assalamualaikum & salam sejahtera
lama sungguh tidak mencoretkan apa-apa di laman blog. rindu rasa hati hendak berkomunikasi dengan sahabat-sahabat blogger. dek kerana tuntutan alam offline 😃, alam maya ini sepi. kini baru ada sedikit masa dan ruang. kerana nak memuntahkan perkataan menjadi satu rencana di blog tak mudah. perlu masa, idea, naluri dan seumpamanya.
perkara paling utama saya nak simpan di sini ialah tentang 2 jenis pokok baru yang saya baru beli. memenuhkan ruang halaman yang berbulan-bulan kosong. dulu kala, PKP 2020 hingga 2021, penuh juga bucu-bucu halaman dgn pasu yang berpokok. tapi, awal 2022, semua pasu-pasu saya kosongkan.
hmmmm 😒 satu-persatu pokok mati!
yes, mati! pokok limau nipis, pokok bunga ros jepun, pokok daun kesum, bayam brazil dan semua lah... sukar nak kata kenapa. yes, sebab utama, bila tidak lagi WFH, saya kurang masa membelek mereka. sekadar siram sekali sehari oleh mr.asben. mereka terabai. sebab kedua, beberapa bulan lepas ada time cuaca amat panas! Allahu, pokok bunga bibir merah yg saya da bela dari sebelum tahun 2017, mati kering! 😭
sebab ketiga yang membuatkan saya 😠 ialah kucing-kucing jalanan dan belaan jiran sebelah. lepak dalam pasu. berak kencing pun di situ. Allahu, nak marah karang, kucing, tak berakal. pendam aje la dlm hati. redha saje la bila mana pokok-pokok saya tak menjadi.
presenting Ficus Lyrata (Big Stem)
Yellow Palm
moga helok la 3 pasu baru ni. pokok yang kurang cerewet la menurut penjual. perlukan cahaya matahari namun tidak boleh lencun dgn air. keadaan tanah tak perlu basah, lembab-lembab saje. jika 3 pasu ni berjaya bersama saya dlm tempoh at least 3 bulan, barulah saya berniat nak beli monstera giant.
monstera giant amat la cantik. mahal tu sudah pasti. ada satu sudut di laman yg saya k.i.v utk letak monstera giant ni. in shaa Allah 😃...
sekarang ni musim hujan. maka, hijau la laman tanpe perlu kita menyiram. alhamdulillah...
weekend ni planning utk menebas pokok di depan rumah. pokok bunga vinca saya dilu merimbun, kini dah mati. semalaman dedaun dibaham ulat bulu. tinggallah batangnya saje. sejak itu, ia dah tak sihat dan tak lagi mengeluarkan bunga secantik dulu 😓. mencacatkan pemandangan...
hmmm dugaan tanam pokok. kecewa ha ha ha ah... tapi tu la, adat la tu kan. patah tumbuh, hilang berganti in shaa Allah...
5 Comments
OM pun baru baru ni semangat nak menanam kangkung, sawi dan pak choy. Tunggu membesar je ni, cukup masa dah boleh makan. Tapi cantiklah yellow palm tu, berminat pulak om nak tanam.
ReplyDeleteSemoga pokok baharu dapat kembali menyerikan halaman rumah Aida dengan kehijauan dan keindahannya. Sekarang cuaca memang terik, tumbuhan pun boleh kena strok haba.
ReplyDeleteCantiknya fiddle fig tu 😍
ReplyDeleteMoga membesar eloklah ia, sebab cantik pokok tu...
Moga hidup subur dan tahan lama pokok2nya.
ReplyDeleteCantik fiddle fig bila meninggi tu nanti.
Yellow palm tu memang cantik kalau tumbuh membesar.
ReplyDeleteSejuk rumah kalau ada pokok-pokok hijau di sekelilingnya. Dapat bekalan oksigen yang segar dan bersih setiap hari.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.