assalamualaikum & salam sejahtera 😃

nak la berkongsi kisah camping kedua kami di Riverside Camp, Gopeng, Perak pada 18 - 21 Disember yg lepas. setelah 2 malam bersenang-lenang di Grand Lexis, Port Dickson, kami terjebak dengan wild camping


Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
tongkeng ayam panggang 😋😍.
hidangan dinner malam pertama.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
sampai je, anak-anak bergambar di jongkang-jongkit.
ibu ayah gi uruskan hal check in dan mencari tapak nak pacak khemah.

check in pada pagi 18.12.2021 (Sabtu).
kami tiba di Riverside Camp, Gopeng lebih kurang jam 11 pagi. cuaca ketika itu amat baik. hujan sudah berhenti namun keadaan awan masih berat umpama akan hujan lagi. kami tak berlengah, terus mencari tapak. owner campsite pun terus beri kami pacak meskipun belum lagi jam 12 tghari. masa check in sepatutnya 12 tghari ye. check out pun by 12 tghari ye. sementara tak hujan, boleh la cecepat pasang khemah!

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
wahaj-wajah kesayangan hamba.
berbaju pink, duduk tu, adik bongsu saya.
lelaki bercermin mata depan sekali tu, Muhammad, anak kakak saya.
yg lelain tu anak saya dan anak adik saya tu lah.

nak la inform, camping kali kedua ni kiranya saya camping ramai-ramai, 3 keluarga. kami 3 beradik bersama suami dan anak-anak masing-masing. tapi kakak saya tido di hotel berdekatan 😂, dia memang tak nak tido dlm khemah. Muhammad saje yg stay berkhemah dgn kami-kami. dalam masa yg sama, ada lagi 4 keluarga iaitu ofismet mr.asben. semua sekali kira-kiranya 7 keluarga la. memang best. memang menunggu-nunggu tarikh family camping ni! excited berminggu-minggu sebelum tu lagi.

hujan sepanjang perjalanan dari Melaka ke Gopeng!
saya bertolak dari Melaka jam 5 pagi dan berhenti solat di R&R Seremban. kemudian teruskan perjalanan hingga ke R&R Tapah. jumpa dgn adik saya di situ lebih kurang jam 9 pagi. kami ramai-ramai breakfast dan lepak di situ. driver berehat sebentar 😊. 

perjalanan dari Melaka hingga ke Tapah diiringi oleh hujan renyai-renyai. aduhai... debar rasa hati ni nak berkhemah dlm hujan!

jam 10 pagi, selesai breakfast, kami gerak ke Riverside Camp, Gopeng. dekat je sebenarnya tapi sejam baru tiba. sebab jem teruk sepanjang jalan tu. selepas 1 jam baru tiba di exit Gopeng. waktu tu, hujan da mulai berhenti. 😍 hati saya da berbunga-bunga. "dpt la berkhemah dgn selesa ni. in shaa Allah." dlm hati ni berkata-kata.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
proses pacak khemah bermula lebih kurang jam 11 pagi.
anak-anak membantu.

setibanya di campsite, sedikit kecewa. sebab tapak yang diidamkan semua penuh. sebab kami group booking, sepatutnya berdekatan dgn kawan-kawan yg lain tu. bak kata campsite owner, "ada beberapa campers pasang flysheet terlalu besar sehingga ambil kawasan yang besar." tu yg mereka kekurangan tapak utk kami. kami 10 orang, memang perlu 2 tapak. namun tapak yg tinggal amat kecil dan terhad. kalau kami pasang jugak di situ, kesian pulak kpd campers yg berdekatan, kawasan akan jadik amat crowded.

maka, kami beralah dan ambil satu tapak paling hujung di Riverside Camp ni. jauh skit dari orang lain. jauh dari pencahayaan yang disediakan oleh campsite owner. malam akan gelap! dan jgn harap la dpt tarik wayar dari plugpoint. jauh! lantainya totally tanah. pada waktu tu, tanahnya basah dek hujan sepagi, kan. 😩 hu hu hu pada waktu tu, hati saya sungguh tak tenang! sungguh tak keruan! sebab lantai  tanpa rumput, bukan tanah pasir dan cuaca plak hujan, faham-faham saje la ye. tapi muka nampak mcm relax saje sebab considering mr.asben dan adik ipar yg ok ok je dgn tapak tu. 

