assalamualaikum semua...
😊 salam sejahtera.

pagi Jumaat yg indah 😄. pagi ni di Melaka, matahari tak begitu terik, awan berkepul-kepul di sana sini. langit cerah. tak dpt nak meramalkan cuaca di tghari dan petang. lately, hujan turun tanpa sebarang tanda yg jelas. alih-alih toleh ke luar tingkap ofis ni, hujan renyai.

baling belakang Ahad lepas, usai ambil kakak yg ada kelas tambahan di sekolahnya, teruslah menuju ke Pantai Siring. ni kali kedua kami jejak kaki ke pantai ni. kali pertama, saya tak kongsi di blog kerana kami sekadar lalu saje. tak berhenti makan-makan kerana waktu tu tempat makan yg kami tuju ni, penuh! beratur panjang!

rezeki kami kali ni, dtg awal sikit dlm jam 1.00 petang, pelanggan Dak Lin Celup Tepung masih belum ramai. alhamdulillah.

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

makan celops tepung di tepi pantai uolls! meskipun tak seindah dan seluas pantai di Terengganu, boleh la. dari takde, kan? 😄 ha ha ah ha...

di Melaka, tak semua pantai masih ok. mostly dah ada ditambak batu-batu besar gitu. elak hakisan demi hakisan berlaku. namun begitu, batu-batu ni dah amat sinonim dgn kami. dah lama maka ia menjadi satu pemandangan biasa bagi kami. dan indah! alhamdulillah. masih boleh menikmati angin laut yg sepoi-sepoi bahasa. deruan ombak sesekali menghempas batu-batu tu. pemandangan lautan yg saujana mata memandang.

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...
kereta berderet-deret parking tepi jalan.
menjadikan jalan raya semakin kecil.
sukar jika kenderaan dari 2 hala bertembung hu hu hu...

setibanya kami di Dak Lin Celup Tepung, park kereta di ruang parkir yang disediakan di belakang kedai makan. kami rasa lebih selamat park di situ dan tidak memenuhkan tepi-tepi jalan raya.

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

  1. teruslah jengah-jengah menu apa yg diingini. makanan bergoreng hanya disediakan bermula jam 3.00 petang ye. sebelum tu, ada celops tepung, nasi putih dan asam pedas. 
  2. buat bayaran di kaunter pembayaran. akan diberikan nombor, letak la atas meja. makanan dan minuman akan dihantar.
  3. utk celops tepung, mesti beratur di ruang hujung kedai, bawa resit ye.

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...
  • ikan celup tepung - 1 set (2-4 ekor) : RM10
  • sotong celup tepung - 1 set : RM20
  • udang celup tepung - 1 set (harga tak ingat la pulak, sebab tak beli)
  • keropok lekor - 1 set (10 batang) : RM5
  • cendawan celup tepung pun ada (harga tak tau 😄)

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...

meja kami bebetul tepi laut. alhamdulillah, makan pula semua panas-panas, syoooorgaa! paling best ialah ikan celup tepung. Allahu, sedapnya lah makan panas-panas. juicy ikannya. makan begitu je, tak amik nasi putih pun.

tandas = fail!
mostly kedai makan, mereka kurang beri tumpuan kepada tandas. sebagai pusat pelancongan, seharusnya mereka ambil tindakan yg betul utk tandas. baik pulih sebaiknya. pelanggan akan datang bukan sahaja dari Melaka, tapi orang luar. anak-anak kecil. setelah makan-makan dan bersantai di tepi pantai, akan ada yg mahu ke tandas, kan. di Dak Lin Celup Tepung ni tandasnya teruk. pintunya tak boleh tutup sempurna. salah satu pintu tandas tercabut! hadoi lah...

ada sorang pakcik, saya rasa beliau dari luar Melaka, verbally complained kepada pekerja Dak Lin Celup Tepung. saya sedang cuci tangan, terdengar perbualan mereka sipi-sipi. tq pakcik. semoga apa yg pakcik sarankan tu di dgr oleh bos Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring ni.

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...
mudah. google je lokasinya ye.

Dak Lin Celup Tepung, Pantai Siring, Melaka | Singgah le...
tak rugi dtg sini, byk kedai makan siang atau malam 😍.

salah satu adat di Melaka ialah trafik jem! 😄 pantang extra cuti umum, Melaka jadi merah aje dlm google map. namun, jgn la risau, masih boleh tiba di lokasi yg korang nak kunjungi dlm masa yang munasabah. in shaa Allah.

jgn serik dtg Melaka tau. kami org Melaka jarang keluar rumah bila cuti panjang. kami pulak yg keluar dari Melaka ha ha ha ha... kita tukar suka sama suka ye ✌