assalamualaikum & salam sejahtera 😃
as promised dlm entri yang lepas, nak kongsi cerita tentang port lepak baru di Melaka. port lepak menarik bersama famili. boleh bawa anak-anak, ibu ayah, anak saudara dan sahabat-handai 😀. lepak berborak sambil makan-makan. jangan risau. tempat ni open space and mudah untuk kita menjaga s.o.p yang telah ditetapkan oleh MKN. kita jaga kita, kan.
Leypark Station di Dataran Ayer Keroh.
satu usaha kerajaan negeri Melaka yang bagus. Dataran Ayer Keroh lama sepi... kawasan yang luas dan indah, berdekatan dgn tasik, Zoo Melaka dan Taman Buaya. namun, sekian lama sepi! maka, Leypark Station yang berkonsepkan pasar malam dibuka 4 hari seminggu iaitu Khamis hingga Ahad (4 petang hingga 12 malam). ada pelbagai juadah dijual. ada permainan untuk kanak-kanak juga. menarik.
weekend yang baru lepas ni, saya sefamili sempat meluangkan masa 2 kali ke Leypark Station ni. sekali di waktu malam, selepas solat Maghrib. dan sekali lagi kami pergi lepas solat Asar. weekend lepas memang saya tak memasak langsung 😂. sarapan pun tapaw saje. memang love love sgt ke mr.asben kerana beri peluang keemasan utk tak masak. yes!
anak bertuah saya yg sorang.
cara makan burger era 2022.
ketepikan dulu segala sayur. makan daging saje dulu.
then baru makan roti nya 😒😁 ha ha ha ha...
konsep makan dan buang sendiri.
clear kan meja utk orang lain pula.
papan tanda penunjuk arah yang jelas.
kita takkan tersasar dari tujuan.
lokasi Leypark Station di situ.
lokasi paling ideal di Ayer Keroh.
lokasi paling ideal di Ayer Keroh.
nampak replika tepak sirihtu, sila masuk ke kiri ye.
kalau terlepas simpang, depan tu boleh u-turn 😃.
akan dihiburkan oleh busker.
permainan kanak-kanak dan dewasa untuk disewa 👍.
kami spent masa yang lama di Leypart Station. kami releks anak-beranak, berborak dan makan rebut-rebut. kami beli makanan and makan kongsi-kongsi. cekut sana, cekut sini and kenyang bersama.
harga makanan.
zaman sekarang ni, ada ke makanan yang murah? ada ke? sukar nak jumpa kan.
daging homemade yang kurang rasa.
daging tanpa perisa lengkap, sos pun kurang.
cheese? tiada. kering! tak menarik.
sama. rasa daging yang hambar. kurang sos dan mayonis.
cheese takde pun.
roti saiz oblong. daging tak folo saiz roti pun.
lebih telur dadar dari daging.
RM10 utk ini? 😞mengecewakan!
laksa penang RM6.
kuahnya kurang perisa. sedikit cair!
sejemput. harapkan bekas je tinggi melangit.
char kuew teow kerang RM7.
rasa ok, sedap. kuew teow sejemput.
boleh dikurangkan harga sebab pelanggan layan diri 😄.
boleh dikurangkan harga sebab pelanggan layan diri 😄.
dulang pun sendiri pulang kan ha ha ah ah ha...
maggi goreng.
yg berniaga tu adalah yg biasa jual di pasar malam.
di pasar malam RM3 sebungkus.
di sini RM5. adakah mahal kerana bekas lutsinar dan sepasang sudu garfu tu? 😏
di sini RM5. adakah mahal kerana bekas lutsinar dan sepasang sudu garfu tu? 😏
kopi godak RM5.
next time tak nak beli dah. tak memikat selera.
next time tak nak beli dah. tak memikat selera.
nak try yg lain.
kerabu maggi seafood RM8.
terbaik! sedap. pedas. cukup perisa 👍👍👍.
now saya kongsikan pula panorama Leypark Station di waktu malam. kami park kereta jauh skit iaitu di jam besar. kami berlima berjalan agak jauh melewati padang dan Dataran Sejarah Ayer Keroh. saje-saje ambil angin malam. bergambar. bukan selalu, kan 😊.
anak bujang ku yg hensem.
