assalamualaikum dan salam sejahtera...
pagi Ahad nan indah ni, sambil disajikan dgn series Ghost Doctor (Netflix), baru la dpt jari-jemari gebu saya ni menari-nari atas keyboard update blog. sebelum-sebelum ni, kesibukan duniawi melanda, langsung tak dpt nak blogging. kesibukan kerja dgn tugasan baru membuatkan saya sedikit tertekan. minda tak tenteram. maka, tidak dpt memerah minda mengeluarkan idea bernas menaip cerita di blog ni.
kisah family camping. yes, sesuatu yg saya suka nak tampal di laman blog kisahnya agar nanti-nanti dpt la dibaca oleh orang lain. menginspirasi. berkongsi.
4 hingga 6 Mac lepas, saya sefamili berkhemah di Campsite Dusun Pak Abu, Batang Kali, Selangor. our 4th family camping. aduhai, best giler la org kata Dusun Abu ni. a new experience utk kami.
Dusun Abu ni satu campsite wajib pergi untuk campers.
if dalam grup fb Famili Camping Malaysia (FCM), Dusun Abu yang diuruskan oleh Cik Mee (Campsite Operator) ni memang glamer la. ada je yang beri review tentang Dusun Abu. maka, sebulan sebelum saya nak camping di sini, reservation da buat. if lambat, penuh!
briefly tentang Dusun Abu :
- bila malam, suasana sepi dan tidak terlalu terang. nyaman. hanya dengar bunyi air sungai dan unggas hutan. ketenangan ini yang kita nak bila camping 😌
- tapak khemah telah disediakan secara teratur dan tidak terlalu cramp (rapat-rapat).
- ada kedai menjual makanan dan keperluan asas. mudah.
- paling best, air sungainya mengalir dalam bentuk U. membolehkan kami bermain tube sekeliling tapak khemah. best! sungai yang tak boring.
ada motor pakcik ice cream masuk, dpt la beli menyejukkan tekak 😍.
jam 1 petang, kami da tiba. bajet utk tiba lebih awal, namun, perjalanan dari Melaka ke Batang Kali for the very first time, sgt panjang. sesat! 😀 bila guna waze, ntah ke mana-mana dibawanya kami. aduhai. aduhai. orang Melaka masuk KL, sesat...
kami dapat tapak R2 di area Tapak Rambutan. bebetul tepi sungai. di situ ada 4 tapak utk 4 khemah. saya suka sebab sini takkan ramai campers. nice.
air sungai agak keruh dan deras bila kami tiba.
kerana, menurut jiran tapak sebelah, hujan sebelah petang membawa ke malam.
kerana, menurut jiran tapak sebelah, hujan sebelah petang membawa ke malam.
😞 sedih plak mendengarnya...
tu la dia. tak mudah bila berkhemah ni. 2-3 jam pertama, setting up dan berkemas. sambil-sambil dalam otak saya berfikir utk menghidangkan makanan lunch utk famili. mana nak letak dapur, meja makan. nak set flysheet lagi, dgn berfikiran yang akan hujan lebat petang nanti.
mujurlah ptg Jumaat tu, kami yang pertama tiba di Tapak Rambutan.
mudahlah nak buat keje.
nun di sana tu, sayup-sayup nampak tandas dan bilik mandi.
tak brape jauh pun.
tapak khemah agak kecil.
dan jarak di antara satu tapak dgn yg lain agak rapat.
part ni 1 je yg saya tak brape suka.
jiran berdengkur tgh malam pun boleh dengar 😁 ha ha ha ha...
tu dia kereta kami. sepelaung aje.
saya suka bila kereta dekat dgn khemah, mudah nak amik brg pape hal.
saya sgt berkenan tapak R1 ni.
ia mcm corner lot, clear nampak sungai.
ada tanah lapang di sebelahnya.
luas kan?
best kalau dpt grab tapak R1 ni.
malangnya, sudah ada yg reserve lebih awal dari kami.
anak-anak da excited bila tgk sungai depan mata. mana satu ni, nak tolong ibu ayah set khemah ke atau nak gi mandi sungai? 😄 ha ha ha... sememangnya, saya da beri izin pada diorang utk tukar baju swimming once khemah da didirikan. kerana selebihnya, kemas khemah dan tempat masak, saya boleh settle kan.
simple aje dapur kali ni.
kawasan pun terhad, so gini aje la.
