assalamualaikum & salam sejahtera 😄
bersambung kisah dari entri wild camping yg lepas. yg wild tak la wild sgt tu kan. weekend yg kami pergi tu memang weekend duka bagi negara, banyak tempat di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang umpama dilanda garuda! banjir besar.
hari pertama 18.12.2021 (Sabtu)
meskipun hati si ibu ni gundah-gulana di hari pertama, anak-anak tetap happy santai mandi sungai. hujan berhenti seketika, dpt la diorang merasa bestnya mandi sungai. serasa saya dpt la diorang happy happy mandi 2-3 jam. sebab selepas tu, hujan kembali renyai-renyai, lebat di malam harinya berlanjutan hingga ke esok pagi.
kami berada di campsite Riverside Camp, Gopeng bermula dari 18 hingga 21 Disember 2021. bersyukur sgt sebab hanya 1 hari dan 1 malam saje kami berkhemah dlm hujan. da la dpt tapak khemah kat tepi hutan, hujan plak tu, 😓 memang rasa nak balik rumah aje dah Ahad pagi tu. sebab berlemoih sgt!
namun, hasil kesabaran mr.asben terhadap pe'el bini dia yg da mencuka pagi tu dek tapak camping yg tak proper, berlecak, licin, tak organize, dia usahakan utk pindah tapak khemah. kebetulan Ahad tghari tu mostly campers check out. byk tapak yang da kosong.
tu la tu yg nak kongsi, asalnya booking kat sini hanya 3 hari 2 malam. tapi bila da pindah tapak, hati-hati kami dah teruja dgn Riverside Camp, Gopeng 😍. teruslah petang Ahad tu mohon dgn campsite owner extend 1 malam lagi. mujurlah boleh. alhamdulillah.
campsite ni terletak di Kampung Jahang, Gopeng.
dari wild family camping, kami berubah kepada family glamping (glamer camping).
antara lain, camping yg bersenang-lenang 😄 dan selesa tahap maksima. luas kawasan kami memandangkan tak ramai campers pada Ahad hingga Selasa. kami memang enjoy la camping selama 4 hari 3 malam.
dan tu yg nak inform juga, rezeki kami, bermula petang Ahad tu sehinggalah kami check out pada petang Selasa, cuaca amat baik. tidak hujan langsung. pada hari Ahad dan Isnin, anak-anak enjoy mandi sungai sepuas hati.
hari kedua di Riverside Camp, Gopeng (19.12.2022 - Ahad) nan indah.
da pindah tapak, baru saya happy 😄😄😄.
barulah rasa tak nak balik! ha ha ha ha...
terus extend 1 malam lagi.
pandangan belakang khemah kami.
byk pokok durian kat sini.
kalau musim durian, syok la campers, makan durian fresh la kot.
tapak malam pertama, waktu ni keadaan da kering. da ok.
kami bersihkan dan lapangkan utk campers yg lain.
amat penting kemas 100% tapak sebelum kita tinggalkannya.hujung dalam tu tapak malam pertama kami.
pindah ke luar ni saje, tak jauh...
rezeki dpt conquer pondok tu 😄.
jadi tempat masak dan bbq.
aman rasa jiwa bila memasak dgn view begini.
awalnya meja makan di sebelah sana tu.
kemudian kami pindahkan meja makan ke atas.
di situ jadi ruang bbq.
pangkin ni adalah bonus utk kami.
mudah nak letak-letak barang yg banyak! 😄
tu dia my mr.asben yg baru balik dari cuci kuali.
tq 💛😃.
isteri masak, suami bantu cuci-cuci.
jom masak!
saya dan adik (baju oren).
wow! outdoor cooking yg ohsem.
sebaik saje hujan stop, terus berendam.
hinggalah ke petang 😎.
semalam, tak dpt nak memasak. hujan. hanya dpt bbq dan buat breakfast saje. now, da dpt port baru, barulah segala isi perut dlm ice box dikeluarkan. ikan, ayam, kambing, salad, tomato. anak ramai, byk selera, ibu yg bertiga ni brainstorming la nak masak apa. settle masak nasi & lauk-pauk, Mak Ngahnya goreng pula cekodok ikan bilis yg ohsem 😋.
pondok memasak dan bbq 👍.
kambing on the way.
penyepit lupa bawa, guna la lidi sate je 😄.
bekas berisi air sungai utk cuci tgn.
hand soap disediakan juga ye 😃.
bila hati gembira, masak banyak pun takpe. lauk kami hari tu ialah tomyam sayur, sambal sardin, ikan pekasam, ikan talapia panggang, telur dadar dan kambing panggang. lauk-pauk ni membawa ke malam. petang tu kami makan tengahari pon jam 3 petang. laparrrr!!! sebab tghari da sibuk pindah khemah, kan.
Izzat - penat mandi sungai, mandi dan makan 😄.
anak bongsu adik saya, Ain.
ni la buat kecoh suasana. bercakap mcm bertih jagung 😄.
keep warm atas rak bbq.
nasi putih dan kopi o.
ready to eat. ready to drink 😊.
malam hari, campsite owner buat campfire 😍.
sebelum tidur, anak-anak melepak la berborak di campfire.