Wild camping? 
Wild camping is the UK term for camping outside of designated campgrounds and allows you to experience tranquility in nature with a few simple rules. Wild camping allows you to experience solitude in the great outdoors, but may require more effort to get to and won’t come with any modern conveniences that you don’t bring with you.

versi saya ni tak la wild sgt. brape % je wild nyer. tapi bagi saya, cukup-cukup wild lah 😄. sgt sgt menduga hati dan perasaan!

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
berlecak di sini.
yg paling ngeri, keadaannya licin.
tebing sungai sebelah tu tinggi pulak!
dan berceracak pohon buluh 😖.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
khemah kami bertemu pintu 😄

dugaan besar pada saya ketika nak pacak khemah di situ.
saya da terasa saya akan wild camping kat situ. sekitarnya hutan. pencahayaan jauh. then tebing sungai yg tinggi. ruang tu pun tak la besar. bila da pacak flysheet, dgn peg dan tali kiri kanan depan belakang, menyukarkan nak berjalan ke toilet, sinki dan sebagainya. yg saya risaukan, anak-anak nak berjalan la! takut tersadung mana-mana tali khemah, terjatuh ke dlm sungai!

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
air sungai tinggi dan keruh.
kerana semalaman hujan.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
nampak tak keadaan di sini?
tak rata. licin!

then nak pantau anak-anak mandi sungai pun sukar, tak boleh nampak! so, satu org dewasa mesti nak kena berada bersama diorang bila diorang mandi sungai. considering cuaca hujan, air sungai pun deras, wajiblah risau kan bila tak dpt peratikan anak-anak mandi sungai 😖.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
Izzat dan anak buah saya, Ain.
aktif ke hulu ke hilir.
tak sabar sgt dah nak mandi sungai 😀.
beberapa kali hampir nak tersadung tali khemah!

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
khemah unta da naik.
fly atas tu je belum diletakkan.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
haaaaa barulah tutup litup unta ku 😄.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
sedang pasang flysheet.
tu adik saya sedang melakukan semburan semut keliling khemah.
byk semut api!

kelam-kabut!
kami rushing set up tapak khemah sebab ada tanda-tanda nak hujan semula. bila gitu, kedudukan segala benda is kelam-kabut. aduhai, saya sedikit frust la sebab dgn suasana yg mcm nak hujan, ditambah pula dgn tapak khemah ala-ala wild camping. adoi lah...

tak cukup luas utk pacak 2 khemah kami, tau la kan, nak setting flysheet lagi. nasib sungguh baik, khemah adik saya kecik. ada la ruang utk common area di antara khemah kami. tanah agak tidak rata, mesti berhati-hati. kelam-kabut sebab rushing! kepala tak seiring dgn tgn. tangkap muat aje pacak memana. brg pun letak aje mana-mana sempat hu hu hu...
 
Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
alhamdulillah.
apa yg penting? kerjasama!

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
rak memasak dan brg berkaitan.
letak-letak dulu. ruang tak brape besar nak deko.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
khemah salin baju.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
this is special.
adik ipar saya buat khas utk gantung baju-baju basah kelak.
potong buluh and ikat guna tali 👍👍👍.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
adik ipar saya (kiri sekali berbaju hitam) sedang asah parang.
memang terbaik la dia 👍. sungguh bersedia!

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
happy anak-anak dpt mandi sungai ptg tu.
tak tukar baju swimming pon. terjun aje la...
Izzat dan Ain mandi di area sungai sebelah dgn kawan-kawan.

awalnya, ok. kemudian menjadi tidak ok.
namun, menjelang lewat petang, hujan mulai turun renyai-renyai. anak-anak yg sempat mandi sungai, terpaksa naik ke darat. langkah berjaga-jaga sebab masa tu kami da dpt berita bencana banjir yg mula melanda selangor. hati ni menjadi risau!

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
ni la ruang di antara khemah saya dan khemah adik.
kecil. sedikit tidak teratur dek kawasan yg terhad.
hujan plak tu.
tapi kami happy sgt masa ni. gelak ketawa riang ria.

kami makan ramai-ramai. kakak saya dari Cheras pun da sampai. sebelum dia check in hotel, dia dtg dulu ke campsite dinner bersama kami. dinner simple je. nasi putih dgn bahan bbq - ayam panggang, tongkeng panggang, sosej dan lokcing. makan ramai-ramai, rebut-rebut makan memang seronok.

