assalamualaikum & salam sejahtera 😀
jika semalam saya bercerita tentang sushi AEON, hari ni nak kongsi tentang makanan melayu. back to akar umbi la kan, saya orang melayu kot kan. berapa lama la boleh ubah citarasa lidah ni. mesti akan berbalik kepada makanan melayu jugak 😄 ha ha ha...
malam minggu yang baru lepas ni, kami makan di Ayer Keroh je. awalnya nak makan di satu tempat baru ni, Leypark Station. namun, hujan turun! hmmm acaner la nak makan-makan secara terbuka, kan? membuatkan kami singgah di Pak Syed Corner, Medan Selera Ayer Keroh (berdekatan dgn Shell dan simpang empat traffic lights Taman Muzaffar Heights).
appetizer dan dessert yg sedap!
kedai baru di Medan Selera, Ayer Keroh ni. sebab tapak kedai ni dulunya adalah tapak cawangan kedai kacang pool Haji yang kat Larkin, JB tu. now no more. setelah tamat je PKP 3.0 ari tu, kacang pool Haji pun dah tamat berniaga di sini 😞.
nampak kedai baru yang selesa. pelanggan pula tak ramai masa tu. ada 2-3 keluarga je. tu yg buat kami decide utk dinner di situ. sememangnya dari jauh da nampak ada jual asam pedas, kan. hmmmmm pucuk dicita ulam mendatang la bagi saya yang kelaparan.
sesungguhnya di Melaka ni tak sukar nak mencari kedai menjual lauk asam pedas, siang hari mahupun di lewat malam. sana sini banyak kedai yang menghidangkan menu asam pedas. most of them, lebih sedap dari kedai-kedai makan yang tular di media massa.
"Selera pilihan keluarga Malaysia" 😍
set nasi ni berharga RM3.
asam pedas tetel pula berharga RM10.
di kebanyakan tempat di Melaka, dulu kala menjual asam pedas ikut set. contohnya, set asam pedas + nasi putih + sedikit sambal belacan + ulam + telur asin. semua ni satu harga di antara RM8 - RM12. tapi, saya perhatikan, now diorang da jual semua ni asing-asing membuatkan semuanya bernilai lebih RM13 hu hu hu hu... bertabahlah wahai pelanggan ye.
appetizer 😍.
dihidangkan panas-panas, anak-anak makan hingga habis.
dessert yg viral baru-baru ni - rain drop pudding 😍.
boleh la. tak brape tackle selera saya.
sago gula melaka. ini juga yang terbaik selamanya...
makan sejuk-sejuk, oh my God, best!
review keseluruhan :
- layanan yang baik. pekedai semua mesra. melemparkan senyuman, meskipun terselindung di sebalik facemask.
- makanan tiba dengan kadar yang cepat. masa menunggu adalah ok. sempatlah berborak dengan anak-anak, gelak-gelak ketawa.
- meja kerusi yang selesa. ada pula roses sebagai hiasan meja, nampak soft di situ.
- makanan, ni paling penting, kan ?
- asam pedasnya sedap 👍. cukup rempah, pedas yang sederhana, daging tetel yang empuk dan kuah yg sederhana pekat.
- set nasi, sayur kubis goreng, sambal belacan dan ikan masin. nasinya sikit 😭. tak berapa kena dgn nisbah semangkuk (claypot) asam pedas. saya tambah sepinggan nasi lagi tau ha ha ha ha... sambal belacannya kurang menyengat dan cair. so tak brape memainkan peranan di atas pinggan makan.
- appetizer dan dessert yg best. lepas makan, pekena dessert yang ohsem, memang lengkap la hidangan, kan.
- izzat order nasi goreng. kak Nurin order kuew teow goreng. manakala, mr.asben order mihun goreng lembab. tak sedap! frankly speaking, tiada rasa. for the very first time, kak Nurin tak dapat habiskan kuew teow gorengnya 😒. sesungguhnya mereka memang tak arif dalam masakan ni. kalau nak menjual, diorang kena improve.
- selain dari asam pedas claypot, ada lagi menu lain yang hit seperti set kambing panggang dan sup utara. boleh la cuba lain kali.
👌 😀

13 Comments
asam pedas tk minat sgt tp bole la mkn...dessert viral tkde jumpa lg org jual
ReplyDeletetu la.
Deletebila jumpa dessert viral tu, terus oder.
nak merasa.
Melaka memang terkenal dengan asam pedasnya.
ReplyDeleteAsam pedas tetel tu sangat menggoda selera!
sgt sedap.
Deletealhamdulillah.
saya bertambah sepinggan lagi nasi :)
sebab ada lebihan kuah asam pedas.
rasa rugi tak dihabiskan.
wahhh.. sedap ni :)
ReplyDeletewah..nampak sedap. leh try cari bila gi melaka nanti ni.
ReplyDeleteAsam pedas tetel tu nampak sedap. Maybe diorang patut fokus kat asam pedas je kot if tak arif buat menu lain
ReplyDeletebetul.
Deletebiar menu sikit, tapi rasa kill sgt, kan.
dari pelbagai tapi mostly hambar.
Sedap2 nampak semua menu dekat kedai Pak Syed ni. Boleh la try nanti kalau singgah di Melaka.
ReplyDeleteAsam pedas tetel dia tu nampak mengancam.. Boleh cuba nie.. Raindrop tu tak pernah cuba lagi..
ReplyDeletewah nampak pekat kuahnya tu. boleh try la nanti. so far mama tak berapa gemar asam pedas melaka
ReplyDeleteBaca etri Aida ni terus terasa nak pergi cari asam pedas. Terliur tengok kuah asam pedas tu.
ReplyDeleteha'ah dulu kalau makan dekat melaka memang jual ikut set. Mudah la kalau blur tak tau nak makan apa memang ambik set asam pedas je sebab diorang memang dah masak banyak. Tak syok lah kalau jual asing.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.