assalamualaikum & salam sejahtera 😊

belum lagi dapat compose sambungan cerita wild camping di Riverside Camp, Gopeng. nak menaip perkataan tu senang. bab nak select gambar yg bersesuaian tu yg menjadi masalah. masalah dari segi masa. nak compose mesti nak satu ruang yg santai dan releks. bercerita dan berkongsi dgn penuh jiwa 💛.

McDonalds | Golden Prosperity Burger Double Beef
😋

so tghari ni nak kongsi perihal makan. Jumaat lepas, jam 4.30 petang, saya dan mr.asben bersama ke klinik utk cucuk booster pfizer. selepas tu memang tak la bercadang untuk masak for dinner. call McDelivery saje. kebetulan kan ada prosperity burger, wajib la makan. 

McDonalds | Golden Prosperity Burger Double Beef

McDonalds | Golden Prosperity Burger Double Beef
double beef. hirisan bawang holland.
and sekeping hash brown ye.

sedap. portion yg byk! seriously saya tak dpt nak habiskan. kebetulan aura tak sihat dek cucukkan booster tadi da tiba hu hu hu... 

korang da cuba? suka?

dlm sebulan, kerap juga la panggil McDelivery dtg rumah 😆. pantang la kalau ditanya anak-anak bertiga kat rumah tu, "ibu malas masak la, nak makan apa?".

"burger McD!!!"

wajib order adalah McChicken utk Izzat dan BigMac utk mr.asben. both of them kebiasaannya takkan bertukar kpd burger yg lain. setia sgt dgn burger masing-masing. kak Nurin suka mencuba burger baru, try and error. saya pula suka order ayam McD yg tak pedas. makan ketika panas-panas, memang syok!

alhamdulillah... rezeki. tak sukar nak buat anak-anak saya gembira. tak perlu yg rare atau over mahal. yg biasa-biasa pun diorang akan jadi excited 😍.