assalamualaikum & salam sejahtera semua...
terima kasih kerana sudi klik link ke blog ni. nak kongsi cerita tentang simple celebration birthday anak kedua - Ain Syuhada yang ke 15. birthday Syuhada adalah pada 17.1.2022 yang lepas. tahun ni tidak ke mana-mana lagi utk meraikannya. kalau-kalau la weekend ni tiada apa yang mendesak, boleh la kami berlima makan-makan di luar kot 😊. in shaa Allah...
di meja makan 😍.
kami berlima angkat tgn berdoa kepada Allah.
moga Ain Syuhada, darling ibu ayah ni dikurniakan kehidupan yg sempurna.
beriman dan berilmu. aminnn...
Nutellah Cheese Cake ZOWA, MITC Melaka.
1.2kg - RM69 😃
sebelum tiba rumah petang 17.1.2022 (Isnin) tu, singgah di ZOWA dan beli kek yg sedap ni. berputaran fikiran ni sebelum tu kek apa nak dibelikan utk anak-anak makan. Bakers' Cottage kah? Secret Recipe kah? akhirnya roda kereta terhenti di depan kedai ZOWA. pertama kali ingin mencuba.
bersama 2 kotak hadiah dari kawan-kawan baik 😍.
2 helai tudung bawal. alhamdulillah.
duit 😃
a box of happiness!
tak kenal la sape korean tu semua. BTS ke sapa ke, saya tak ingat. ada je Syuhada inform, but tak masuk la dlm minda ni sekarang. anak-anak zaman sekarang, korean artist menjadi pujaan la. sana sini lelaki korea yang cantik tu. tak tau tang mana hensemnya. yg saya nampak, kecantikan. lebih cantik dari pompuan la 😀.
ari tu da saya belikan dia set BTS McDonalds, kan. memang suka hati dia. senyum hingga ke telinga. kalau lalu kat mana-mana, terpampang iklan COWAY BTS yg bertujuh tu berdiri, bukan main besar papan iklannya, panjang leher Syuhada. ada la dia mentioned nama setiap org, hmmmmm lom lagi saya dpt ingat 😆.
mohon semua yg baca entri ni, aminkan doa saya ni - moga Ain Syuhada dikurniakan kesihatan yg sempurna, jauh dari penyakit berbahaya, kekal sempurna sempurna pancaindera dan mudah utk belajar. cemerlang dunia, cemerlang akhirat.
😌 aminnn...
15 Comments
happy birthday Ain Syuhada sebaya tisya la...tp tisya bln 6 nanti...tp nmpk matured ank aida...sedap nmpk kek tu ada nutella
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletememang sedap kek tu.
nutella and cheese, memang la terbaik.
hepi bezday ain ;)
ReplyDeletebts ni budak-budak sekarang, laju je ingt nama. kita pun kekadang kena up to date sebab diorg lg cepat tau dr kita hahaa.
Happy birthday Ain Syuhada. Semoga menjadi anak solehah kebanggaan ibu dan ayah... rajin belajar, murah rezeki dan maintai comel macam ibunya
ReplyDeleteHappy belated bithday Ain.
ReplyDeleteWah seronoknya dapat hadiah ada gambar oppa.
Acik kenal BTS. Tapi tak minat. He2~
happy birthday Ain Syuhada.. unik nya birthday kek dia... :)
ReplyDeleteSelamat hari lahir Ain.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah
ReplyDeleteselamat hari jadi ain syuhada. moga sentiasa dalam keberkatan, happy dan sukses selalu!
ReplyDeleteHappy birthday Ain Syuhada. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan, membesar jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat dan diberikan kesihatan yang baik. Aaaminn...
ReplyDeleteAamin utk doa tulus seorang ibu :D
ReplyDeleteHappy Birthday Ain Syuhada, semoga kebaikan & kejayaan sentiasa menjadi milikmu aamin.
happy belated birthday kakak Ain Syuhada!! mmg hadiahnya hadiah budak² zmn skrg sgt.. hehehehe
ReplyDeleteremaja dah anak aida. happy birthday ain syuhada semoga menjadi anak solehah kebanggan ibu ye
ReplyDeleteAmin. Siap ada botol Nutella atas kek.
ReplyDeleteCeria dapat hadiah.
happy belated birthday ain, moga jadi anak yg solehah, berjaya dunia & akhirat...
ReplyDeletekek tu nampak yum yum.
Happy belated birthday Ain Syuhada. Namanya cantik, seindah paras rupa, dan sudah tentu sentiasa berbudi bahasa. Moga berjaya dunia dan akhirat.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.