assalamualaikum dan salam sejahtera 😊

selamat tengahari.

semoga semua yg membaca ni dalam keadaan yg sihat sejahtera. esok bakal bermula total lockdown PKP 3.0. jaga la ye, janganlah di antara kita-kita ni ingkar perintah kerajaan. ini semua utk kebaikan kesihatan awam. agar kita semua boleh hidup secara normal semula.

in shaa Allah... 

lama dah gambar chicken pie dalam phone. tak berpeluang nak kongsi dlm blog. tak berpeluang nak borak-borak pasal chicken pie ni. mood blogging terbang ntah ke mana. di bawa oleh angin ntah landing di mana 😄 😆.

Resepi Chicken Pie Mudah | Sedap dimakan dan cepat disediakan
chicken pie comel 💜

chicken pie ni salah satu makanan kesukaan saya. kalau ke bakery di mana-mana, sure grab 2-3 ketul chicken pie. sangat suka 😍. tu la sebab terus google resepi paling mudah untuk buat chicken pie yang sedap dimakan. bahan-bahan yang senang dicari. cepat disediakan 👍.

bahan yang diperlukan :
  • puff pastri
  • egg wash (rujuk 👇)
  • ayam kisar
  • mix vege
  • 1 tin cendawan butang (hiris)
  • 1 tin sup ayam campbells (cream of chicken)
  • 1 kotak kecil susu full cream
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • serbuk lada hitam & garam
  • butter / marjerin utk menumis

Resepi Chicken Pie Mudah | Sedap dimakan dan cepat disediakan
resepi nak buat egg wash 👆

cara penyediaan inti :
  1. tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. masukkan ayam kisar dan cendawan butang. masak sehingga air dari ayam tu kering.
  3. masukkan mix vege, sup ayam dan susu. 
  4. masukkan sedikit serbuk lada hitam dan perisakan dgn garam secukup rasa.
  5. masak hingga sedikit kering (bergantung kepada kesukaan masing-masing nak kering atau lembab inti ni)

tak sukar mana pun. dari beli di kedai, lebih baik kita buat sendiri. gotong-royong dengan anak-anak 😃. resepi and idea bahan-bahan ni saya olah dari byk perkongsian di website dan YouTube. lambakan idea, nak tak nak cuba buat je.

Resepi Chicken Pie Mudah | Sedap dimakan dan cepat disediakan
inti yang sedang dimasak atas dapur.
makan begitu saje pun sedap  😋.

Resepi Chicken Pie Mudah | Sedap dimakan dan cepat disediakan

saya dah try guna pelbagai produk campbells -ayam (cream of chicken),  cendawan (cream of mushroom) dan ayam & cendawan (creamy chicken mushroom). mana-mana pun ok. what is available kat kedai la. susu full cream tu saya tambah utk lebih rasa lemak. 

saya gunakan 7cm finger bowl 👇👇👇. masa tu nak mencari acuan aluminium kekecil gitu. time PKPB, takde stok pula di kedai dekat dgn rumah ni. terjumpa plak acuan besi tu. ok la tu. dapat idea utk buat mini chicken pie ni dari blog AzieKitchen la. chef Azie buat guna bekas muffin. comel!

Resepi Chicken Pie Mudah | Sedap dimakan dan cepat disediakan

sekeping puff pastri tu, saya buat dulu penutup chicken pie di atas tu, terap aje dgn acuan tu. lebihan puff pastri tu, barulah dijadikan mangkuk chicken pie, diterap-terap pula di dalam acuan. bakar la dalam masa 15 - 25 minit dgn suhu 180'C. 

Resepi Chicken Pie Mudah | Sedap dimakan dan cepat disediakan
comel, kan?

Resepi Chicken Pie Mudah | Sedap dimakan dan cepat disediakan
si kecil penuh dgn inti yang creamy! 

nak inform, inti tu byk tau. lebih dari 20 ketul chicken pie. puas hati makan dgn anak-anak. saya balik ke Bangi sebelum ni, bwk chicken pie ni, seronok anak-anak buah makan 😀😍.

esok lockdown bermula. 2 minggu. boleh la cuba-cuba buat mini chicken pie mudah dan sedap ni. bahannya pun mudah nak dpt kat kedai-kedai runcit atau supermarket. buat minum petang dan teh o panas. terbaik 👍.