assalamualaikum & salam sejahtera 😊
hari ni ialah 5 Muharram 1443H. alhamdulillah. tahun baru dgn azam baharu, in shaa Allah. sama-sama lah kita tingkatkan amalan dan sediakan diri utk menghadap Allah. meskipun dah hari ke-5 dalam bulan yang baharu, masih boleh fikirkan apa yg nak kita kecapi dlm tahun ni.
sebagaimana satu hadith sahih yang dikongsikan di media sosial oleh Ustazah Asma Harun, "sesungguhnya wabak yg melanda ni adalah satu rahmat bagi org yg beriman...". tu lah pegangan kita. tu lah yg dijadikan asas. kerana Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita. bila dgr perkongsian Ustazah tu, terkena di btg hidung sendiri! dok la mengeluh dek pandemik covid 19 yg masih tak nampak penghujungnya di Malaysia. dok la bersedih. dok la merungut. rupanya, ada sisi lain yg saya ni tak nampak! hikmah yang Allah turunkan yg saya tak perasan!
masa inilah kita tingkatkan amalan ibadah kerana kita takkan tahu bila ajal akan tiba. hari ini mungkin kita masih sihat, Sabtu minggu depan, mungkin jasad kita telah berpisah dgn nyawa. hari ini mungkin kita bertenaga ke sana ke mari, meskipun hanya dalam rumah, lagi 2 minggu mungkin kita hanya terbaring di katil tepi tingkap, merenung nasib... Allahu.
1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi
2) Baca surah Al-Mulk sebelum tidur
3) Sedekah subuh setiap hari. Satu doa utk setiap satu sedekah subuh. [ baca di sini cara-cara mudah sedekah subuh : Sedekah Subuh ]
4) Baca Ayatul Kursi selepas solat
5) Selawat pada hari jumaat melebihi zikir-zikir yang lain
6) Berwudhu 10 minit sebelum azan, off phone / gajet dan berzikir utk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dlm solat
7) Membaca istighfar 10 minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walau olok-olok (waktu sahur)
8) Setiap kali masuk masjid cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat
9) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sblm solat dan selepas solat
10) Rutinkan baca surah Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan keluarga bahagia
11) Solat witir sblm tidur kerana ditakuti tak terbangun tahjud utk lakukannya, Dan agar menjadi ahli witir
12) Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung utk tunjukkan adab krn membaca Al Fatihah umpama berdialog dgn Allah
- Mencari kawan soleh utk mendapat shafaat mereka - amalkan وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين " wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin". Ertinya, "jadikan kami rahmatMu bersama para solihin"
- Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji. Kebiasaan yang mesti dijadikan biasa. Bila-bila masa
- Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt. Ahlul Quran yg dimasukkan ke dlm neraka sementara utk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka
- Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat - 1x,3x atau 7x. Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah
- Dlm tiap amalan titip pahala utk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.
- Kurangkan bicara ttg dunia gantikan dgn zikir supaya hati tenang
- Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tak sibukkan aib org
- Semalas2 sunat qabliah/ba'diah jgn tinggal qabliah subuh kerana martabatnya wajib
- Jika ada hajat amalkan حسبنا الله ونعم الوكيل Hasbunallah Wani'mal Wakil sebanyaknya dan jaga hubungan dgn Allah pasti makbul.
sekarang, semakin kerap saya terima berita orang-orang terdekat (kawan sekolah dan kawan sekerja) yang dijangkiti covid 19. ada yang telah hilang ahli keluarga terdekat! 😭Allahu... perkongsian diorang buat kita ni kena rasa bersyukur. tak dpt jumpa famili, tapi mereka masih kekal sihat. ada harapan utk kita berjumpa nanti.
lebih-lebih lagi bila ada yang berkongsi tentang ahli keluarga diorang yang ditidurkan! 😞😞😞 semoga Allah berikan mereka kekuatan yang luarbiasa, kan.
terbaru, arwah Siti Sarah. saya sebagai ibu, tak mahu melihat dari sudut yang lain-lain yg dihebahkan di media massa. ada beberapa lagi kisah arwah ibu-ibu yang dijangkiti covid 19 dan meninggal dunia. anak-anak kecil yang ditinggalkan, terutama yang baru dilahirkan! sayunya hati mengenangkan mereka. tidak lagi boleh bermanja dgn ibu. tidak lagi boleh memeluk ibu. tiada lagi orang yang tidurkan mereka di waktu malam... sayu! sebak!
hmmmmm... pe pun, sesungguhnya percaturan Allah itu yg terbaik, kan. kita hambaNya hanya perlu bersiap sedia. kun faya kun. hidup umpama akan bernyawa seribu tahun lagi. namun, beramal ibadah la umpama esok adalah hari kematian kita.
😞
10 Comments
Boleh amalkan satu dan istiqamah. Tq kongsi dan panjangkan amalkan yang boleh ditambah.
ReplyDeletemana boleh ikut dan amal, kita istiqamah amalkan.
ReplyDeleteAllahu..betul tu kak Aida. Bila dengar berita kematian, kita kena lagi dekatkan diri dengan Allah. Ambil peluang masa senggang ni nak tambahkan pahala, sebab kita tak tahu entah esok lusa giliran kitta pula. Al-fatihah buat semua yang telah meninggalkan kita.
ReplyDeleteAlhamdulillah, inshaAllah, JazakAllahukhairan atas perkongsian yang akan jadi rujukan. Betul sepi menerima dan memikirkan berita sedih..berbanyaj berdoa dan beramal
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Semoga memberi manfaat kepada semua yang membacanya.
ReplyDeletesangat bermanafaat.. terima kasih diats infonya
ReplyDeleteSemoga terus istiqomah dan mendapat ganjaran pahala. Sama samalah kita. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni kak.
ReplyDeletegood sharing.. sila visit post mama http://www.mamapipie.com/2021/08/pengumuman-pemenang-kategori-2-road-to.html ada yg menarik di situ
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian Aida ini.. Semoga Sha dan semua yang membaca istiqamah dengan amalan-amalan ini..
ReplyDeleteBanyaknya pesanan arwah.. no 1 sampai 4 memang hari2 buat
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.