assalamualaikum & salam sejahtera...
mesti semua tahu bahawa makanan atau masakan kampung adalah yang terbaik. kita orang Melayu ni memang kaya dengan menu masakan yang sedap-sedap. berkali ganda sedap dari makanan barat atau makanan moden.
best nya pula, setiap negeri di Malaysia ni ada makanan tradisional mereka yang istimewa. memang menjadi keutamaan saya la, kalau bercuti, berjalan serata negara, makan-makan 😋😍. awal-awal da buat carian dah tempat-tempat makan yang wajib disinggah. makanan apa yang wajib dibeli bawak balik rumah. best nya lah... rindu nak jalan-jalan cari makan. ntah bila la boleh kita berjalan semula, kan... in shaa Allah.
ikan pekasam 😍
budu tempoyak 😍
betul ke tidak? kalau korang jadi saya, confirm nasi bertambah-tambah juga kan dgn semua di atas. kebetulan, tempoyak tu pun saya dpt dari Perak. tu la nak cerita and promote produk makanan terbaik ni. ikan pekasam ni dibuat oleh biras adik saya, di Lenggong, Perak. resepi arwah mak mertua adik saya.
adik saya dan suaminya jual ikan pekasam ni di Kajang, Bangi, Puchong dan berdekatan dengannya. makanan tradisi dari kampung telah dikomersial kan di Lembah Klang.
tgk la rezeki pembeli dapat ikan apa.
ada ikan kawan, sebarau, terobul, luma atau lampam.
boleh hubungi adik ipar saya kalau-kalau nak merasa ye 😋.
jika ada stok, rezeki korang la - 0193063288 (Ustaz Mawi).
- panaskan minyak.
- gorengkan ikan pekasam hingga garing.
- asingkan ikan yang telah digoreng.
- gorengkan pula bawang bersama cili padi.
- taburkan di atas ikan pekasan yang telah digoreng tadi. SIAP 😍
...menyelerakan!
ntah bila saya jatuh cinta dgn budu? sejak belajar di UIAM dulu, saya memang berkawan rapat dgn anak-anak Kelantan. namun, saya tak mula makan budu sewaktu belajar. beberapa tahun kebelakangan ni saje. bila bercuti ke Kelantan, saya dan mr.asben gemar makan di kedai Nasi Ulam Cikgu. kalau jejak kaki di Kota Bharu, mesti ambil waktu utk lunch di situ.
mungkin sejak itu, dalam peti ais saya mesti ada sebotol budu. tak sukar nak mencari sebotol budu di Melaka. di mana-mana ada jual. best!
cara saya makan budu sama seperti orang lain. saya follow saje. budu bersama cili padi, sedikit perahan limau dan tempoyak. rebus bendi dan petola. buat cica budu tempoyak. ah, sedapnya! lauk yang saya iringkan bersama budu tempoyak adalah kebiasaannya ikan singgang, sup ayam, ayam masak halia... agar budu tempoyak tu berasa! 😋
kita makan cara kita, janji sedap.
saya orang Melaka, dalam peti ais saya ada budu, tapi tiada cencaluk! ye, saya makan cencaluk tapi tidak simpan di rumah kerana elergi udang geragau tu. cepat aje hidung ni gatal-gatal. maka, kalau makan di kedai, ada cencaluk, barulah saya merasa 2-3 sudu. sedap!!!
... bye!
30 Comments
oo..ada lauk yg sesuai dgn budu..tq for the info..
ReplyDeleteBudu + tempoyak...ikan pekasam.. betul2 menambah selera..
nampak sangat sedap....
ReplyDeletemasakan kampung memang menyelerakan dan sedap dimakan dengan nasi kosong sahaja.
ReplyDeleteSedapnya.. suami saya orang Lenggong, kadang balik Lenggong pun boleh terlupa nak menapau bawa balik pekasam ke Selangor. Punyalah syok balik kampung kan.. hihi. Paling sedap ikan loma dan lampan. Ya Allah.. teringat-ingat..
ReplyDeleteikan pekasam makan panas2 memang berselera makannya. Budu selalunya saya makan dengan nasi kerabu je haha
ReplyDeleteThis frozen food looks so good. I think should check it out and try it. Thank you for sharing.