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
adik ipar buat unggun api.
kepitkan ayam yg da diperap dgn buluh 😃👍.
tema wild camping kan ha ha ha ha...

Family Camping Lagi | Versi "wild camping" di Riverside Camp, Gopeng
keadaan masih terkawal sebab hujan tak berapa lebat.

namun, di tgh malam, hujan turun dgn amat lebatnya 😒. lebat yang tak boleh nak bergerak! keliling khemah lencun dan berlopak. anak-anak semua tido lena. namun kami ibu ayah tidur separa sedar. dok jeling ke luar khemah memerhatikan keadaan. deruan air sungai yg deras buatkan kami takut nak lena.

penempatan kami di tebing sungai yg tinggi. kerisauan saya adalah jika la tebing tu runtuh ke, apa ke. Allahu Akbar. memang tidur dlm keadaan yg risau la. mr.asben bangun sebelum subuh, pantau keadaan di luar khemah.

esok paginya (19.12.2021) keadaan sekeliling khemah amat menyedihkan saya.
awal pagi emak saya da call. bertanya khabar kami yg sedang camping di tepi sungai. alhamdulillah, keadaan di Riverside Camp, Gopeng dan beberapa campsite di aliran sungai tu, selamat. tiada apa musibah berlaku. bersyukur sgt-sgt! emak abah saya berasa lega yg amat la kan. faham aje la. semua tahu kan yg banjir besar melanda Shah Alam dan byk campsite di beberapa tempat musnah dek banjir lumpur.

keliling khemah pagi tu berlecak! tanah licin. tanah liat kan, aduhai... kotor groundsheet dgn tanah. 😞 mood nak meneruskan camping langsung tiada. rasa nak balik rumah je. gagahkan diri jugak la buat breakfast utk famili. anak-anak semua dah kelaparan. diorang tak dpt nak ke mana-mana sebab hujan. dok la berkumpul dlm khemah. saya buatkan english breakfast je. scramble egg, sosej, baked beans & roti bakar. mudah dan cepat siap.

gambar di pagi tu saya tak snap pun. mood ke laut! 

lepas settle anak-anak breakfast, dgn hujan yg masih turun membasahi bumi, saya rehatkan badan dlm khemah dan tertidur 😴. anak-anak semua lepak dlm khemah. saya tak benarkan diorang keluar dari khemah kerana hujan. aliran sungai pun deras, bahaya.

kesian anak-anak...
(...to be continued - next entry)


mesti korang terdetik dlm hati nak tanya saya - "dah tau ramalan cuaca tak baik, kenapa gi camping jugak tepi sungai?!!"
yes. tau dah yg ramalan cuaca kata hujan lebat lain mcm weekend bermula 18.12.2021 tu. saya pun dok risau, camne nak camping ni, hujan! mesti kelam-kabut. mesti menakutkan. namun, dlm fikiran saya hanya membayangkan hujan lebat. langsung tak imagine bencana seteruk ribut dan hujan lebat luarbiasa yg telah berlaku di beberapa campsite di Negeri Sembilan dan Pahang. saya bersangka baik.

setibanya di sana, time check in, saya pun sudah siap-siap bertanya adik di kaunter campsite. dimaklumkan keadaan akan ok. situ tak pernah la banjir teruk. air sungai melimpah, yes. tapi dlm keadaan yg terkawal. siapa la boleh jangka what will happen? semua di tgn Allah. tu yg kami proceed. expect kegembiraan saje la kan.

soalan lain - "berani ye proceed camping meskipun cuaca diramalkan hujan berterusan?"
pada saya, hujan, apa la salahnya camping. ada la secebis pengalaman camping time hujan. seteruk mana pun keadaan, pengalaman tu kan mahal harganya. tak expect berlakunya situasi yg amat teruk seperti banjir. sedih bila dgr byk campsite di janda baik dan kenaboi yg rosak 100%. ada chalet yg hancur dan melibatkan kehilangan nyawa. aduhai...


...apapun, saya bersyukur kerana kami selamat pergi dan balik 😊.