assalamualaikum & salam sejahtera 😊
last few days heboh kisah pekebun durian, YB Ronnie, pegawai polis mahkamah, pokok durian kena tebang, penerokaan secara haram lebih 20 tahun. semoga siapa yang benar mendapat keadilan dan yg salah dihukum setimpal. biar mahkamah yang menentukannya. wait and see...
hu hu hu hu semua kerana durian. raja segala buah. musimnya plak sedang elok rancak sekarang ni. baik durian berjenama pelbagai nombor dan durian kampung, sedang molek berbuah. merata Malaysia, sana-sini berbau durian.
saya 3 minggu lepas dah merasa dah durian DIOI.
sekilo RM32, saya beli 2 biji. RM150 jumlah dibayar. beli di pasar Alor Gajah. durian datang dari Tangkak rupanya. ingatkan dari kebun durian di Simpang Ampat tu.
alhamdulillah, cantik isinya. puas kami berempat makan, kenyang! satu nikmat yang tidak dapat kami dustakan ketika PKP 3.0 ni. Izzat lom pandai makan durian. seulas saya berikan, 15 minit tak habis-habis 😂.
rezeki Allah 😍
memang sejenis saya yg akan suruh penjual buka setiap biji durian yang saya beli. nak tgk sempurna atau tidak. jgn nanti balik rumah, gigit jari! maklumlah, harga mahal tang kulitnya. tapi yg kita nak makan adalah isi dalam. kena la tgk isi dalamnya dulu sebelum harga di bayar.
beli juga 3 biji durian kampung (dapat free sebiji lagi alhamdulillah). sekilo RM13. cantik-cantik dan sedap juga isinya. disimpan utk buat bubur kacang hijau durian dan cekodok durian.
resepi cekodok durian ni sama seperti resepi cekodok pisang. hanya tukarkan pisang kepada durian. banyak mana durian, kena seimbang dgn banyaknya tepung. saya guna lebih kurang 15 ulas durian kampung.
ok la. sesekali makan cekodok kayangan 😄😆.
throwback musim durian tahun lepas (2020).
kalau diingat, tahun lepas musim durian jatuh pada hari raya aidilfitri. setelah berbulan kita semua dok rumah (PKP 1.0), akhirnya kita dapat juga berhari raya dengan keluarga walaupun da masuk minggu-minggu akhir Syawal.
saya dan adik-beradik berkumpullah di Bangi. happy happy. abang saya yang balik dari utara bawa lebih dari 10 biji durian pelbagai gred, pelbagai nama. dia beli di Bentong. ada musang king, ada musang queen, udang merah... rezeki kami dapat merasa durian-durian kayangan. abang ipar di Bangi pun bawa balik durian kampung dari dusunnya. pun sedap 👍. lumayan!
tapi tu semua kenangan aidilfitri tahun lepas. dapat berkumpul 3-4 malam adik-beradik. bbq. durian. ketupat rendang. rindu!
mangga yang sudak dikopek utk minum petang.
limau. pisang.
durian ni bermusim. mahal plak tu. so, saya tak la brape rajin dan minat nak membeli byk kali. 1-2 kali merasa, sudah. jika ada yg memberi, alhamdulillah... kebetulan anak-anak pun tidaklah meminta-minta, ada, ada la. bukan jenis pemakan durian tegar.
harga durian ikut syariah tak?
kebetulan semalam saya ada membaca satu posting di facebook tentang ni. durian ni dijual berdasarkan berat kulit dan isi. kulit tu lebih berat dari isi semua orang tahu dah kan. tang itu yang menjadi persoalan hebat. banyak cadangan agar durian dijual ikut berat isinya tanpa kulit. oleh itu, public figure yg menulis posting tu telah pun bersama rakan-rakannya merancang utk projek tanam durian atau pajak tanah durian. agar mereka dapat pencetus kepada penjualan durian yang lebih adil kepada pembeli. pada beliau, menjual tetap ada untung. namun, biarlah ia jelas dari segi halal haramnya.
saya tak boleh ingat siapa public figure tu. kerana posting tu dikongsi oleh sahabat yang lain. tak teringat utk save dan share di sini. saya sokong dgn apa yang beliau nak buat. agar ia boleh dilaksanakan dan diikuti oleh peniaga Muslim yang lain. in shaa Allah...
hmmmm sejauh mana penjual durian nak bersetuju?
sejauh mana isu kononnya tidak berapa ikut syariah ni bakal dibahaskan oleh para ilmuan. saya sgt berminat nak tahu. sebab, bila menyebabkan ijab dan qabul dalam jual beli, ia amat penting di antara si penjual dan si pembeli. semua tau kan sebab akibat dari penjualan yang tidak berdasarkan akad yang sah. kesan akibatnya adalah pada barang yang menjadi subject matter tu.
bagi saya, akad dalam berjual beli amat penting. byk jenis akad dalam muamalah Islam. ni kalau nak dibincangkan, sehari semalam tak habis. isu yang menyeronokkan. saya tak nak komen further tentang isu harga durian ikut syariah atau tidak. perbahasan demi perbahasan mesti dibuat. namun, adakah ia akan diikut? penjual rugi. pembeli untung? win-win situation?
saya tidak layak utk komen further. kurang ilmu 😌. isu ni semestinya layak dijadikan tajuk research utk calon phD kan. agar kita sebagai org Islam jelas dan terang tentang hukum-hakam.
😃 petang nanti nak ajak mr.asben mencari durian lagi. dpt 2-3 biji durian kayangan dan beberapa biji durian kampung, jadik la. nak lajak ke Simpang Ampat, Melaka sana. dedekat dengan Freeport A'Famosa Outlet tu, kebun durian kelilingnya. kiri kanan jalan semua durian.
in shaa Allah 👌
10 Comments
sedapnya. saya pun baru dapat makan durian semalam..hehe
ReplyDeleteSedapnya durian IOI. Elok isiya. Harga sekilo boleh tahan juga. Bab isu harga tu. Alangkah bagusnya kalau jual tak ikut berat sebiji tu. Mahal betul jadi harga durian
ReplyDeleteUishhh cantikkkk nampakk isi duriann tu akak! Memang puas hatilah beli kalau sedappp kannn
ReplyDeletecantek nya isi durian tu..
ReplyDeletepuas hati juga kita dpat makan..
insyllah lps 2nd dos vaksin br nk cr blk durian ni hhaha mcm gian plak :D
sedap durian. Sesekali sampai musimnya, tak apalah berkoran sedikit.
ReplyDeleteCantik isi duriannya. Saya tergoda tengok cekodok durian Aida tu. Rasanya dah bertahun-tahun tak makan.
ReplyDeletesedapnya makan cekodok durian! Mesti wangi masa masak tu
ReplyDeleteCantik isi durian tu. Kuning. Saya dah lama tak buat cucur durian.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Berbaloi dengan harga, dapat durian yang cantik isinya dah sedap pula.
ReplyDeletememang seram bila penjual letak harga terlalu mahal.. Namun ada je penjual yang bertimbang rasa.. kena pandai survey dan cari..
ReplyDeletedapat yang berbaloi, memang puas hatilah makan..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.