assalamualaikum & salam sejahtera...
teruja utk menaip ketika ini sebab nak kongsi pengalaman pertama join family camping. ini bukanlah kali pertama berkhemah, namun, jika bersama keluarga, inilah dia yang pertama. prepare kan diri, mental dan fizikal less than a month sejak mr.asben tercinta mengutarakan niat dia nak bawak saya berkhemah. prepare kan kelengkapan utk family camping, this part is very the difficult!
bila dikira-kira, sebab waktu membeli mcm hilang arah, dok beli je... bila dikira-kira, menghampiri RM3,000 juga la hu hu hu... berminggu-minggu dok skrol conversation dlm facebook Family Camping Malaysia. hadoi lah 😄, memang termakan racun! diracuni dgn link shopee, link lazada. hu hu hu hu dok penuhkan cart kedai online aje lah.
ok ok ok...
layan gambar dulu ye 😃.
ni gambaran di pagi pertama (Sabtu) lebih kurang jam 8 pagi.
puncak Gunung Ledang masih dilitupi oleh awan yang berarak perlahan...
another view.
view khemah kami 😍
4 kuntum bunga mawar tipu penyeri meja makan 😄.
meskipun berkhemah, nak kena ada feel rumah jugak, kan.
baru la selesa ha ha ha ha...
air kopi yg sentiasa panas sepanjang kami berkhemah.
hidupkan arang di rak bbq, letakkan cerek di atasnya.
best!
peneman setia saya ketika releks di meja makan memerhatikan Izzat mandi pool.
penggunaan mode paling perlahan, bertahan jugak la selama hampir 36 jam.
pagi hari mr.asben dan kak Nurin saje ke Asahan WTP dulu. manakala saya masih bekerja, Syuhada dan Izzat pula sekolah. diorang berdua exam, tak boleh nak ponteng sekolah. first time setting up khemah utk family camping, perlu masa yang cukup. sebab tu awal pagi dah gi ke tapak perkhemahan. Asahan WTP pun cukup baik beri kami pacak khemah seawal-awalnya. terbaik.
groundsheet. khemah unta plak nak dinaikkan.
masa untuk pacak flysheet 👍
pandangan belakang khemah kami.
view Gunung Ledang.
yg seronoknya, tepi khemah kami ada gazebo.
pabila org tak ramai, boleh la kami gunakan gazebo ni sepenuhnya 😍.
sukses! 😄
ofismet asben, Yanie yg snap gambar ni. tq Yanie.
saya masih di ofis ketika ini.
saya memang gembira tak terkata bila mana khemah unta dan flysheet, both dpt warna coklat 😍. my favourite colour!
part mencabar bila nak hias dalam khemah ni tau.
blurrrrr 😫
sampai ke sudah tak berhias pun. letak aje di mana-mana.
saya tiba lebih kurang jam 3.30 petang, khemah da teguh berdiri. rak memasak, meja makan, tilam angin semua da siap. mcm org kata la, cuci kaki je masuk rumah 😉. keje saya senang, just organize brg dapur ke dlm rak. then just kemas sikit-sikit la di mana perlu. blurrrr sgt, so first family camping ni aturan khemah saya tangkap muat je. got no idea!
panaskan rendang ayam utk dimakan mlm nanti.
lunch saya da siap-siap beli nasi bungkus. dan saya da siap-siap rebus ketupat dan masak rendang ayam. tu la dinner kami. nothing much on the first day of our family camping. berborak depan khemah sehingga hampir jam 11.00 malam. awal-awal da pasang ubat nyamuk! if not, bengkak la kulit digigit nyamuk sepanjang malam.
Izzat posing depan khemah 😍
pandangan belakang khemah kami 😀
malam pertama yang meriah.
bersama kami ada 6 lagi family campers.
hari kedua, Sabtu (4.12.2021)
bangun awal pagi, perasaan sgt gembira! sebab tidur malam kurang selesa 😟. malam tadi angin kuat. takut juga la dgr bunyi angin hu hu hu... terpaksa mr.asben turunkan flysheet ruang depan agar keadaan luar khemah terkawal.
suasana di pagi hari amat baik. buka khemah tersergam indah pool. menarik sgt. keadaan pun tenteram, tak bising. semangat sgt pagi-pagi tu.mr.asben plak dgn member, awal pagi da gi mandi sungai. hmmmm... saya tak boleh folo, sebab Izzat masih tak bangun tido. tapi sebelum diorang ke sungai, kami breakfast dulu ala-ala amerika.
roti bakar on the way...
english breakfast gitewww...
scramble egg + baked beans + sosej.
😍
bangun juga anak bujang sorang ni.
terus duduk di meja makan mengadap pool.
wajib breakfast dulu, Izzat.
sosej.
tukar baju, sambung makan sosej tepi pool.
tak ke indah gini, kan?
pool depan rumah la katakan...
orait. ibu lepak depan khemah, air kopi panas secawan, peratikan Izzat dari kejauhan.
sambil-sambil layan kopi, ibu berjalan-jalan keliling kolam.
snap view khemah dari side sini.
orait.
entri ni berakhir di sini ye. panjang berjela-jela dah ni.
[ jgn lupa baca : Part 2 family camping kami di Asahan WTP ]
👌
6 Comments
seronoknya, depan pool lagi tu.. menarik ni
ReplyDeleteMenariknya waterpark ada pakej boleh bermalam macam ni. Seronoklah bila bercamping dengan family. Anak anak dah pastilah seronok.
ReplyDeletewahhhh bestnya dapat tengok puncak gunung ledang! Saya dah puas merasa tidur dalam khemah masa sekolah dulu, sekarang ni tolak awal2 kalau bab berkhemah ni haha
ReplyDeletecantik nya camping malam2..dgn lampu2 semua...nice. and best tu dlm camping dlm theme park..bangun2 leh terjun kolam
ReplyDeleteAduh!! Syoknya.. GlamCamping nie..
ReplyDeletemenu breakfast tu sedap. hehehe.. bangun tidur anak boleh terus mandi, makan. view pun cantik
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.