assalamualaikum & salam sejahtera semua...
da baca dah entri saya family camping ke-4 di Campsite Dusun Pak Abu, Hulu Rening? 👈 klik link tu utk baca santai di sana ye. sebab kali ni, saya nak paparkan gambaran campsite kepada semua. tak kenal, maka tak la jatuh cinta, kan.
sebelum saya buat keputusan nak family camping di Dusun Abu, saya buat research mendalam dalam facebook grup Famili Camping Malaysia (FCM) dan beberapa blog. tak byk bloggers yang kongsi. mostly info dpt dari facebook la.
tentang Campsite Dusun Pak Abu, Hulu Rening :
- lokasi : Batang Kali, Selangor
- masih baru. dibuka pada bulan Oktober 2021. walaupun baru, dah pun menjadi campsite bualan di kalangan campers 👍
- harga : RM70 tapak/malam
- kemasukan : wajib buat reservation dgn Campsite Operator (CO)
- laluan masuk ke campsite sesuai dengan semua jenis kenderaan. namun, kalau kereta terlalu lowered, tidak sesuai. jalan kampung.
- suasana dusun di kampung. terdapat sungai yang panjang berbentu U 👍.
- banyak tapak khemah di tepi sungai
- tempat letak kereta yang berdekatan dengan tapak khemah. ada kawasan yang dibenarkan letak kereta di tepi tapak khemah.
- ✅tandas & bilik mandi yang bersih dan menggunakan sumber air sungai
- ✅singki untuk memudahkan mencuci pinggan mangkuk
- ✅plugpoint : disediakan di semua tapak. ini memang menjadi requirement mostly campers. maklumlah, zaman sekarang da bukan camping biasa-biasa, more to glamping 😅. silalah bawa wire cable 20 m hingga 50 m.
- 👍sungai yang panjang berbentuk U. ada tempat berbatu dan ada tempat yang berpasir. ada tempat yang cetek, sesuai untuk kanak-kanak. dihujung U sana, terdapat kawasan sungai yang dalam dan berarus deras! hati-hati jika membenarkan anak-anak tubing ye. mesti ada pengawasan orang dewasa.
- ✅sewa pelampung besar ut aktiviti tubing sepanjang sungai. RM10 utk yang besar dan RM20 utk pelampung yang kecil.
- ✅ada pondok khas utk buang sampah. maka, wajiblah kita bwk plastik utk buang sisa.
- ✅selamat. disebabkan campsite ni ada mini gerai dan 24 jam ada CO yang menjaga. sebarangan orang tidak boleh masuk jika tiada reservation awal.
gitu la pengenalan awal saya ye kepada campsite Dusun Abu. moga dpt beri sedikit sebanyak gambaran awal. berikutnya, barulah saya kongsikan gambar. itu pun, secara best nya, kena tgk sendiri secara live 😍.
kami camping selama 3 hari 2 malam. dari hari kami tiba, Jumaat, ptg tu da hujan dah pun. kami hanya sempat menyiapkan set up khemah sebanyak 80%. selebihnya, bila hujan da turun dgn lebatnya, mr.asben setting dalam hujan lebat ha ha ha ha...
ini bagus. pondok buang sampah.
bila masuk je campsite Dusun Abu, pondok ni ada di sebelah kiri.
sampah kita ikan rapi dgn plastik, buang di sini.
ada juga ruangan khas utk sampah dlm bentuk botol, tin dan kaca 👍.
sungai di Dusun Abu berbatu.
elok la kalau pakai aquashoes ye.
selamat dan selesa tapak kaki kita dan anak-anak.
ada juga kawasan yang berpasir umpama di pantai.
namun, bila hujan lebat. ginila jadinya.
kawasan cetek tadi semua terlindung dek air yg deras dan keruh!
penginapan kami di Dusun Abu :
- tapak Rambutan
- nombor tapak R2
pandangan dari tandas & bilik mandi.
tidak berapa jauh.
cuma di malam hari, mesti bawah lampu.
keadaan malap 👌
R4. R3. masih kosong. lewat petang baru ada penghuni.
