assalamualaikum & salam sejahtera.
12 Rejab.
pagi ni pakat berpuasa dgn mr.Asben. kebetulan saya masih ada baki puasa utk di qada'. hari ni hingga Khamis, sedang elok berpuasa, kan. in shaa Allah 😃.
tapi tu la, sejak dari pagi perasaan ni kurang senang. terdapat kluster covid-19 di tempat kerja saya 😔. beberapa orang rakan sekerja dijangkiti dari peserta-peserta kursus. bila result positive, semuanya jadik lemah longlai tak terkata. aduhai 😞. semua pegawai dibekalkan dgn sekotak Newgene Self Test Covid-19 Antigen Detection Kit. alhamdulillah, selepas 15 minit, keputusan saya negative. lega...
oleh itu, nak releks minda dgn cerita santai. nak update blog yg lama sepi ni. terus skrol dlm gallery phone, dihidangkan pula dgn gambar-gambar sushi Aeon yang saya beli Jumaat lepas. bolehlah dijadikan bahan cerita di blog.
di rumah, saya dan kak Nurin saje yang makan sushi ni. mr.Asben dan Syuhada hanya menjamah sikit-sikit aje. Izzat ? jgn harap 😄. Izzat hanya makan nasi goreng, maggi goreng ataupun sambal ha ha ha ah ha...
carian Wikipedia.
sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun dan kini turut digemari di seluruh dunia. sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam.
saya suka sushi?
boleh la. sesekali makan, sedap jadik nya. saya boleh makan semua kecuali sushi yang ada salmon. hmmmm kurang boleh masuk tekak 😖 😄. saya mula makan sushi ni dalam tahun 2018 gitu. try seketul, ok. makan lagi seketul, ok 😍.
sushi ni bagi saya umpama pulut. tapi kita salutkannya dengan sosej, telur dadar, timun jepun, isi ketam, egg mayo or tuna. balutkan dgn seaweed. sedap 👍. tapi ada je orang buat guna beras biasa. pernah saya terbaca resepinya di facebook. nasi tu panas-panas, masih melekit, terus gulungkan dgn bahan apa kita nak. ala-ala sushi jugak la tu.
lumayan "tangkapan" sushi di Aeon Jumaat tu.
ntah "hantu" apa merasuki saya, main grab je set semua tu.
murah. rugi kalau tak grab 😅.
murah!
boleh la, harga sushi AEON ni murah. atau dlm perkataan yg lain, affordable. kalau bagi yg mula nak merasa makan sushi, boleh la beli seketul dua di AEON ni. moga-moga jatuh cinta, seperti saya.
👌😉
17 Comments
samalah, kita pun puasa hari ni. sushi tu termasuk antara makanan favorit tau hehe
ReplyDeletekadang2 buat sendiri je sushi basic. hehe
ReplyDeletewah, terbaik.
Deletekalau buat sendiri, surely lebih puas kan?
ingredients pilihan sendiri :)
ayu pun suka sushi..iris pun, dah jadi geng.
ReplyDeletesama jugak..x makan sushi yg x masak.
yes yes.
Deleteyg mentah tu x brape nak masuk tekak :) ha ha ha ha...
Anak2 uncle suka ni....
ReplyDeleteKadang2 curi jamah juga,...
sedap, kan :)
DeleteSaya suka sushi juga. Lama tak makan kat kedai
ReplyDeletePergi AEON msti beli sushi ni. Beli lewat lewat nak tutup dapat murah sikit. Sushi ni kalau bukan penggemar memang takdenya nak jamah sikit pun.
ReplyDeletebetul, fiza.
Deleteasben akak memang x brape lalu makan sushi.
cuba seketul pun riak muka dia mcm nak tak nak :) ha ha ha ha...
Aduhh, kak Aida.. Terliur pulak tengok sushi nie.. Kalu saya ke AEON, mesti saya akan singgah kat stall sushi, dan kalu kat opis pulak, pasti saya akan order via grab atau foodpanda.. Memang sushi makanan favourite saya.
ReplyDeleteakak memang la suka.
Deletesama2 makan dgn Nurin, shikin.
puas hati bila dpt makan sesekali kan :)
dlu tisya xmkn juga sushi...die mkn udang je ..tp skarang dh makan so senang la nk mkn ke japanese restaurant
ReplyDeleteDi tempat kerja saya seorang demi seorang positif, aduhai!
ReplyDeleteAnak-anak kami hantu sushi. Kita hantu juga sikit-skit hihihii.
sep sikit. mama suka juga beli sushi aeon sedap dan murah
ReplyDeleteLama betul xmkn sushi. Semua nampak sedap
ReplyDeleteLama juga tak membeli sushi di AEON ini.. Kadang-kadang bila harganya murah memang tak sedar diri membeli.. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.