assalamualaikum & salam sejahtera 😊

selamat petang. Khamis sudah hari ni. esok Jumaat. and yes, weekend! love it...

meskipun now more dok rumah dari ke pejabat, still menunggu-nunggu weekend tiba. tak perlu dok belek whatsapp (takut bos roger utk kerja) dan anak-anak bebas dari PdPR. weekend = the real merdeka 😃.

bila dok rumah ni (lama sgt dah ni stay home), otomatik kita-kita akan jadik kurang makan. perasan tak? 
bangun subuh, and terus memulakan hari. on laptops / desktop. ngadap la kerja dan sekolah online. waktu sarapan pagi bergabung dengan waktu (kudapan). gaya bebas. tersedia atas meja dan anytime bebas makan. kocak air milo atau nescafe, pun ikut kesesuaian masa masing-masing. jeling-jeling jam, "e'eh, dah kul 12:00 tengah hari?!" 😲  😒 tapi perut tak terasa lapar pun. tak perasan masa dah pun tengah hari hu hu hu hu... 

telur gentel & roti telur, menu sarapan paling top kat rumah ni 😊

[klik sini utk ambil resipi : Resipi Telur Gentel Ohsem]

bilakah pula sebenarnya masa untuk merarau?
hmmmm seriously, kat rumah ni dah terbiasa gabungkan merarau dgn sessi cicipan. antara jam 4 - 5 ptg, baru la masing-masing terasa lapar, mencari nasi dan lauk-pauk 😄. hadoi lah. si ibu ni barulah nak meluruskan pinggan di sofa, tapi yg lain kelaparan, mencari makan. aduhai...

lagipun anak-anak semua PdPR sampai ke petang, diorang tertumpu depan komputer.  selera nak makan tu takde. tak salahkan diorang pun. kurang aktiviti fizikal, tenaga tak byk guna. ada masanya, saya akan buat pengumuman untuk bertanya, "tengah hari ni nak makan nasi, tak?". begitu sekali sebab sayang kalau dok masak nasi tapi takde org yang makan hu hu hu hu... suka masak nasi, terus makan panas-panas. nice feeling nya.

aneka durian kawin in the house 😍

memang menjadi rezeki, sebentar tadi, dlm jam 12.30 tengah hari, ada sorang chinese guy say hello di pagar rumah. dari muar. penuh sekereta bawak durian kawin. pantang la kena offer, terus mr.asben ajak gi jengah kereta dia. bukan jengah kosong, tu dia 12 kg dibeli 5-6 biji. campur-campur jenis durian - Sultan (D24), musang king dan XO. alhamdulillah. RM20 sekg. dia terus buka and masukkan dlm bekas. terbaik. 

kami merarau dgn durian ye hari ni 😄. confirm lauk sedia ada di bawa ke mlm. then, mr.asben da siap-siap order kek batik cadbury plak utk cicipan kejap lagi. amboi amboi amboi. 

and jgn la bertanya tentang makan malam 😕.
ada kala menu makan malam bertukar menjadi menu gabi, meskipun time gabi tu belum sampai pun. makan ringan-ringan aje. my beloved mr.asben memang takkan makan dah malam. tu confirm. so saya uruskan anak-anak saje la. mudah. diorang kebanyakan malam akan makan jajan-jajan aje la.

nota kecil tentang bahasa Melayu.
suka gunakan perkataan-perkataan ini. tiada lagi secara rasmi kesemuanya dalam Kamus Dewan. pernah dibahaskan. namun, ia sememangnya merupakan perkataan yg digunakan oleh etnik asal di beberapa tempat. formally, tidak semua digunakan, masih menggunakan terma yang biasa.
  1. sarapan pagi
  2. kudapan (minum pagi)
  3. merarau (makan tengah hari)
  4. cicipan (minum petang)
  5. makan malam
  6. gabi (minum malam)
😃👌

itu saje chit chat di ruangan ini. jam da tik tok tik tok waktu zuhur.
bye bye for now.