R1 juga masih kosong.
malam ke-2 baru keluarga dari Sarawak mengisi ruang.
ye betul. setiap tapak khemah di tapak Rambutan, Pulasan dan Tanjung da dibina petak-petak seluas 15' x 15'. setiap tapak tu ada nombornya. akan diberikan bila kita buat reservation. so, bab ni saya suka. meskipun kita check in lewat, kita tak perlu risau. sebab tapak kita dah pun standby.
seperkara lagi, bila ada benteng-benteng gitu, tidaklah camper mendirikan khemah bersepah-sepah dan secara rawak. ia nampak lebih teratur. jika hujang lebat, aliran air hujan tidak mengalir di bawah khemah, ini best! level kerisauan khemah basah dan sebagainya, rendah. senanglah rasa hati, kan.
kami tidak memilih tapak Rambutan. apabila buat reservation dgn CO, mereka tidak akan terus memberikan tapak kepada kita. mereka hanya akan maklumkan kita seminggu sebelum tarikh kita masuk. agak bagus la, sebab mereka melihat dulu berapa ramai campers yang akan bermalam, berkumpulan kah, 1 famili saje kah.
ini adalah kerana jika untuk berkumpulan, ada tapak yg sesuai. jika hanya 1 famili, ada tapak yang lebih sesuai, menjaga privasi.
kami park kereta di atas, di tepi tapak Ubi.
amat dekat dgn khemah, suka!
saya jatuh cinta dengan tapak R1 ni.
sebab di sebelahnya terdapat kawasan lapang.
boleh dijadikan ruang awam.
memasak. makan-makan.
boleh dinaikkan flysheet berasingan di sini 👍.
next time.
plugpoint utk tapak Rambutan ada 4.
sempurna utk semua tapak.
wire cable pun tak perlu bawa berpuluh-puluh meter.
nun di sana tandas & bilik mandi.
aliran sungai di hadapan tapak Rambutan.
tebing agak tinggi di sini.
utk turun ke sungai, perlu melalui jalan berdekatan tandas.
saya review tapak Rambutan secara detail kerana saya berada di situ. tapak yang saya syorkan buat semua jika datang 1 keluarga saje. privasi. tiada orang awak lalu lalang. kita bebas di kawasan kita sendiri.
gambaran campsite.
ilustrasi oleh sorang camper di facebook FCM.
👉 tapak Bukit.
di mana?
tu hah kedudukannya di atas tapak Rambutan.
tapak Bukit ni di atas bukit, paling tinggi campsite Dusun Abu. ada 1 wakaf di puncaknya berserta dengan plugpoint. di atas ni juga boleh pasang 3-4 khemah. kalau sekumpulan, best la lepak atas ni beramai-ramai.
dari sisi pandangan tapak Bukit.
nampak sungainya.
dari sisi sini, nampak pula tapak Ubi.
yes. di situ khemah kami di tapak Rambutan 😄.
👉 tapak Ubi.
di mana?
mari kita ke tapak Ubi pula.
tapak ni adalah tapak kedua dalam campsite Dusun Abu.
bebetul di depan mini gerai Dusun Abu.
ia adalah kawasan berumput. di sini, jika tidak penuh, kereta boleh diletakkan bebetul bersebelahan khemah. di sini agak seronok juga, jika tak hujan lah. kerana di sini tapaknya tidak dibuat berpetak-petak sebagaimana tapak Rambutan. bermaksud di tapak Ubi camper bebas mendirikan khemah masing-masing bagaimana yang dikehendaki. yg penting, tidak la berlebih-lebihan sehingga mengambil kawasan camper yg lain.
👉tapak Indok.
di mana?
tapak ini adalah tapak pertama kita akan lewati bila masuk ke campsite Dusun Abu. sebelum tiba di mini gerai Dusun Abu dan tapak-tapak yang lain. tapak berumput. ada tapak di atas dan juga beberapa tapak di tepi sungai. saya tak berpeluang snap gambar di tapak Indok sebab ada campers di situ, tak brape elok pula nak snap snap gambar.
