assalamualaikum & salam sejahtera...

mesti semua tahu bahawa makanan atau masakan kampung adalah yang terbaik. kita orang Melayu ni memang kaya dengan menu masakan yang sedap-sedap. berkali ganda sedap dari makanan barat atau makanan moden.

best nya pula, setiap negeri di Malaysia ni ada makanan tradisional mereka yang istimewa. memang menjadi keutamaan saya la, kalau bercuti, berjalan serata negara, makan-makan 😋😍. awal-awal da buat carian dah tempat-tempat makan yang wajib disinggah. makanan apa yang wajib dibeli bawak balik rumah. best nya lah... rindu nak jalan-jalan cari makan. ntah bila la boleh kita berjalan semula, kan... in shaa Allah.

tu la tu. 2-3 hari ni, di atas meja makan saya memang dihidangkan dgn lauk kampung. lauk org perak dan org kelantan di bumi Melaka. aduhai, saya bertambah nasi 2-3 kali. Allahu! tu yg malas nak hidangkan lauk-pauk tradisi gini.

Pekasam Kering Opah Chu & Pati Ikan Bilis Istimewa | Makanan kampung tapi sedap tahap kayangan!
ikan pekasam 😍

Pekasam Kering Opah Chu & Pati Ikan Bilis Istimewa | Makanan kampung tapi sedap tahap kayangan!
budu tempoyak 😍

betul ke tidak? kalau korang jadi saya, confirm nasi bertambah-tambah juga kan dgn semua di atas. kebetulan, tempoyak tu pun saya dpt dari Perak. tu la nak cerita and promote produk makanan terbaik ni. ikan pekasam ni dibuat oleh biras adik saya, di Lenggong, Perak. resepi arwah mak mertua adik saya. 

adik saya dan suaminya jual ikan pekasam ni di Kajang, Bangi, Puchong dan berdekatan dengannya. makanan tradisi dari kampung telah dikomersial kan di Lembah Klang.

Pekasam Kering Opah Chu & Pati Ikan Bilis Istimewa | Makanan kampung tapi sedap tahap kayangan!
tgk la rezeki pembeli dapat ikan apa.
ada ikan kawan, sebarau, terobul, luma atau lampam.

Pekasam Kering Opah Chu & Pati Ikan Bilis Istimewa | Makanan kampung tapi sedap tahap kayangan!
boleh hubungi adik ipar saya kalau-kalau nak merasa ye 😋.
jika ada stok, rezeki korang la - 0193063288 (Ustaz Mawi).

cara mudah penyediaan ikan pekasam :
  1. panaskan minyak.
  2. gorengkan ikan pekasam hingga garing.
  3. asingkan ikan yang telah digoreng.
  4. gorengkan pula bawang bersama cili padi.
  5. taburkan di atas ikan pekasan yang telah digoreng tadi. SIAP 😍
...menyelerakan!

ntah bila saya jatuh cinta dgn budu? sejak belajar di UIAM dulu, saya memang berkawan rapat dgn anak-anak Kelantan. namun, saya tak mula makan budu sewaktu belajar. beberapa tahun kebelakangan ni saje. bila bercuti ke Kelantan, saya dan mr.asben gemar makan di kedai Nasi Ulam Cikgu. kalau jejak kaki di Kota Bharu, mesti ambil waktu utk lunch di situ.

mungkin sejak itu, dalam peti ais saya mesti ada sebotol budu. tak sukar nak mencari sebotol budu di Melaka. di mana-mana ada jual. best!

Pekasam Kering Opah Chu & Pati Ikan Bilis Istimewa | Makanan kampung tapi sedap tahap kayangan!

Pekasam Kering Opah Chu & Pati Ikan Bilis Istimewa | Makanan kampung tapi sedap tahap kayangan!

cara saya makan budu sama seperti orang lain. saya follow saje. budu bersama cili padi, sedikit perahan limau dan tempoyak. rebus bendi dan petola. buat cica budu tempoyak. ah, sedapnya! lauk yang saya iringkan bersama budu tempoyak adalah kebiasaannya ikan singgang, sup ayam, ayam masak halia... agar budu tempoyak tu berasa! 😋

kita makan cara kita, janji sedap.
saya orang Melaka, dalam peti ais saya ada budu, tapi tiada cencaluk! ye, saya makan cencaluk tapi tidak simpan di rumah kerana elergi udang geragau tu. cepat aje hidung ni gatal-gatal. maka, kalau makan di kedai, ada cencaluk, barulah saya merasa 2-3 sudu. sedap!!!

... bye!