assalamualaikum dan salam sejahtera 😊
selamat tengahari.
semoga semua yg membaca ni dalam keadaan yg sihat sejahtera. esok bakal bermula total lockdown PKP 3.0. jaga la ye, janganlah di antara kita-kita ni ingkar perintah kerajaan. ini semua utk kebaikan kesihatan awam. agar kita semua boleh hidup secara normal semula.
in shaa Allah...
lama dah gambar chicken pie dalam phone. tak berpeluang nak kongsi dlm blog. tak berpeluang nak borak-borak pasal chicken pie ni. mood blogging terbang ntah ke mana. di bawa oleh angin ntah landing di mana 😄 😆.
chicken pie comel 💜
chicken pie ni salah satu makanan kesukaan saya. kalau ke bakery di mana-mana, sure grab 2-3 ketul chicken pie. sangat suka 😍. tu la sebab terus google resepi paling mudah untuk buat chicken pie yang sedap dimakan. bahan-bahan yang senang dicari. cepat disediakan 👍.
bahan yang diperlukan :
- puff pastri
- egg wash (rujuk 👇)
- ayam kisar
- mix vege
- 1 tin cendawan butang (hiris)
- 1 tin sup ayam campbells (cream of chicken)
- 1 kotak kecil susu full cream
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
- serbuk lada hitam & garam
- butter / marjerin utk menumis
resepi nak buat egg wash 👆
cara penyediaan inti :
- tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
- masukkan ayam kisar dan cendawan butang. masak sehingga air dari ayam tu kering.
- masukkan mix vege, sup ayam dan susu.
- masukkan sedikit serbuk lada hitam dan perisakan dgn garam secukup rasa.
- masak hingga sedikit kering (bergantung kepada kesukaan masing-masing nak kering atau lembab inti ni)
tak sukar mana pun. dari beli di kedai, lebih baik kita buat sendiri. gotong-royong dengan anak-anak 😃. resepi and idea bahan-bahan ni saya olah dari byk perkongsian di website dan YouTube. lambakan idea, nak tak nak cuba buat je.
inti yang sedang dimasak atas dapur.
makan begitu saje pun sedap 😋.
saya dah try guna pelbagai produk campbells -ayam (cream of chicken), cendawan (cream of mushroom) dan ayam & cendawan (creamy chicken mushroom). mana-mana pun ok. what is available kat kedai la. susu full cream tu saya tambah utk lebih rasa lemak.
saya gunakan 7cm finger bowl 👇👇👇. masa tu nak mencari acuan aluminium kekecil gitu. time PKPB, takde stok pula di kedai dekat dgn rumah ni. terjumpa plak acuan besi tu. ok la tu. dapat idea utk buat mini chicken pie ni dari blog AzieKitchen la. chef Azie buat guna bekas muffin. comel!
sekeping puff pastri tu, saya buat dulu penutup chicken pie di atas tu, terap aje dgn acuan tu. lebihan puff pastri tu, barulah dijadikan mangkuk chicken pie, diterap-terap pula di dalam acuan. bakar la dalam masa 15 - 25 minit dgn suhu 180'C.
nak inform, inti tu byk tau. lebih dari 20 ketul chicken pie. puas hati makan dgn anak-anak. saya balik ke Bangi sebelum ni, bwk chicken pie ni, seronok anak-anak buah makan 😀😍.
esok lockdown bermula. 2 minggu. boleh la cuba-cuba buat mini chicken pie mudah dan sedap ni. bahannya pun mudah nak dpt kat kedai-kedai runcit atau supermarket. buat minum petang dan teh o panas. terbaik 👍.
28 Comments
sedapnya chicken pie ni... blh cuba. t.ksih sis sharing
ReplyDeleteHaah selalu beli inti sedikit. Lagi satu susah jumpa yang sejuk beku. Bolehlah cuba buat.
ReplyDeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteWah! mudahnya.. terasa nak cuba ni.. kunjungan balas daripada Bie
ReplyDeleteuish sedapnya..boleh buat ni :)
ReplyDeleteRajinnya
ReplyDeleteWaahh saya pun suka ciken pai ni... bila dah boleh buat sendiri, mesti lagi best, ikot citarasa sendiri. tq share resepi. takde laa susah sgt pun kan.
ReplyDeleteWau xpernah makan LG.. Nanti try
ReplyDeletewahh, intinya nampak sedap, belum pernah try lagi. kena try ni 🙊
ReplyDeleteAduh kakkkkk.. Sedap nyaaa.. Fav saya ni.. Kalau beli mahal kan... Pasni boleh tiru resipi akak ni😍
ReplyDeleteMenariknya chicken pie. Terima kasih share resepi boleh try buat nanti nihh :)
ReplyDeleteSedapnya. Kalau mood rajin , nanti saya cuba.
ReplyDeletePuff pastry susah nak dapat. Kat Giant sini kalau nak beli takde, Tapi kalau tak rasa nak makan ada pulak dia..hihi. Buat sendiri puas hati kan, letak inti banyak-banyak!
ReplyDeletewah sedapnya
ReplyDeleteThanks for the recipe kak Aida. Alahai comelnya, sayang nak makan.
ReplyDeleteNampak sedap..
ReplyDeleteWah sedapnya nampak homemade chicken pie tu, thank you share resipi dan step by step untuk buat, nanti nak try jugaklaa 😍
ReplyDeletetengah lockdown sekarang memang best la kalau nak cuba resepi ni. Nampak menyelerakan tu. Faiq nak try buat laa.
ReplyDeletemacam best jugak buat pai kan tak pernah lagi buat, nanti nak try, haritu ada nampak pastry doh tu tapi tak terfikir nak masak apa
ReplyDeleteWahhh nampak pun mudah. Nanti nak tryla.. suka resepi mcm ni.. anak2 pun jns suka makan.. so mmg ngam
ReplyDeleteIyoo laaa mudah beno ni.. tak pernah try buat pie kecik gini.. nanti nak try laaa... bahan semua ada tu..
ReplyDeleteWahhh menarik ni. Tak pernah buat pastri sendiri. Nampak macam senang. Bolehla cuba
ReplyDeletePandainyaa buat chicken pie.. Elok je kejadiannya.. Sedapnyaa tengok.. Kita nak kene cari microwave baru boleh buat.. Hehe
ReplyDeleteAritu kita ada cuba buat chicken pie from scratch. Filling dia tu senang je, tapi puff pastry tu yg leceh sikit, nak kena sejukkan dulu semua bahan, biar tekstur dia jadi flaky.
ReplyDeleteWah thanks for sharing this recipe, nanti sis nak buat ni untuk hari jadi anak buah.
ReplyDeleteBoleh try la buat juga la guna resipi ni, nak..if buat sendiri confirm puas hati kan! boleh juga try buat my favorite flavors ala2 SR Black Pepper Pie :)
ReplyDeleteterimakasih sis atas perkongsian. nanti boleh cuba buat sebab dah boring makan benda sama je huu
ReplyDeleteThis chicken pie recipe looks really simple and easy to be made. Thanks for sharing they are indeed very tempting.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.