assalamualaikum & salam sejahtera...
sambungan entri yang lepas tentang family camping di Asahan Water Theme Park, Jasin. 3 hari 2 malam yg amat beri makna kepada kami yang dah amat lama tak bercuti ke mana-mana. terutama pada Izzat, happy yg amat. happy for him. as for kakak-kakak berdua, Nurin dan Syuhada, apa yg saya lihat, mereka mcm biasa je 😁. tak begitu seronok tapi tak la terasa tak best. pengalaman mereka yg pertama, kan.
[ baca dulu kisah family camping di Asahan WTP - part 1 ]
untuk first timer seperti saya dan keluarga, Asahan WTP ni perfect utk test power. di sini kawasannya tertutup, ada yang jaga. ada tandas, cuma now dalam tempoh penambahbaikan. ada plug point tapi tak byk. juga dlm proses tambahbaik. kemudahan sinki, nak cuci-cuci pinggan mangkuk pun disediakan. senang la hati kan nak masak-memasak, makan-makan dan panggang-panggang di malam hari. kebersihan mesti kita utamakan, kan 😄.
tempat parkir kereta tak jauh dari pintu masuk.
laluan masuk ke kawasan Asahan Water Theme Park.
semua jenis kereta sesuai masuk ke sini.
semua jenis kereta sesuai masuk ke sini.
tempat parkir kereta yang luas, jgn risau tiada tempat ye.
di sekitar pool, termasuk kami ada 9 family campers.
di belakang kami, ada kawasan lapang.
di situ ada 3 lagi family campers 😉.
relax berdua depan khemah.
apa lagi nak buat, kan.
seat down, coffee coffee 😄
malam pun lepak-lepak lagi coffee coffee.
menikmati suasana malam.
bila berkhemah dgn keluarga ni, gitu la, nak kena masak-memasak. anak-anak nak makan. ayah anak-anak pun nak makan, kan. saya memang da prepare menu lengkap dan bahan-bahan utk dimasak. cuma apa yg tak menepati plan saya ialah di mlm kedua tu, anak-anak da kenyang. maka, program bbq kami tidak kesampaian. jika diteruskan, ditakuti hanya penat membakar, tapi tak dimakan 😒.
kalau pagi hari tadi, english breakfast, tengahari saya masak asam pedas ikan pari. nasi putih. menggantikan tempat bbq, mlm nya saya hanya goreng sebungkus keropok lekor.
alhamdulillah. jiran sebelah beri sepinggan makanan yg lazat.
keesokkan paginya pula, saya goreng mee basah. itu saje. tu pun tak habis, bawa balik rumah. da siap-siap nak balik rumah, kan. nak kemas khemah dan semua, seawal jam 10 pagi da mula proses mengemas.
kuali di atas meja 😄
saya bawa juga air kotak milo dan perisa laici utk anak-anak. saya dan mr.asben minum kopi panas je. ada bwk juga sebalang biskut mazola untuk kudapan.
gitu la dia family camping saya yg pertama. berjalan dgn lancar.
Asahan WTP under renovation.
sini memang ada tandas dan bilik mandi. namun, tu la tu, ini adalah amat penting bagi saya, Asahan WTP kurang ambil perhatian ke atas tandas dan bilik mandi. kurang bilik mandi bertutup utk wanita. shower diletakkan di ruang terbuka. tak semua wanita reti mandi berkemban. tandasnya pula ada 3 tempat, 2 di tempat lama dan 1 di tandas yg baharu. hmmmm... di tandas baharu, ok tapi hanya 1! tak cukup utk menampung jumlah pengunjung yg ramai. termasuklah family campers yg bermalam. tandas yang lama, kebersihannya di tahap minima. kurang 'berselera' saya nak menggunakannya hu hu hu hu...
Asahan WTP is sedang upgrade tempat mereka untuk keselesaan pengunjung harian mahupun campers. faham. cuba, sepatutnya tandas dan bilik mandi mesti disegerakan. dan dibuat ikut kesesuaian la. lelaki ok la mandi di ruangan terbuka. wanita seperti saya, kurang selesa kalau mandi-manda di ruang terbuka. lebih-lebih lagi, saya sedang uzur pula ketika itu. aduhai... payah!
Asahan WTP byk lalat!
Allahu Akbar! lalatnya tahap kenduri! sgt byk. sentiasa kami ni dikerumuni oleh lalat di siang hari. tangan kanan menyuap makanan dan tangan kiri mengipas-ngipas agar lalat tak landing atas makanan 😂. hadoi lah. sgt tidak selesa. lepas makan, cepat-cepat kena tutup makanan. agar lalat tak hinggap. hmmmm sedang masak, boleh bwk bergaduh dgn lalat. tak boleh la nak leka sekejap, pasti kuali dikerumuni lalat tau. seksa!
tu la 2 kekurangan Asahan Water Theme Park ni. kalau 2 perkara ni ok, sini merupakan tempat terbaik utk nak practice camping. simple, but nice. telah berikan saya pandangan yg baik kepada camping. boleh dikatakan camping di sini adalah cara camping mudah. maksud sebenar camping (wild camping) memang tak tercapai h aha ha ha... selesa yg amat.
kawan-kawan campers, bolehlah consider Asahan Water Theme Park as tempat korang berkhemah. boleh cuba. lain org lain taste dan cara, kan. saya pasti akan repeat camping di sini setelah kemudahan tandas dan bilik mandi ditambahbaik. susah kalau kemudahan yg satu ni tak lengkap!
fee untuk berkhemah di Asahan WTP :
- bayaran tapak perkhemahan : RM25 per night / per tent
- bayaran kebersihan : RM30 per entry (tong sampah byk disediakan dan setiap petang kelihatan pekerja mengosongkan tong sampah dan ganti dgn plastik sampah yg baharu)
- tiket water theme park : RM10 (adult) dan RM5 (children) per night
so jumlah fee yg saya bayar adalah RM170.
[ part 3 : mandi sungai berdekatan Asahan Water Theme Park ]
moga beri manfaat ye citer saya ni.
bye for now.
3 Comments
tempat dh nampak menarik..boleh la nk bawa anak2..tp yelah bab kemudahan dan kebersihanm pun penting juga
ReplyDeleteWah menarik. Mungkin akan ada penambahbaikan nanti di situ. Barbeque tu lagi best dan memang lebih meriah kalau diteruskan dan ajak family bersebelahan join sama :)
ReplyDeletewah..bestnya...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.