assalamualaikum & salam sejahtera 😃

pagi Jumaat nan indah di Melaka ni. mentari pagi naik cantik. waktu saya sedang menaip entri ni, anak-anak sedang sarapan pagi - nasi lemak dan keropok lekor. work station saya sememangnya di penjuru sini, meja makan 😄. mr.asben di ruang tamu.

so, sungguh indah suasana bila kita bekerja dari rumah (BDR) sambil lihat anak-anak sarapan pagi hingga kenyang. sebenarnya tu la impian saya dulu kala, sewaktu masih bekerja swasta. balik belakang sekitar tahun 2008. masa tu bernekad, kalau di usia 40 tahun saya masih bekerja swasta, saya plan untuk jadi rakan kongsi kepada mana-mana firma guaman yg bersesuaian dan lebih bekerja dari rumah. gitu gini mcm kerja separuh hari saje la di pejabat 😀 gitu lah. dan plan utk buka bakery! wow sgt kan impian dulu kala. memang saya plan utk buka cabang bisnes makanan. 

tapi tu la, kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. rezeki saya di cabang yang lain. jalan cerita hidup saya tidak seperti yang dirancang itu, tapi lebih baik. alhamdulillah...

Bekerja Dari Rumah | Impian yang menjadi kenyataan kah?
bosan BDR dalam rumah, tukar melepak di laman.
buat slide presentation untuk meeting online 👌.

apa yang penting bila BDR?
  1. jangan nak keluar rumah dalam waktu bekerja. terlalu perlu? silalah gunakan waktu rehat iaitu jam 1 - 2 petang. ataupun lebih senang, selepas jam 5 petang.
  2. BDR sinonim dgn bekerja secara online. maka, silalah alert dengan telefon. urusan kerja semua melalui online. nak tidur sekalipun, tidurlah bersama telefon ye 😆. 
  3. bila kita mempunyai masa 24 jam di rumah, pergerakan dikawal, paling penting ialah siapkan task tepat masa. deliver sebaiknya. ikut KPI. tiada alasan ia ditangguhkan dek kerana apa-apa yg tidak munasabah.

Bekerja Dari Rumah | Impian yang menjadi kenyataan kah?
berguna sgt meja jepun yg dibeli di Mydin ni di kala PKP 3.0.
BDR di sini. sarapan di sini. minum petang pun di sini.

BDR ni impian saya yang menjadi kenyataan, kah?
yes 😀. yes. yes. impian saya memang utk bekerja dari rumah sewaktu anak-anak masih kecil dulu. agar pengurusan mereka lebih teratur terutama bila mereka tidak sihat. apapun keperluan mereka saya boleh penuhi. 

sebab tu bila arahan utk BDR di era PKP ni, sejak tahun lepas, saya memang the happiest person in the world. tidaklah bersyukur sebab ada pandemik covid 19. tidak begitu. just sedikit bersyukur kerana Allah makbulkan impian saya yg dulu tu meskipun hanya seketika. masa ni lah dapat bermesra berlebihan dgn anak-anak. masa ni lah dapat bersama mereka lebih lama... tu saje.

anak-anak saya sememangnya telah saya 'tinggalkan' untuk bekerja sepanjang hari sejak mereka berumur 61 hari (kakak-kakak) dan Izzat sejak berumur 91 hari. hanya malam masa bersama. maka, kini dapatlah saya seolah-olah ganti masa itu. semamngnya BDR ni lebih kepada melayan anak-anak.

bagaimana susun masa utk BDR dan urusan anak-anak?
mudah aje ni. semua mak-mak memang pakar dlm hal susun masa ni. separuh masa kekadang ikut plan. separuh masa lagi biasanya plan ke laut 😆 ha ha ha ha... sesungguhnya sukar nak jadi sempurna, kan. so, just go with the flow je lah.

BDR saya bermula seawal 7.30 pagi. daftar kehadiran dulu. buka email rasmi jabatan. cek whatsapp conversation dari semalam and ambil tindakan terus utk yang belum dilaksanakan. sehingga jam lebih kurang 8.30 pagi, sambil-sambil set up sarapan keluarga, saya dgn cepat uruskan BDR. what to do now. what to do next. laptop ni adalah kepunyaan saya sehingga lebih kurang jam 10.00 pagi. selepas itu, PdPR Izzat bakal bermula sehinggalah jam 4.00 petang.

Bekerja Dari Rumah | Impian yang menjadi kenyataan kah?
bila Izzat dah mula PdPR, saya kena beri laluan 👌.

sekiranya saya ada webinar, ia akan bersiaran langsung di phone. ke dapur memasak, ke laman menyidai baju atau sedang melipat baju di ruang tamu, mendengar perkongsian ilmu di webinar melalui phone. tv rumah saya memang off sehingga lewat petang. masing-masing semua sibuk dgn BDR dan PdPR. 

lebih kurang jam 4.00 petang, anak-anak dah pun relaks. PdPR telah selesai... baru la saya mula bekerja semula. 3 laptop da kosong, pilih je mana-mana utk saya gunakan ha ha ha ha 😄. itu yg lajak hingga kul 6.00 petang, baru selesai. ada kala sambung skit di malam hari. tak nyusahkan pun. laptop boleh dibawa ke depan tv. sambil tonton movie boleh siapkan kerja, no problem! 👌

tu la dia cabaran bekerja dari rumah. bekerja tiada limit masa. bila tiada kerja, ok la. bila ada kerja yang betul-betul perlu disiapkan, hmmmmm tidur pun dgn laptop!

Bekerja Dari Rumah | Impian yang menjadi kenyataan kah?

"KEKAL DI RUMAH : manfaatkan masa terbaik di rumah dengan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga."

kelemahan bekerja dari rumah.
sangat banyak! gangguan diri sendiri, anak-anak atau lain-lain. kalau kita tak betul-betul uruskan masa, memang kita takkan dpt siapkan kerja kita. mana lagi nak siapkan hidangan utk keluarga, anak-anak pula masih kecil dan ada yg perlukan bimbingan PdPR. line internet pula tidak berapa bagus 😓.

pada saya, jika ini benar-benar mengganggu samada BDR atau PdPR, kena la maklumkan pihak pejabat ataupun sekolah. jgn dipendam. jgn diamkan diri dan stress! tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan jika berunding, kan.

Bekerja Dari Rumah | Impian yang menjadi kenyataan kah?

"TINDAKAN TATATERTIB jika pegawai ingkari arahan kecuali mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan"

bila nanti arahan BDR da dimansuhkan, kembali la saya ke pejabat. bekerja sebagaimana biasa. in shaa Allah. bekerja dalam norma baharu. jika anak-anak masih di rumah, kemungkinan besar Izzat terpaksa saya bawa ke pejabat untuk kemudahan PdPR dia. kak Nurin dan Syuhada sibuk dgn PdPR masing-masing, takkanlah nak dibiarkan Izzat tanpa pembimbing. mujurlah pejabat saya tiada akses untuk orang awam. kami-kami sahaja. selamat la sikit jika perlu bawa anak ke pejabat 👌.

apapun, di dalam pandemik covid 19 yg masih belum reda ni, kita sama-sama doakan agar kita semua dipermudahkan dalam pelbagai segi. cukup makan. cukup pakai. in shaa Allah. ramai yg terkesan dek kerana PKP. saya faham, namun yg merasai kesukaran tu lebih tahu seksanya 😔. bertabahlah ye...

akhir kata, have a nice day 😍