👉 tapak Pulasan.
tapak ni sebaris dengan tapak Rambutan. tandas di tengah antara dua tapak ni. tapak Pulasan seperti tapak Rambutan, dikhaskan untuk campers yg individual, bukan kumpulan. di tapak Pulasan, kawasannya lebih luas berbanding tapak Rambutan. lebih mudah nak ke sungai iaitu laluannya hanya di depan khemah.
ini laluan utama campsite Dusun Abu.
selepas melepasi tapak Indok, mini gerai dan kemudian tapak Ubi 👇
akan menurun ke arah tapak Rambutan (kanan).
dan tapak Pulasan (kiri).
tu dia.... tapak Pulasan 😍
ini pula laluan utk kereta ke tapak Tanjung.
nun di hujung sana tapak Tanjung.
tapak Pulasan di sepanjang laluan ni, sebelah pokok ni.
di belakang tapak Pulasan, laluan ke arah tapak Tanjung, sambungan sungai.
kan ke sungai di sini berbentuk U.
maka, bila tubing dari depan tapak Rambutan, akhirnya di sini.
satu lagi akhir tubing is di tebing tapak Indok.
berbeza dgn tapak Rambutan, di sini hadapan khemah terus boleh ke sungai.
lebih mudah ibu ayah memantau anak-anak.
kali kedua saya camping di Dusun Abu, pasti saya nakkan di sini, tapak Pulasan. privasi masih ada. and ada space di hadapan khemah utk buat public area.
👉 tapak Tanjung.
ini tapak paling besar dan terkenal. boleh dikatakan merupakan tapak pilihan ramai dan paling happening. sebab di sini lah akan ditempatkan campers yg datang secara berkumpulan. so, memang havoc lah kan suasananya.
luas kan.
di hujung saya ada exit utk ke sungai.
di sini ada tandas, bilik mandi dan plugpoints.
di pertengahan tapak Tanjung, boleh letak kereta.
tapak mana pilihan hati? 😀
lain orang, lain citarasa, kan. ada yg suka tapak berumput jauh skit dari sungai, di bawah pokok yg rendang. seperti saya, saya prefer yg berhadapan dgn sungai, demi nak pantau anak-anak mandi-manda.
indah itu kita yang cipta 💙
7 Comments
Yang pastinya taknak tapak Bukit haha. Bestnya tengok sungai dia tapi bila hujan jadi seram hehe. Thanks kak Aida share dekat sini
ReplyDeleteu r welcome, fana.
Deletetu la. akak pun tak favour tapak bukit.
sakit lutut dik nak naik turun, dik ha ha ha ha ha :)
akak bila hujan petang pertama tu, memang seram, dik.
dok perati je keadaan. da le kami dekat sgt dgn tebing!
alhamdulillah, nothing happened.
Review terperinci sungguh ni Aida 👍 Memang mudah campers nak buat rujukan bila baca entri ni.
ReplyDeleteBagus OC aturkan tapak kita ikut berkumpulan atau 1 family. Walaupun berkhemah, kita masih nak ada sedikit privacy.
Seronok anak-anak Aida ada memori begini. Memori dan pembelajaran alam.
tu la tujuan aida, moga camper lain dpt manfaat dari entri blog aida :)
Deletekan. kalau tak bebetul tapak, di antara sekumpulan org2 lain, serabut jugak!
kita tersepit di antara mereka, tak seronok.
seronok tengok family akak bercamping bersama-sama, dana teringin tapi tak berani sebab rasanya bukan minat berlama-lama di luar rumah. Lagilah diri ni jenis bangun lebih dari sekali tengah malam untuk ke tandas
ReplyDeletekena bebetul mahu, baru boleh join outdoor gini, Dana.
Deleteakak ni kuat sebab support hobi asben. alhamdulillah, akak mampu la :)
tu la yg akan pilih campsite yg elok. terutama fasiliti tandas.
penting! kita ni pompuan, tandas mesti nak ada.
maklum la, tetiber bendera jepun naik, tak ke haru kalau tandas xde?
:) ha ha ha ha...
thanks sharing aida.. mana tahu kot2 5 tahun akan dtg boleh bawa anak camping. memang best dan bersih kawasan tapak khemah. paling selamat 24 jam di jaga
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.