assalamualaikum & salam sejahtera 😀
kongsi tempat makan di Melaka. kedai biasa tapi makanannya luar biasa! ini yg kita semua mahukan, kan? yang tular tu most of the time, dah lama-lama menjadi biasa saje. harga makin naik, namun mutu makanan semakin menurun.
wajib order. tak sah kalau tak order. meskipun waktu kami tiba di situ hujan lebat, tetap anak-anak dara saya order the madu ais. buihnya mantap, boleh kekal sebagai misai beberapa minit 😄 kalau diminum tanpa straw.
satu lagi kewajipan kami ialah makan signature dish Warong Teh Madu Bard iaitu nasi ayam cincang. ayam goreng rangup-rangup dan ulam timun. nasi putih panas-panas dihidangkan dgn kuah kari banjir dan sambal.
sambalnya nampak mcm baik-baik aje, kan.
tapi, pedas ya Rabbi! meleleh air mata sambil makan 😄.
lokasi warong ni mudah aje. di lebuh Spa, Melaka. dari Cheng, sebelum Stadium Hang Jebat. Kalau dari Melaka, mestilah buat u-turn di trafik lights simpan empat nak ke Cheng / Bertam.
cari aje The Madu Bard di Google Map, confirm sampai.
bermula 1.1.2022, saya lihat ada beberapa perniagaan makanan di Melaka ni menaikkan notis di gerai mereka perihal kenaikan harga. mereka da boleh berniaga kembali namun dgn harga yang baharu. di mana-mana... di sana sini...
harga naik bermula 1.1.2022.
dari pengamatan saya, yes, kenaikan harga bahan mentah meningkat. faham. sayur. ikan. ayam. gula pasir. namun, kenapa gerai makanan menaikkan harga melampau tinggi? sebungkus nasi lemak yg dulu RM1. kini RM1.50. kuih yg dulu sekeping 60 sen, kini 80 sen. nasi lemak sambal sotong kering yg dulu rm5, kini RM7. jgn disebut air, sekarang takkan dapat air panas bungkus ikat mati berharga RM1 atau RM1.50. semua dah standard RM2. di kebanyakan tempat la. hasil saya tapaw makanan dari hari Isnin ke pagi td.
tapi, masih ada peniaga makanan yang maintain harga. good job. ada yang hanya menaikkan 20sen sahaja. ok, masih saya boleh terima. tahniah kepada mereka. moga lebih ramai yg membeli dan keuntungan mereka lebih lipat kali ganda dari keuntungan dulu-dulu. aminnn...
bagi yg bekerja, sesen pun tidak terjejas dgn PKP, pandemik covid-19, banjir... mereka-mereka ini ok la. life goes on. malas masak, beli. lambat masak, beli. yg saya pandang ialah mereka-mereka yang kini pendapatan tidak seperti dahulu tapi anak-anak nak beli makanan di luar kadang-kadang. hmmmm kenaikan rm2 pon jadik masalah, sebab kita bukan nak beli sebungkus atau dua. paling tidak 5 bungkus, kan.
mencari duit lebih dgn keje sampingan.
it is time utk cari keje sampingan agar dpt tambahan pendapatan, kan. jgn harap sgt bantuan kerajaan tu. sekali beri, few days boleh habis. next? acaner?
ekonomi negara tu biarlah Zafrul yg fikir. now it is time utk kita semua fikirkan ekonomi sendiri. dgn brg naik harga, how to hidup mcm dahulu tapi dgn cara baharu. possible. think. work for it. in shaa Allah 😉.
p/s : saya rancang nak jual biskut raya nanti. offline saje. dgn kawan ofis & jiran tetangga je. agent saya ialah anak-anak 😄. nak ajar mereka buat publisiti kat kawan-kawan & cikgu. dari keuntungan saya, saya beri mereka 50%. so, siapa jual byk, dpt la untung byk.
ni bukan entri kecam peniaga ye 😀. jgn la kecam saya di ruang komen. biasa la, dari kaca mata pembeli. pendapat dan pandangan dari sudut yang berbeza, kan.
11 Comments
teh madu...hausss plak tgk
ReplyDeleteRamai orang ke kedai ni. Tapi saya belum berkesempatan lagi.. Sedikit pembetulan, ke arah Stadium Hang Jebat, bukan Stadium Tun Fatimah. Stadium Tun Fatimah di kawasan Semabok.
ReplyDeletetq! aduhai... kenapa la kepala dok taip stadium yg selalu gi jogging tu ha ha ah ah ha.
Deletetq so much. silap stadium la pulak :)
yea sis, kat sini pun mostly rega barang naik, if mknan naik tapi mengekalkan quality ok lah, jgn je naik tapi bahan dikurangkan, tu yg tak bestnya
ReplyDeletefavourite teh tarik tu. All the best nak berniaga..
ReplyDeletemenarik tu. idea jual biskut raya. best of luck. thanks for sharing. saya pun suka teh madu, cuma tak duka dimadu. eh.haha
ReplyDeleteCantiknya teh madi ais...bih-buihnya sangat menggoda tekak!
ReplyDeleteNampak sedap semuanya.. teh madu tu macam menarik je..
ReplyDeleteLama tak minum teh tarik sebab sekali dapat yang manis giler terus fobia nak order. Sedap nampak nasi ayam cincang. Sambal pedas baru padu untuk yang suka makan pedas.
ReplyDeleteNampak memang pedas betul sambal dia. Heheh. Boleh nangis. Teh tarik dia nampak kaw
ReplyDeleteNasi ayam cincang nampak menarik tapi kena minta asing samballah kalau pedas..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.