ReplyDeleteI love this kampung dish recipe as it recalled what I have enjoyed it during my kampung stay before. love it. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletesedapnyer selalu kirim pekasan dengan kawan bila dia balik kampung di Kedah.
ReplyDeletekaella nak try la masakan ni, sebab belum pernah try lagi, pastu nampak sedap.
ReplyDeleteTaknak baca! Taknak baca! Sebab kalau baca kang teringat-ingat dan termimpi-mimpi pasal budu dan pekasam.
ReplyDeleteEh.
Esok kena cari nie.
Alamak silap time singgah sini memalam, bikin orang lapo hahaha nampak sedap sangat pekasam tu layan kalau makan dengan org yang sama beselera dengan kita, sygnya suami dan anak tak makan, budu tu pun sy beru-baru nak belajar makan. hehehe
ReplyDeleteBila tengok pekasam dengan budu ni terus flash back memori masa kerja dulu. Kami masak nasi kat ofis. Cuma bawa lauk. Nak jimat belanja. Ada sorang team bawa lauk budu. Perghhh, sepinggan nasi panas... clear.
ReplyDeleteMeme jeliro sengoti make ike pekase denga budu...
ReplyDeleteBudu tak makan tapi ikan pekasam tu memang fav Marsha. Sini Marsha suka beli dekat Lenggong...sedap
ReplyDeleteSedapnya ikan pekasam. Iza suka ikan pekasam. Nak-nak ikan lampam. Dia boleh pos ke kalau nak order? Iza duduk kuantan. Huhuh.
ReplyDeleteYa Allah perkasam..
ReplyDeleteSedap giler. Dapat makan nasi panas panas memang bertambah.
Ank kita 2-2 suka perkasam jugak.
Berebut dibuatnya.
Ya Rabbi.. ini kalau dapat makan, memang pembuka selera betullah, kecuali budu, Sis tak pandai makan jenis gitu, tapi dalam nasi kerabu Sis makan hehehe
ReplyDeletehuh terliur pulak tengok gambar pekasam tu..pekasam ni memang penambah selera makan :)
ReplyDeletebest ni lagi lagi ori dari kampung. Budu ni kalau ada cili dan limau sikit, dah sedap. Tambah lak aa pekasam, perghhhhhhh...memang selera la makan
ReplyDeletetak pernah makan lg
ReplyDeleteWow! Menarik ni so far tak pernah try lagi bah! terliur tengok ye! Boleh inform my housemate la.. nak prepare pun senang jer kan..
ReplyDeletekita budu tu jugakkkkk.. huhu… ikan pekasam ni buat nasi sepinggan xcukup
ReplyDeleteIkan pekasan memang favorite sangat , lagi kalau goreng dengan bawang yang banyak dan cili , perah lagi dengan asam limau memang padu teruk . Budu pun saya suka tapi masalahya kalau makan nanti badan gatal2 tapi saya tak peduli , biasanya makan dulu pastu gatal tu pikir kemudian. Ehehehe
ReplyDeleteSaya memang suka pekasam. Jatuh cinta masa duduk dengan makcik di Pahang, ada jiran orang Perak bagi.
ReplyDeleteOmg.. dah lama tak makan pekasam dah, terliur sis tengok sebab sis suka makan pekasam ikan.
ReplyDeleteLama tak makan ikan pekasam. Sedap goreng dengan bawang potong dan cili api.
ReplyDeleteLama tak makan pekasam. Sy org utara tp xmakan tempoyak dgn budu. Yg lain masih mkn.
ReplyDeleteSaya pun mula belajar makan budu sejak bergaul dengan student UM dari Kelantan. Dari situ mulalah berkenalan dengan nasi kerabu yang dijual di pasar malam Seksyen 17.
ReplyDeletePekasam, budu, tempoyak... semua saya suka. Baru-baru ini jumpa pekasam kegemaran saya di kedai runcit, punyalah saya gembira, Aida. Macam jumpa emas!
ReplyDeleteRasanya Aida pernah hadiahkan saya sepaket pekasam air tangan biras Aida ni suatu masa dahulu. Memang sedap! Terima kasih share contact numbernya. Nanti boleh order :)
Budu tu kalau bubuh dalam nasi kerabu Sha suka.. tapi makan macam tu tak boleh nak terima.. kikiki..
ReplyDeletePekasam ikan pula memang feveret..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.