assalamualaikum semua...
😊 salam sejahtera.
pagi Jumaat yg indah 😄. pagi ni di Melaka, matahari tak begitu terik, awan berkepul-kepul di sana sini. langit cerah. tak dpt nak meramalkan cuaca di tghari dan petang. lately, hujan turun tanpa sebarang tanda yg jelas. alih-alih toleh ke luar tingkap ofis ni, hujan renyai.
baling belakang Ahad lepas, usai ambil kakak yg ada kelas tambahan di sekolahnya, teruslah menuju ke Pantai Siring. ni kali kedua kami jejak kaki ke pantai ni. kali pertama, saya tak kongsi di blog kerana kami sekadar lalu saje. tak berhenti makan-makan kerana waktu tu tempat makan yg kami tuju ni, penuh! beratur panjang!
rezeki kami kali ni, dtg awal sikit dlm jam 1.00 petang, pelanggan Dak Lin Celup Tepung masih belum ramai. alhamdulillah.
di Melaka, tak semua pantai masih ok. mostly dah ada ditambak batu-batu besar gitu. elak hakisan demi hakisan berlaku. namun begitu, batu-batu ni dah amat sinonim dgn kami. dah lama maka ia menjadi satu pemandangan biasa bagi kami. dan indah! alhamdulillah. masih boleh menikmati angin laut yg sepoi-sepoi bahasa. deruan ombak sesekali menghempas batu-batu tu. pemandangan lautan yg saujana mata memandang.
kereta berderet-deret parking tepi jalan.
menjadikan jalan raya semakin kecil.
sukar jika kenderaan dari 2 hala bertembung hu hu hu...
- teruslah jengah-jengah menu apa yg diingini. makanan bergoreng hanya disediakan bermula jam 3.00 petang ye. sebelum tu, ada celops tepung, nasi putih dan asam pedas.
- buat bayaran di kaunter pembayaran. akan diberikan nombor, letak la atas meja. makanan dan minuman akan dihantar.
- utk celops tepung, mesti beratur di ruang hujung kedai, bawa resit ye.
- ikan celup tepung - 1 set (2-4 ekor) : RM10
- sotong celup tepung - 1 set : RM20
- udang celup tepung - 1 set (harga tak ingat la pulak, sebab tak beli)
- keropok lekor - 1 set (10 batang) : RM5
- cendawan celup tepung pun ada (harga tak tau 😄)
tandas = fail!
mostly kedai makan, mereka kurang beri tumpuan kepada tandas. sebagai pusat pelancongan, seharusnya mereka ambil tindakan yg betul utk tandas. baik pulih sebaiknya. pelanggan akan datang bukan sahaja dari Melaka, tapi orang luar. anak-anak kecil. setelah makan-makan dan bersantai di tepi pantai, akan ada yg mahu ke tandas, kan. di Dak Lin Celup Tepung ni tandasnya teruk. pintunya tak boleh tutup sempurna. salah satu pintu tandas tercabut! hadoi lah...
ada sorang pakcik, saya rasa beliau dari luar Melaka, verbally complained kepada pekerja Dak Lin Celup Tepung. saya sedang cuci tangan, terdengar perbualan mereka sipi-sipi. tq pakcik. semoga apa yg pakcik sarankan tu di dgr oleh bos Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring ni.
salah satu adat di Melaka ialah trafik jem! 😄 pantang extra cuti umum, Melaka jadi merah aje dlm google map. namun, jgn la risau, masih boleh tiba di lokasi yg korang nak kunjungi dlm masa yang munasabah. in shaa Allah.
jgn serik dtg Melaka tau. kami org Melaka jarang keluar rumah bila cuti panjang. kami pulak yg keluar dari Melaka ha ha ha ha... kita tukar suka sama suka ye ✌
4 Comments
bestnya orang tu negeri dia ada pantai cantik, kami nak jumpa pantai jauhhhhh. Ikan tu kalau masih segar lagi bila dicelup tepung memang rasa manis sedap lah, lagilah cicah sos nya kan kak. Kadang kedai-kedai gini makanan best tapi tang tandas lebih kurang je, sedih betul
ReplyDeleteRindunya nak ke Melaka. Hehe. OKlah tu dapat suasana walau tak seindah pantai Terengganu. Bab tandas tu setuju. Biarlah terjaga, orang pun takdelah putus selera.
ReplyDeleteWah.. Bestnya.. Bolehlah jalan ke Melaka..
ReplyDeletememang mcm tu aida bila cuti, ada peluang keluar ke negeri2 lain. heheh. lama xmkn kt tepi pantai ni sejak2 hujan.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.