assalamualaikum & salam sejahtera 😀

kongsi tempat makan di Melaka. kedai biasa tapi makanannya luar biasa! ini yg kita semua mahukan, kan? yang tular tu most of the time, dah lama-lama menjadi biasa saje. harga makin naik, namun mutu makanan semakin menurun.

Minum teh tarik dan makan nasi ayam cincang di Warong Teh Madu Bard, Melaka
teh madu ais 😍.

wajib order. tak sah kalau tak order. meskipun waktu kami tiba di situ hujan lebat, tetap anak-anak dara saya order the madu ais. buihnya mantap, boleh kekal sebagai misai beberapa minit 😄 kalau diminum tanpa straw.

satu lagi kewajipan kami ialah makan signature dish Warong Teh Madu Bard iaitu nasi ayam cincang. ayam goreng rangup-rangup dan ulam timun. nasi putih panas-panas dihidangkan dgn kuah kari banjir dan sambal.

Minum teh tarik dan makan nasi ayam cincang di Warong Teh Madu Bard, Melaka
sambalnya nampak mcm baik-baik aje, kan.
tapi, pedas ya Rabbi! meleleh air mata sambil makan 😄.

lokasi warong ni mudah aje. di lebuh Spa, Melaka. dari Cheng, sebelum Stadium Hang Jebat. Kalau dari Melaka, mestilah buat u-turn di trafik lights simpan empat nak ke Cheng / Bertam.

Minum teh tarik dan makan nasi ayam cincang di Warong Teh Madu Bard, Melaka
cari aje The Madu Bard di Google Map, confirm sampai.

Minum teh tarik dan makan nasi ayam cincang di Warong Teh Madu Bard, Melaka

Minum teh tarik dan makan nasi ayam cincang di Warong Teh Madu Bard, Melaka

bermula 1.1.2022, saya lihat ada beberapa perniagaan makanan di Melaka ni menaikkan notis di gerai mereka perihal kenaikan harga. mereka da boleh berniaga kembali namun dgn harga yang baharu. di mana-mana... di sana sini...

harga naik bermula 1.1.2022.
dari pengamatan saya, yes, kenaikan harga bahan mentah meningkat. faham. sayur. ikan. ayam. gula pasir. namun, kenapa gerai makanan menaikkan harga melampau tinggi? sebungkus nasi lemak yg dulu RM1. kini RM1.50. kuih yg dulu sekeping 60 sen, kini 80 sen. nasi lemak sambal sotong kering yg dulu rm5, kini RM7. jgn disebut air, sekarang takkan dapat air panas bungkus ikat mati berharga RM1 atau RM1.50. semua dah standard RM2. di kebanyakan tempat la. hasil saya tapaw makanan dari hari Isnin ke pagi td.

tapi, masih ada peniaga makanan yang maintain harga. good job. ada yang hanya menaikkan 20sen sahaja. ok, masih saya boleh terima. tahniah kepada mereka. moga lebih ramai yg membeli dan keuntungan mereka lebih lipat kali ganda dari keuntungan dulu-dulu. aminnn...

bagi yg bekerja, sesen pun tidak terjejas dgn PKP, pandemik covid-19, banjir... mereka-mereka ini ok la. life goes on. malas masak, beli. lambat masak, beli. yg saya pandang ialah mereka-mereka yang kini pendapatan tidak seperti dahulu tapi anak-anak nak beli makanan di luar kadang-kadang. hmmmm kenaikan rm2 pon jadik masalah, sebab kita bukan nak beli sebungkus atau dua. paling tidak 5 bungkus, kan.

mencari duit lebih dgn keje sampingan.
it is time utk cari keje sampingan agar dpt tambahan pendapatan, kan. jgn harap sgt bantuan kerajaan tu. sekali beri, few days boleh habis. next? acaner?

ekonomi negara tu biarlah Zafrul yg fikir. now it is time utk kita semua fikirkan ekonomi sendiri. dgn brg naik harga, how to hidup mcm dahulu tapi dgn cara baharu. possible. think. work for it. in shaa Allah 😉.

p/s : saya rancang nak jual biskut raya nanti. offline saje. dgn kawan ofis & jiran tetangga je. agent saya ialah anak-anak 😄. nak ajar mereka buat publisiti kat kawan-kawan & cikgu. dari keuntungan saya, saya beri mereka 50%. so, siapa jual byk, dpt la untung byk.

ni bukan entri kecam peniaga ye 😀. jgn la kecam saya di ruang komen. biasa la, dari kaca mata pembeli. pendapat dan pandangan dari sudut yang berbeza, kan.