ruang bawah meja utk letak makanan.
gini aje 😄. simple.
dapur & meja makan berdekatan.
sebab tapak agak terhad, saya tak buka kabinet dapur. meja berkaki empat tu dijadikan ruang memasak dan buat preparation makanan. ringkas, alhamdulillah. hanya kami berlima. so, konsep kali ni, simple. meja makan pun sebelah je. masak, letak terus atas meja makan, mudah.
paling saya suka, plug points depan tapak je.
best!
dalam khemah, seperti biasa 2 kipas siling dan 1 lampu.
siap-siap dah agar menjelang mlm karang tak kelam kabut.
just on kan aje.
sambal sardin.
cekodok bawang.
nampak tak kelibat Izzat di bawah tu?
sebelum hujan, sambil saya menggoreng cekodok, jeling-jeling la Izzat kat bawah tu.
memang saya suruh dia rendam-rendam badan sementara belum hujan.
sambil masak, sempat menjeling-jeling persekitaran.
2 tapak masih kosong.
tapi menjelang malam, tapak hujung tu da ada campers.
lewat petang Jumaat tu, hujan turun dengan lebat sekali! basah kuyup mr.asben memperbetulkan keliling khemah. maklumlah, baru 80% siap set up khemah, hujan turun 😅. agak kelam-kabut juga.
malamnya, maggi for dinner.
menghabiskan baki cekodok cicah sambal sardin 😍.
malam yg sejuk dan nyaman, makan maggi = wonderful!
alhamdulillah, malam pertama tido di Dusun Abu, hujan yang turun tidak lebat. kami sekeluarga tido dgn aman dalam suasana yang amat nyaman. bangun di subuh hari, merasa sungguh gembira sebab dpt rasa yang hari ini pasti best.
air sungai kembali jernih.
saya yang sibuk kena masak pagi-pagi, dlm hati ni meronta-ronta nak turun sungai. alirannya cantik! airnya jernih. jiwa dan raga ni tak sabar nak jejak kaki masuk sungai.
masak tepi sungai. mendamaikan. ala kampung sgt!
kipas mr.DIY peneman setia saya.
kekadang takde angin bertiup. kipas ni penyejuk diri.
kuah kari kambing Adabi on the way.
tong berisi air sungai utk cuci-cuci tgn.
sebab hendak ke singki yg disediakan agak jauh.
ni amat memudahkan.
cuaca yg amat baik pagi tu. anak-anak yang kekenyangan sarapan roti canai cicah kari kambing, terus bersedia utk mandi-manda di sungai. tak sabar nak sambung keseronokan semalam. kenangkan yg petang bakal hujan, ikut ramalan cuaca, kami tak lengah-lengah utk merendamkan diri kat sungai.
tapak khemah yg sedang elok utk kami.
di tepi tu dapatlah mr.asben yg hensem pacak ampaian.
tak ganggu tapak khemah R1 pun.
matahari muncul dgn begitu segak sekali.
mengeringkan tuala basah memang sesuai la.
indah dan cuaca yg sempurna.
mr.asben dan anak-anak turun dulu.
saya mengemas, membersihkan pinggan mangkuk periuk belanga.
gitew...
dalam jam 10 pagi baru la saya dpt menikmati me-time 😍.
sejuk oii!
best...
silang kaki dlm sungai gitewww!
membasahkan seluruh badan dgn air sungai yg amat sejuk.
tu yg nak kongsi ni, sungai di Dusun Abu ni berbentuk U. panjang. ada kawasan sungai yg cetek, sedang elok utk anak-anak mandi tanpa pengawasan. namun, ada kawasan yg amat dalam! nun di hujung U sana. kami sewa 3 tube besar utk tubing di sepanjang sungai Dusun Abu.
ni gambar saya snap ketika saya terapung di atas tube.
sekeluarga bersama.
saya amik video sepanjang tubing ni.
tapi tak upload di sini lah.
ini satu kawasan yg dalam!
saya siap tenggelam ye sebab jatuh dari tube. Allahu. scary!
tapi satu pengalaman yg seronok lah.
petang Sabtu, hujan lebat!
as expected, lepas Zuhur, hujan lebat. air sungai pun naik mendadak. keruh!
lencun bumi dek deraian hujan yang amat lebat ptg tu.
kami hanya boleh perati dari bawah khemah.
tuala di sidai di sebelah dalam pula.
sepagi da kami sekeluarga meredah sungai.
