assalamualaikum & salam sejahtera.

12 Rejab.
pagi ni pakat berpuasa dgn mr.Asben. kebetulan saya masih ada baki puasa utk di qada'. hari ni hingga Khamis, sedang elok berpuasa, kan. in shaa Allah 😃.

tapi tu la, sejak dari pagi perasaan ni kurang senang. terdapat kluster covid-19 di tempat kerja saya 😔. beberapa orang rakan sekerja dijangkiti dari peserta-peserta kursus. bila result positive, semuanya jadik lemah longlai tak terkata. aduhai 😞. semua pegawai dibekalkan dgn sekotak Newgene Self Test Covid-19 Antigen Detection Kit. alhamdulillah, selepas 15 minit, keputusan saya negative. lega...

oleh itu, nak releks minda dgn cerita santai. nak update blog yg lama sepi ni. terus skrol dlm gallery phone, dihidangkan pula dgn gambar-gambar sushi Aeon yang saya beli Jumaat lepas. bolehlah dijadikan bahan cerita di blog. 

di rumah, saya dan kak Nurin saje yang makan sushi ni. mr.Asben dan Syuhada hanya menjamah sikit-sikit aje. Izzat ? jgn harap 😄. Izzat hanya makan nasi goreng, maggi goreng ataupun sambal ha ha ha ah ha...

Suka makan sushi ?

Suka makan sushi ?

Suka makan sushi ?

Suka makan sushi ?

Suka makan sushi ?

carian Wikipedia.
sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun dan kini turut digemari di seluruh dunia. sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. 

saya suka sushi?
boleh la. sesekali makan, sedap jadik nya. saya boleh makan semua kecuali sushi yang ada salmon. hmmmm kurang boleh masuk tekak 😖 😄. saya mula makan sushi ni dalam tahun 2018 gitu. try seketul, ok. makan lagi seketul, ok 😍.

sushi ni bagi saya umpama pulut. tapi kita salutkannya dengan sosej, telur dadar, timun jepun, isi ketam, egg mayo or tuna. balutkan dgn seaweed. sedap 👍. tapi ada je orang buat guna beras biasa. pernah saya terbaca resepinya di facebook. nasi tu panas-panas, masih melekit, terus gulungkan dgn bahan apa kita nak. ala-ala sushi jugak la tu.

Suka makan sushi ?
lumayan "tangkapan" sushi di Aeon Jumaat tu.
ntah "hantu" apa merasuki saya, main grab je set semua tu.
murah. rugi kalau tak grab 😅.

murah!
boleh la, harga sushi AEON  ni murah. atau dlm perkataan yg lain, affordable. kalau bagi yg mula nak merasa makan sushi, boleh la beli seketul dua di AEON ni. moga-moga jatuh cinta, seperti saya.

👌😉