas. tak perlu dah lauk lain tau. cuba la.
😏