assalamualaikum & salam sejahtera 😊

aduh. menjelang jam 12 tghari ni, mata saya amat berat. ngantok nyer hanya Allah yang Maha Memahami. nak baca fail pun, ya Allah, tak boleh concentrate. nak tidur, mcm tak berapa nak elok pulak. sebab dalam masa yang sama sedang tunggu vendor set link printer dari laptop ni.

jom la edit gambar and update blog. dalam keadaan yang separuh sedar ni, kasik up entri simple-simple je la. tak perlu nak mengarang ayat panjang-panjang 😄.

[ sudikanlah baca entri-entri ni dahulu :  Family Camping ]

Kipas Mini Antik USB | Boleh gerak ke kiri ke kanan
ni la dia si comel kipas mini antik.
kenapa saya kata dia antik?
kisahnya di bawah 👇

nak kata hobi, tak jugak. sebab bukanlah pergi camping setiap minggu, sebulan sekali pun tak sempat 😄. boleh dikatakan sebagai satu aktiviti baru dalam keluarga saya sejak akhir tahun 2021. sehingga kini, baru 6 kali camping. newbie lagi. masih lagi sgt baru dalam aktiviti ni. masih belum byk pengalaman.

tapi tu la, bila bercerita tentang aktiviti camping, kipas merupakan salah satu item paling penting! maklumlah, kita berkhemah di luar rumah. cuaca panas tak kira malam ataupun siang, mesti memerlukan kipas. apatah lagi jika kita ni bawa anak-anak, hmmmm mereka memang akan complaint la kalau panas skit 😄. dalam khemah mesti ada pengudaraan yang baik, if not, boleh fengsan! lelebih lagi di saat mentari tegak di atas kepala.

Kipas Mini Antik USB | Boleh gerak ke kiri ke kanan
kipas siling gini saya da 3 set.
2 dalam khemah unta.
1 di luar khemah, bawah flysheet. utk ruang makan.

kipas mini antik usb.
sebab kipas ni memang dah lama ada kat rumah abah di kampung. sebelum ni kipas tu tak berusik! tak diendahkan kewujudannya. tak tau bila abah beli dan di mana. dari kotaknya dapat dilihat ia da sgt lama kat rumah abah 😀.

Kipas Mini Antik USB | Boleh gerak ke kiri ke kanan

Kipas Mini Antik USB | Boleh gerak ke kiri ke kanan

rechargeable tau. yg lagi best nya, kipas antik ni boleh pusing kiri pusing kanan. happy! kipas mr.DIY yg saya beli, sehala, tak syok! ha ha ha ah ha... so sedikit kagum dgn kipas antik ni. lama, tapi better than yg baru-baru ni. ada 3 kelajuan plak tu. and amat sejuk tau.

itu aje la yg nak dikongsi. saya akan simpan ni sebab bila tgk dia, teringatkan abah saya 💓. abah memang seorang yang praktikal. suka membeli. guna ke tak, belakang kira. and ditakdirkan, saya guna. so emotional kan 😍 hu hu hu hu anak abah la kata kan.

ok. tu je.
kipas rechargeable ni penting jika tidak camping pun. kena standby dlm rumah 1-2 unit. lampu rechargeable pun. tetiba rumah blackout! gitewww... tak la sukar anak-anak nak buat kerja sekolah, kan. senang la nak masak di dapur, kan. nak guna lilin, agak merbahaya, kan. 

bye! 👋