Izzat yang happy!
kegembiraan bersambung di hari ketiga di Riverside Camp, Gopeng (20.12.2021 - Isnin).
selepas subuh semua da aktif. semua dgn aktiviti masing-masing. hari ini sehari lagi kami santai-santai di sini. tak jadik nak check-out tengahari nanti, kan. gonna be a very happening family camping.
sarapan pagi kedua kami di Riverside Camp adalah burger daging kerbau Ramly. sedap mengancam! simple saje dgn salad, sos cili dan mayonis, anak-anak ada yg makan 2 burger. kebetulan, cekodok bilis semalam masih ada baki. dijadikan juga sarapan cicah sambal sardin semalam. bila camping, apa je hidang, semua habis.
sarapan simple sekeluarga.
sosej on the way utk minum pagi pula 😍.
nampak tak betapa menyinarnya mentari ?
alhamdulillah...
was having a great time dgn anak-anak.
lunch time - pon makan nasi kat sungai.
punya la nak appreciate moments yg ada bersama 😍.
sempat le saya bergambar dgn mr.asben tercinta 💛.
Mak Ngah dgn anak-anak buah.
Mak Usu dlm pelampung la pulak tu 😄.
Mak Usu dlm pelampung la pulak tu 😄.
2 mak budak berendam dlm sungai 😃.
Pak Ngah jaga dapur.
pantau dari atas.
pantau dari atas.
my beloved mr.asben.
sentiasa berjaga-jaga, takut-takut mak-mak budak lupa diri! 😄
😉 makan tengah hari.
hari terakhir, nak balik dah (21.12.2022 - Selasa).
bangun pagi, aduhai 😃 terasa tak best sgt sebab nak tiba di hari terakhir. 3 malam terasa tak cukup! aduhai. menikmati keindahan Riverside Camp, Gopeng di hari terakhir dgn penuh rasa bersyukur. cuaca kekal cantik.
pagi-pagi, ibu-ibu memasak utk sarapan. ayah-ayah da mula berkemas. tanggalkan apa patut. cabut apa patut. terus pack dan masukkan dlm kereta sedikit-demi sedikit.
roti canai ada.
roti tampal pun ada buat sarapan.
alhamdulillah.
family camping kedua saya yg berjaya. Allah kurniakan suka ceria gembira buat kami semua. sehingga kakak saya terus suruh reserve Riverside Camp, Gopeng ni bulan Mac nanti. kami plan nak buat family day.
in shaa Allah 😌.
21 Comments
Seronok baca.. Kemain mwriah dia camping ya hehee.. Gi ramai2 camni mmg syiok kan, pastu tmpt n cuaca pun ok je
ReplyDeleteyes. meriah. terutama anak-anak la.
Deletelayan diorang tu yg suasana ceria gembira.
makan rebut-rebut :) best!
Seronoknya lah camping ramai ramai dengan family. Cantik cerek tu kak! Senang kan kelengkapan camping semua dah ada. Selesa betul duduk dalam khemah besar. Pacak pulak tepi sungai. Makan mandi masak je lah aktiviti kat sini :)
ReplyDeletecantik kan cerek tu.
Deletebeli kat madam king nilai tu, fiza.
pattern tu tinggal satu aje :) rezeki akak la.
wah syoknye tgk, aktiviti camni. happy kan dpt camping family
ReplyDeletekena pula asben anak2 pun suka
cam ciknur suka tp asben dan ank2 kurengg emmm
maka tak menjadi la he hee
aida pun at first tak la suka sgt, ciknur.
Deletetapi tu la. try pertama kali gi di asahan tu, terasa best.
kali kedua adik-beradik semua nak ikut, terus jatuh cinta.
susah camping ni. tapi, tu la dia pengalamannya.
nice eh camping gini. dapat kumpul ahli keluarga. eish best.
ReplyDeleteyes. the more the merrier.
Deleteasyik dok dlm rumah.
bw anak-anak outdoor,diorang dpt la pengalaman :)
Alhamdulillah..puas ati tu sampai 3 malam.
ReplyDeletememang puas hati!
DeleteSeronoknyer berkhemah dan dapat mandi manda
ReplyDeletesyoknya camping...nak plak dpt mandi sungai
ReplyDeleteNampak menarik je kat sini. Adik pun ada pergi juga area sini. Dia naik waterraft. Masa Aida kat sini saya pula ke Johor. Kebetulan masa tu area Selangor banyak tempat banjir. Kat Johor panas berdenting lagi.
ReplyDeletemac nanti nak naik water raft tu.
Deleteari tu sebab cuaca tak brape ok. tak nak la kan.
seronoknya camping camni. tambah lagi dengan sungai yang mengalir cantik. suasana yang damai
ReplyDeleteSeronok camping dekat sini kan? Syu hari tu camping di Murni Riverside. Best!!
ReplyDeletecuaca di belah utara memang baik masa ni, rezeki kak Aida sekeluarga camping dengan selesa. orang lain dah balik, seronoklah conquer.
ReplyDeleteseronok tgk. meriah betul termasuklah makanan2 tu. terasa sejuk air sungai tu
ReplyDeleteBoleh tahan bersih tempat ni... uncle suka!
ReplyDeleteMeriahnya suasana. Memang betul-betul camping ni. 4 hari 3 malam kira jangka masa panjang juga tapi masih rasa tak puas pula. Sesuai sangatlah nanti buat family day di sini.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Barulah seronok bercamping ye Aida.. Mujurlah dapat tukar tempat..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.