assalamualaikum & salam sejahtera 😃

gambar saya dari lensa kamera jurugambar rasmi ofis. candid camera!

13 - 17 disember 2021 lepas, ofis anjurkan minggu sukan. setelah 2 tahun berPKP. tiada bersosial. tiada program kekeluargaan. penjarakan sosial dan sebagainya... bila mana keadaan dah reda. kami keseluruhannya telahpun complete 2 dos imunisasi covid-19, barulah anjuran ni dirancang.

saya berkesempatan utk join 1 hari je iaitu pada 14.12.2021 (Selasa). tu pun sebagai tukang sorak tepi gelanggang netball 😀. nak main, memang tak lah kan, kaki bangku! isnin = meeting di Putrajaya. manakala rabu hingga jumaat, saya bercuti rehat di Grand Lexis, Port Dickson.

Aksi makcik tukang sorak di tepi gelanggang bola jaring
"go purple terror!"

Aksi makcik tukang sorak di tepi gelanggang bola jaring

Aksi makcik tukang sorak di tepi gelanggang bola jaring
"masuklah. masuklah...."
bila GS sedang aim high.

Aksi makcik tukang sorak di tepi gelanggang bola jaring
"alhamdulillah. purple dpt mata kemenangan!"

rumah purple. baju & tudung purple lah kan.

seharian yg menggembirakan. sesekali dpt melompat-lompat di tepi gelanggang menyokong team yg bermain. memang la gembira! siap ada pompom purple kan 😀😀😀.

...sekian dari makcik tukang sorak!