bila hujan, dok la bawah khemah.
sekeluarga menjamu selera makan tengahari.
simple.
sambal sardin + daging ketok +masak tempoyak pucuk ubi.
yes. saya beli pack lauk ready-to-eat je. sedap! recommended la daging ketok dan tempoyak from InduksFood HQ. mudah. just celur pack dalam air panas. then, ia boleh dikeluarkan dari pack dan terus dimakan.
sepetang tu, kami sekeluarga main UNO.
gelak-gelak dlm khemah ha ha ah ha.
lepas tu, anak-anak semua tido 😴.
jam 4 petang gitu, hujan reda. alhamdulillah.
di ampai, kami sidai baju-baju basah pula.
kawasan sekeliling tapak khemah lecak lencun!
di Tapak Ubi.
campers yg baru sampai tengahari tadi, pacak khemah dlm hujan!
aduhai. bersimpati dgn mereka.
pandangan Tapak Rambutan, khemah kami, view dari Tapak Bukit.
berlecak, kan hu hu hu...
malam tu, kami beli burger di gerai Dusun Abu.
and habiskan lauk siang tadi. mudah!
hari ketiga adalah hari utk balik rumah. lemah nyer rasa bila sedar akan hakikat nak kena berkemas 😄. bukanlah macam holiday di hotel. tunggu jam 11 pagi, baru la packing bags dan after an hour, keluar bilik dan hantar kunci di lobby.
not as easy as that. selepas selesai breakfast, saya dan mr.asben da start berkemas sedikit demi sedikit. manakala anak-anak kami paksa untuk keluar khemah dan mandi sungai.
sememangnya cuaca yang elok kurniaan Allah ni kami tak sia-siakan. laskopek anak-anak menikmatinya. saya sekejap-sekejap turun snap gambar dan video mereka. inilah moment yang perlu kita rakam. ntah berkesempatan lagi atau tidak camping di Dusun Abu, kan.
jam 1 petang, kami meninggalkan campsite dengan rasa senang hati. puas. pasti kami akan repeat semula. next entri, saya kongsikan review campsite Dusun Abu ni ye utk rujukan semua. mana la tau, selepas baca ni ramai-ramai rasa excited utk join saya berkhemah 👍.
cuaca elok 😊
sekejap-sekejap mr.asben menjengah anak-anak di sungai.
kemas, kemas jugak. anak-anak tidak dilupakan.
mereka memang bergembira.
saya boleh perhatikan dari khemah saje.
sampai di hujung, nak kena angkut pelampung la kan 😄.
then kembali ke hujung pemula, utk jelajah sungai sekali lagi.
yeszaaaa 😎
menjelang tghari, dek kerana di pertengahan sungai ada sedikit gangguan...
anak-anak saya lepak di pantai kecil ni.
bebetul di hadapan khemah kami, di seberang.
pantai berpasir yang kecil.
selesa. tidak berbatu.
hanya mereka di sini. privacy.
itulah dia kisah kami sekeluarga berkhemah di Dusun Abu. 3 hari 2 malam yang ohsem. tidak mudah kerana setiap hari hujan. namun, kesukaran tu la yang menjadikan kami lebih seronok berkhemah sebab at the end of the situation, kami gelak bersama mengenangkannya. tidak serik!
setakat ni, tidak pernah lagi kami camping, tak ditimpa hujan. dah 4 kali, hujan akan turun dgn lebat hingga membuatkan mr.asben basah lencun 😅. 4 kali tidak membuatkan kami menjadi campers yang pakar la kan. ujiannya berbeza. keadaannya tak sama. tahap sukar tu saje yg berbeza-beza.
6 Comments
bestnya bekhemah..:)
ReplyDeletebest.
Deletetapi bila hujan tak berhenti, sedih! :) ha ha ha ah ha
Itulah pengalaman camping, selain menikmati keindahan alam sekitar perlu tahan lasak pula menghadapi cuaca yang tak dijangka.
ReplyDeleteSeronok sangat saya baca. Kalau saya ada peluang begini, alangkah seronoknya!
jom la kak.
Deletebwk firdaus, sure dia enjoy! :)
syok btul dpt mandi sungai siap berkhemah...tringin juga tp tk tercapai lg hehe
ReplyDeletein shaa Allah.
Deletedpt kan ilmu dulu.
beli camping gear dulu.
then try sekali gi camping, sure nanti nak lagi :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.