assalamualaikum & salam sejahtera

lama sungguh tidak mencoretkan apa-apa di laman blog. rindu rasa hati hendak berkomunikasi dengan sahabat-sahabat blogger. dek kerana tuntutan alam offline 😃, alam maya ini sepi. kini baru ada sedikit masa dan ruang. kerana nak memuntahkan perkataan menjadi satu rencana di blog tak mudah. perlu masa, idea, naluri dan seumpamanya.

perkara paling utama saya nak simpan di sini ialah tentang 2 jenis pokok baru yang saya baru beli. memenuhkan ruang halaman yang berbulan-bulan kosong. dulu kala, PKP 2020 hingga 2021, penuh juga bucu-bucu halaman dgn pasu yang berpokok. tapi, awal 2022, semua pasu-pasu saya kosongkan. 

Pokok Baru | Ficus Lyrata (Big Stem) dan Yellow Palm

hmmmm 😒 satu-persatu pokok mati! 
yes, mati! pokok limau nipis, pokok bunga ros jepun, pokok daun kesum, bayam brazil dan semua lah... sukar nak kata kenapa. yes, sebab utama, bila tidak lagi WFH, saya kurang masa membelek mereka. sekadar siram sekali sehari oleh mr.asben. mereka terabai. sebab kedua, beberapa bulan lepas ada time cuaca amat panas! Allahu, pokok bunga bibir merah yg saya da bela dari sebelum tahun 2017, mati kering! 😭

sebab ketiga yang membuatkan saya 😠 ialah kucing-kucing jalanan dan belaan jiran sebelah. lepak dalam pasu. berak kencing pun di situ. Allahu, nak marah karang, kucing, tak berakal. pendam aje la dlm hati. redha saje la bila mana pokok-pokok saya tak menjadi. 

Pokok Baru | Ficus Lyrata (Big Stem) dan Yellow Palm
presenting Ficus Lyrata (Big Stem)

ni baru peringkat baby lagi. nama glamour pokok ni ialah fiddle fig. pernah viral. diharapkan agar dpt besar merimbun meninggi dengan sempurna. tips dari penjual, utk ficus ni jgn terlalu kerap menyiram. dry dry saje, ia ok. mudah 😍. tak berapa gemar pokok-pokok yang manja, nak bersiram aje keje nyer.

Pokok Baru | Ficus Lyrata (Big Stem) dan Yellow Palm

Pokok Baru | Ficus Lyrata (Big Stem) dan Yellow Palm
Yellow Palm

yg ni saya panggil pokok kelapa aje. senang. memang da lama jatuh cinta dgn pokok kelapa ni. kebetulan rumah saya byk tiang 😀. agak bosan jika tak diselitkan unsur hijau sedikit di sana sini.

moga helok la 3 pasu baru ni. pokok yang kurang cerewet la menurut penjual. perlukan cahaya matahari namun tidak boleh lencun dgn air. keadaan tanah tak perlu basah, lembab-lembab saje. jika 3 pasu ni berjaya bersama saya dlm tempoh at least 3 bulan, barulah saya berniat nak beli monstera giant.

monstera giant amat la cantik. mahal tu sudah pasti. ada satu sudut di laman yg saya k.i.v utk letak monstera giant ni. in shaa Allah 😃...

sekarang ni musim hujan. maka, hijau la laman tanpe perlu kita menyiram. alhamdulillah... 

weekend ni planning utk menebas pokok di depan rumah. pokok bunga vinca saya dilu merimbun, kini dah mati. semalaman dedaun dibaham ulat bulu. tinggallah batangnya saje. sejak itu, ia dah tak sihat dan tak lagi mengeluarkan bunga secantik dulu 😓. mencacatkan pemandangan... 

hmmm dugaan tanam pokok. kecewa ha ha ha ah... tapi tu la, adat la tu kan. patah tumbuh, hilang berganti in shaa Allah...