2 bungkus nasi goreng kampung.
sebungkus RM6.
kurang perisa. rasanya hambar. boleh improve.
tapi tu la, kecik cinonet.
berapa ngap da abis.
roti puri sekeping RM1.50.
cicah kuah sardin.
ini sedap. feveret.
cicah kuah sardin.
ini sedap. feveret.
roti puri tu makan gitu je pun sedap. terbaik 👍.
ada banyak lagi makanan yang dijual. mee kolok sarawak, sushi versi Melayu, oden, donut ala Jco. datang Leypark Station dengan anak-anak pasti best. beri diorang duit dan diorang beli apa yang diorang nak. berdikari skit la. apa yang penting, tetap pakai facemask dan beratur dgn penjarakan sosial. perlu bersabar la kan bila memesan makanan.
sebelum balik rumah, kami berlima spent time berjalan-jalan di kawasan sekitar. lama sungguh tak jejak kaki di situ meskipun sangat dekat dengan rumah. maklumlah, da lebih 2 tahun kita bergelumang dgn pandemik covid 19 yang nyata masih belum tamat, kan.
cuaca yang baik mlm tu. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. orang pun takde kat situ masa tu, best lah. kami bergambar bersama. just enjoy the night together.
friends and families yang menginap di hotel-hotel sekitar Ayer Keroh, MITC, Bukit Beruang, Bukit Katil dan kawasan berdekatan, boleh la datang lepak di Leypark Station ni. pasar malam je pon. tapi boleh terus makan-makan di sini. tak perlu tapaw balik ke hotel.
harga dan rasa makanan tu adalah subjektif. apa yang kita nak expect dengan makanan pasar malam? most of it pada saya tiada rasa yang tepat. tapi boleh dimakan la, happy happy dgn anak-anak. harga kian mahal meskipun amaun makanannya makin cinonet. kalau bebetul fikir, memang tak berbaloi dgn duit yang kita bayar. up skit da boleh lepak dlm restoran berhawa dingin 😄.
harga dan rasa makanan tu adalah subjektif. apa yang kita nak expect dengan makanan pasar malam? most of it pada saya tiada rasa yang tepat. tapi boleh dimakan la, happy happy dgn anak-anak. harga kian mahal meskipun amaun makanannya makin cinonet. kalau bebetul fikir, memang tak berbaloi dgn duit yang kita bayar. up skit da boleh lepak dlm restoran berhawa dingin 😄.
tepuk dada, tanya selera 👌.
saya ke sini more kepada nak nikmati suasana. melayankan kebosanan anak-anak yang lama terperap di rumah.
17 Comments
Seronoknya kalau dapat bawa anak-anak ke Leypark Station ni. Ada aktiviti lain juga boleh dibuat lepas menjamu selera kan.
ReplyDeletebetul. memang meriah di waktu malam.
Deletelampu yang cantik. suasana yang tidak panas :)
anak2 kecil sure suka.
kita pun boleh dok tepi and berborak sambil pantau anak :)
nice!
Baru tahu ada tempat makan ni di Melaka. Nampak macam banyak pilihan makanan.
ReplyDeletesgt byk!
Deleterambang mata dibuatnya.
tak tau nak pilih yg mana :)
Terima kasih beri secara ringkas maklumat.
ReplyDeleteAlamak baca pasal makanan banyak pula yang tidak memenuhi citarasa.
yes Wina.
Deletetapi tu la, deria rasa ni amat subjektif.
sendiri kena cuba then baru tahu :)
saya tak brape pandai plak nak beri details amat positif ha ha ha ha...
nanti misleading plak kat readers blog, kan.
but, berbaloi pergi dan mencuba rasa, Wina.
Alamakkk nanti balik ingat nak gi sini la. Menarik ni..terutama waktu malam nampak meriah! :)
ReplyDeletejom jom jom, Hanim.
Deletebest. spend time dgn anak-anak outdoors.
mesti best lah :)
Dah tau mana yang sedap atau tidak, senanglah kalau ke sana lagi
ReplyDeleteterliur nampak kerabu maggi tu :-)
ReplyDeleteWah.. ada tempat lepak baru.. Menarik untuk diterjah kalau ke Melaka ini..
ReplyDeletemenarik ye, macam-macam ada. Selalu kalau balik Melaka, lalu je Ayer Keroh tak berhenti. Lain kali insyaAllah dah ada tempat nak lepak la petang-petang :)
ReplyDeleteMemang sudah tular lokasi ini, tapi belum berkesempatan pergi lagi.
ReplyDeletesampai kemalam oo.. best juga lepak2 sambil makan2 kan
ReplyDeletekak, cida tag aida untuk GA ni, jom sertai untuk meriahkan suasana :-)
ReplyDeletehttps://www.ibucida.com/2022/03/giveaway-wang-tunai-rm500-mamapipie.html
Menariknya Leypark Station ni. Moga next time pergi sana Aida dapat rezeki makanan yang menepati cita rasa. Kecewa kan apabila kita dapat makanan atau minum yang tidak setanding dengan harga yang dibayar...
ReplyDeletebanyak jugak makanan yang fail ek. nasib baik lah kerabu megi dia sedap sebab susah nak jumpa yang sedap dan tak mencekik darah. Kalau ke Melaka boleh singgah ni hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.