assalamualaikum & salam sejahtera 😀

jumaat tiba lagi. alhamdulillah. meskipun BDR, kepenatannya tetap ada. tambahan pula dok pantau anak PdPR, faham-faham je la. menyinga kejap, memberuang kejap, mengrimau kejap hu hu hu hu... stress! 😅 bila weekend, baru la dpt bernafas dgn aman. releks dgn phone sendiri. blogwalking pun tanpa gangguan nak kena buka Google Classroom 4-5 kali sehari. lega... nikmat oh nikmat.

selesai da kami sefamili sarapan sandwich sardin pagi ni. sebantal roti gardenia jumbo habis. murah rezeki kami, alhamdulillah. 


semlm kes covid 19 Malaysia lebih 13k korang! semakin scary. saringan beramai-ramai di Selangor katanya. PKPD kan. sektor industri. tapi... kes di Melaka pun tak mau kalah! Melaka ni pun kecik molek aje. tapi kes setanding % kes di negeri besar! aduhai... apa nak dikata. arahan suruh dok rumah. dok rumah la kita ramai-ramai. tunaikan tanggungjawab ye kalau-kalau ada temujanji vaksinasi covid 19.

pagi ni just nak kongsi masak-masak. apa lagi nak dibuat. nak keluar holiday tak boleh. nak gi rieadah kat taman botanikal tak boleh. nak gi shopping kat Aeon lagilah dilarang. so, kisah dapur, kisah ruang tamu, kisah program tv... tu aje la 😄.

Asam Pedas Daging Tetel | Menu wajib orang Melaka


bahan-bahannya : 
  • daging tetel 
  • daun kesum 
  • bendi 
  • secubit halba
  • bawang merah - ditumbuk halus 
  • 2 inci kunyit hidup - ditumbuk halus 
  • 2 btg serai - diketuk 
  • 4 senduk ciliboh 
  • air asam jawa 
  • secubit garam 

cara-cara mudah nak masak asam pedas tetel :
  1. tumiskan halba, bawang merah, kunyit hidup dan serai sehingga naik bau.
  2. masukkan ciliboh. masakkan sehingga terbit minyak dan ciliboh tu garing cantik. 
  3. masukkan daging tetel dan air asam jawa. air asam jawa ni agak-agak ye. jgn nanti kuah terlalu cair! tak sedap plak. masak hingga daging tetel tu empuk. 
  4. lastly, masukkan daun kesum, bendi dan perisakan dgn garam sesedap rasa
Asam Pedas Daging Tetel | Menu wajib orang Melaka
dlm byk berderet tu, halba paling cepat habis.
kerap masak asam pedas time PKP 😄.

Asam Pedas Daging Tetel | Menu wajib orang Melaka
halia hidup yg ditumbuk halus.

Asam Pedas Daging Tetel | Menu wajib orang Melaka
nasib baik Mydin ada jual daging tetel.
nak ke pasar, jauh!
musim-musim covid 19 ni, berat kaki nak masuk pasar 😖.

Asam Pedas Daging Tetel | Menu wajib orang Melaka
da siap cuci, sedia dah nak dijadikan lauk 😋

tetel ni adalah bahagian daging lembu yg lembut bercampur dgn lemak dan urat. memang kegemaran saya lah tetel ni. kalau makan di kedai pun, Melaka kan terkenal dgn masakan asam pedas, memang akan order asam pedas tetel. nikmat sgt!

buntu memikirkan apa nak masak hari ni?
sama la kita semua mak-mak, kan. sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, ni utama. tak termasuk lagi bila tiba-tiba suami tercinta request nak minum petang. alamak, kuih apa nak dibuat ni? kalau la reti nak buat kuih, kan 😂.

tq la friends & families yg dok kongsi masakan korang di facebook dan blog. untung saya ada korang tau. beri idea yg bernas bila saya perlu. 

😍