assalamualaikum & salam sejahtera 😊

PKP. stay at home. dalam pada kita bekerja di rumah dan anak-anak pdpr, sudah tentulah kita-kita berkesempatan buat byk lagi perkara di rumah yg sebelum ni tak sempat 😂. contohnya, ada yg bertukang. dptkan kayu pallet dan jadikan sebuah meja. wah! ohsem. ada juga ayah-ayah dan anak-anak bujang yang mengecat rumah, luar atau pun dalam. masa ni lah nak bonding bonding ayah dan anak.

mak-mak sudah tentu byk task di dapur, kan. test buat kuih talam. test buat kuih kukus. baru ada masa nak cuba at least 10% dari byk resepi baru yang da lama save kat phone ha ha ha ha... at least 10%, jadik la. ada pencapaian baru di situ. alhamdulillah.

salah satu yang kita boleh buat yang sebelum tak sempat nak buat adalah tonton movie. sebelum ni hanya weekend je dpt dok depan tv dgn anak-anak dan menonton. tu pun kalau-kalau takde byk kerja sekolah, kan. as for kak Nurin, tingkatan 4, kerja sekolahnya amat byk saya perhatikan. notes. exercises. kesian... memang tekun la dia buat kerja sekolah over the weekend.

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl
the real Gunjan Saxena, The Kargil Girl.

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

satu movie yang saya nak recommend hari ni is Gunjan Saxena: The Kargil Girl. a movie based on true story. seorang tentera udara wanita di India. ini adalah movie tentang dia, Gunjan Saxena.

sinopsis movie.
Gunjan Saxena menyimpan impian dari kecil untuk menjadi seorang juruterbang. bukan sekadar impian, dia bekerja keras untuk mendapat keputusan cemerlang ketika belajar semata-mata untuk diterima masuk di kolej penerbangan. namun, dia gagal meneruskan impian nak masuk kolej utk menjadi juruterbang. oleh kerana itu, demi nak jugak berada di awan biru, dia join dan berjaya menjadi tentera udara India (IAF), pilot. paling best, dia adalah wanita pertama menjadi pilot dalam IAF. bermula la dugaan dia sebagai the only pilot wanita dalam IAF. diskriminasi gender! itu la dugaan yang dia kena hadap sehingga dia kecundang dan balik kampung di tgh malam... 😒

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

kenapa Gunjan Saxena digelar The Kargil Girl? 
Perang Kargil, dikenali juga sebagai Konflik Kargil, merupakan pertikaian bersenjata antara India dan Pakistan yang terjadi antara Mei dan Julai 1999 di daerah Kargil di wilayah Kashmir. Ketika ada tentera yang tercedera dilaporkan, Gunjan pergi untuk bantuan perubatan. Helikopternya hampir terlepas jatuh ketika peluru berpandu musuh menghentamnya. Walaupun begitu, dia tetap meneruskan tugasnya. Dia mendarat di helipad dan menunggu tentera yang cedera dibawa ke helikopternya dan berjaya menyelamatkan mereka.

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

ada 3 point utama kenapa saya sgt suka movie ni :
  1. hubungan dan kepercayaan
  2. teguh pendirian 
  3. berani membuat perubahan
Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl
Gunjan Saxena lahir dari keluarga askar.
ayah dan abangnya adalah askar.
tak hairanlah semangat juangnya tinggi!

💛 hubungan dan kepercayaan di antara seorang ayah dan anak.
dari kecil, Gunjan Saxena telah dapat motivasi dari ayahnya. ayahnya tidak pernah sekalipun berpaling dari memberi sokongan kepada dia. ikatan mereka amat kuat dan ayahnya dpt merasakan kesukaran yang dilalui oleh anaknya. cara si ayah menasihati Gunjan Saxena amat simbolik bagi saya. saya suka part bila mereka berdua. 

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

💛 teguh pendirian dalam mencapai cita-cita.
Gunjan Saxena tidak bergerak dari cita-citanya meskipun pelbagai dugaan ditempuhi. tidak mudah untuk seorang wanita berada di kalangan lelaki. dan lelaki-lelaki itu terasa tergugat dengan kehadirannya. usaha untuk menjatuhkan dia dan mematahkan semangat juangnya dilakukan hari demi hari. 

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl
abang Gunjan Saxena.

si abang pula risaukan keadaan adiknya. tidak mahu adiknya diapa-apakan dan cuba nak kata pada adiknya, masuk tentera ni bukan main-main.

sekali dia rasa patah semangat kerana diperkotak-katekkan oleh rakan-rakan juruterbang. tapi tu la, semangat ayahnya dan kecekalan hatinya, dia proceed...

💛 berani membuat perubahan.
perubahan bukan satu benda yang aneh pada dia. di peringkat awal lagi, Gunjan Saxena tak takut kepada sesuatu yang baru. pada dia, cita-cita menjadi juruterbang tu yg utama. apa sahaja cabaran, dia akan lalui. sekadar masuk ke dunia lelaki dan menjadi seiring dengan lelaki, apa la sangat pada dia.

tidak mudah utk dia diiktiraf. itulah yang membuatkan Gunjan Saxena ni salah satu legend India. dia membawa perubahan kepada IAF yang kini berbeza. sudah ramai juruterbang wanita yang dilahirkan oleh IAF.

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

Review Movie | Gunjan Saxena: The Kargil Girl

saya bagi 10/10 pada movie ni. saya bukanlah pengulas filem yang baik. saya mengulas dari kaca mata penonton biasa. jalan ceritanya tidak bosan. ada gembira. ada sedih. ada tu yg buat saya rasa nak marah! hu hu hu hu... geram rasa hati! 

movie ni beri banyak pengajaran terutama kepada anak-anak. ajaklah anak-anak sama-sama menonton movie ni. terlalu banyak titik-titik pengajaran yang boleh kita ambil dan terapkan terus ke dalam sanubari anak-anak kita. in shaa Allah. sedikit sebanyak dapat la mencetus rasa semangat dalam diri anak-anak kita. dugaan? hadap dengan tenang. cita-cita? kita kejar. biar apapun cabaran, hasilnya nanti amat manis utk dikenang. jalan ceritanya tidak bosan. ada gembira. ada sedih. ada tu yg buat saya rasa nak marah! hu hu hu hu... geram rasa hati!

The advice that I like to give is that number 1, don't go into a profession just to prove something to somebody else. I never entered this profession because I wanted to prove anything to anybody else. It was my passion, it was my dream, and something I really wanted to. I think that should be the priority for everybody, irrespective of the profession you choose. Whether there are men or women in it really shouldn't be your criteria for choosing a profession. Once made your choice, keep your focus and don't let anything, anything at all, shift your focus. And there are no shortcuts. There are no shortcuts to success. If you do your job very well and make yourself indispensable, it is very difficult for the people above you, irrespective of their gender, to overlook you. That is where the focus should be, for the younger generation.
-Gunjan Saxena-


😊