assalamualaikum & salam sejahtera 😃
bersiaran dari PD mlm ni. alhamdulillah... setelah berbulan tak bw anak-anak jejak kaki ke hotel, today is the day. 3 hari 2 malam kami santai-santai mandi pool hotel. beli hati anak-anak .
mandi sungai! yeszaaaaa...
siapa je yg tak suka mandi sungai, kan? pakej dgn ada air terjun. aduhai 😍.
skit la nak update. antara aktiviti yg saya dan famili buat sewaktu camping di Asahan Water Theme Park adalah mandi sungai. kebetulan, ada sungai yg sgt cantik berdekatan. jalan kaki lebih kurang 10 minit je. naik turun bukit sikit-sikit.
nampak tak keseronokan my beloved mr.asben ? 😄
seriau saya peratikan anak bujang sorang ni berdiri situ! 😣
best la. saya tak expect boleh juga mandi sungai meskipun kami berkhemah di water theme park. air sungainya sejuk dan bersih. jernih! sejak kahwin, ni lah kali pertama saya bawa anak-anak mandi sungai. memang anak-anak tak pernah lagi merasai keseronokan mandi sungai. mandi laut tu biasa. kampung abah saya memang di tepi laut. mandi sungai ni lebih best kan compare dgn laut. ada batu-batu cantik utk duduk-duduk sambil kaki tendang-tendang air sungai yg mengalir.
tapi tu la. di hari kedua kami ke situ utk mandi-manda, air sungai di bahagian bawah tu keruh, tidak bersih! ada aliran minyak di permukaan air. menjijikkan 😖. ada sebuah keluarga besar wild camping di tepi sungai tu. hmmmm wild camping, faham-faham je la. cuci pinggan mangkuk, mandi dan sebagainya di sungai la hu hu hu hu... terpaksa kami mendaki skit ke atas. baru la berjumpa satu kolam yg jernih, tak dicemari! alhamdulillah... situ la kitorang ramai-ramai berendam buat seketika.
hmmmm bila wild camping, sila la jaga kebersihan. kemas sebaiknya. jgn rosakkan alam sekitar. nak camping free, mestilah digantikan dgn usaha jaga alam sekitar. if not, org lain nak mandi-manda, dah kena mandi dgn air kotor kerana wild campers tu. hadoi!
check-out from Asahan WTP 5.12.2021.
lepas masak mee goreng basah, teruslah kami mengemas barang-barang. sikit demi sikit kami packed dan masuk terus dlm kereta. Izzat masih lagi mandi-manda di pool. then mr.asben dan anak-anak ke sungai utk mandi laskopek. karang rindu pulak, kan...
saya berkemas.
hmmmmm selama ni holiday, kemas baju je masuk beg. then relax. ni bila berkhemah, byk keje nya 😄.
- kelengkapan dapur semua cuci bersih. simpan.
- tilam angin dikempiskan. bantal. lampu. kipas. simpan
- rak dapur. lap. nak kena dismantle. simpan masuk beg.
- meja makan. lap. lipat semula dan simpan.
- small items yg byk. sana sini nak kena kutip and pack.
last baru lah mr.asben buka khemah unta tu. lipat. flysheet. groundsheet. hu hu hu hu hu kul 11 pagi, time matahari sedang dalam proses naik, kami dok ngemas kat situ, berpeluh-peluh! 😀
aduhai. ikut kan hati, malasnya lah nak gi camping lagi. renyah! hmmmmm...
but, tu la kan. dari dtg hinggalah nak balik, each moments tu beri erti yg tersendiri. penat tu penat. memang renyah camping ni. tapi seronok! feel dia lain skit dari holiday biasa. keseronokan yang tersendiri.
💙💙💙
korang yg belum pernah camping, perlu try sekali. amik pengalaman 👍.
3 Comments
Selamat beriadah
ReplyDeleteaduh bestnya kak oi... memandi pastu penat boleh makan kat tepi tu, anak-anak puas main air
ReplyDeleteSeronok dapat berkhemah tepi air sungai. Dapat berendam lama lama. Lepas berendam lapar dan makan. Lepas tu sambung berendam lagi. Paling best suasana tu yang mendamaikan.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.