assalamualaikum 😊
salam sejahtera semua.

pagi ni saya bersiaran dari sekolah kak Nurin. kebetulan ada program Salam Cinta Rasul. ada jual beli. ada pertandingan Nazam dan byk lagi. kak Nurin bawa adik-adik beli makanan. saya lepak di pondok, update blog di phone. cuaca pun elok ni, berangin alhamdulillah. biarlah anak-anak jalan-jalan jap.

terasa penting utk saya update kedai makan tghari saya dan anak-anak hampir setiap hari Jumaat. rutin saya ambil Syuhada dan Izzat. manakala Nurin, buat masa ni setiap hari Jumaat dia balik kul 4.30 ptg. da lama tak bw Nurin ke kedai makan best ni.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat tapi terletak di Bukit Katil, Melaka. dah lama da kedai ni. yg menyedarkan saya kewujudan kedai ni ialah abah saya. dia memang peminat beriani johor. mana sedap, mana kurang sedap, abah tau la. sejak berbelas tahun lepas, kesukaan abah telah menjadi kesukaan saya sekeluarga 😍.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
ayam, daging atau kambing, diselimuti oleh nasi beriani.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
kuahnya yg pekat. rasa yang padu!
rugi kalau tak dihabiskan piring kecil ni.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
papadom penambah seri.

harga :
  • nasi beriani ayam : RM10
  • nasi beriani daging : RM12
  • nasi beriani kambing : RM17
  • papadom : RM1 (seplastik)
  • nasi beriani sahaja : RM5
  • lauk aya sahaja : RM7
  • lauk daging sahaja : RM8
  • lauk kambing sahaja : RM12

memang sedaplah. daging atau kambing yg empuk. portion yg secukupnya. seketul ayam yg besar, bukan ayam kecik mcm KFC 😆. sesuai dgn harga. no complaint at all. Syuhada memang suka sgt makan sini. pilihan dia ialah nasi beriani ayam. Izzat dulu kala tak brape gemar, hanya makan nasi dan kuah je. but lately, dia dah pun jatuh cinta, abis seketul ayam! alhamdulillah. benda memang sedap, wajiblah jatuh cinta, kan.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
buka setiap hari kecuali Isnin.

kedainya biasa-biasa saje. kerusi meja pun tak banyak. santai. relax. boleh makan di situ dan juga bungkus bw balik rumah. kami makan di situ hari bekerja, maka memang tak la ramai org. kalau tak bebetul cari, memang korang takkan perasan kedai nasi beriani ni. sebab dia sedikit terperosok ke dalam.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
landmark utama adalah JPJ Melaka, Bukit Katil.
di seberang jalannya.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
peratikan signboard kecil ni.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
jelas, kan.
once da melepasi traffic lights di hadapan JPJ, perlahankan kenderaan.
slowly perhatikan sebelah kiri anda.

park kereta dgn selamat agar tak ganggu lalulintas ye. hormati pemandu kenderaan yang lain. area ni sentiasa sibuk tak kiralah hari bekerja tau hujung minggu. antara laluan utama dari Bukit Katil ke Ayer Keroh.

Nasi Beriani Salim Batu Pahat | Depan JPJ Bukit Katil, Melaka
jgn risau, ada dlm google maps.
search for Nasi Beriani Salim Batu Pahat - depan JPJ 😄

seriously tak sukar nak makan-makan di mana pun korang dok di Melaka ni. just buka google maps, merata boleh nampak kedai-kedai makan. meskipun tak viral, semua sedap. recommended. berumahtangga di Bukit Katil, boleh dikatakan rumah pertama kami tu sgt strategik. dikelilingi oleh sumber makanan yang sedap-sedap belaka.

[ suka juga : Nasi Kari Kambing 40 Hari ]

ginilah bila ibunya bekerja, hampir tiap hari anak-anak lunch kat luar, kan. dinner saje la yg dpt merasa air tgn si ibu ni 😄. dari sekolah, sesiap dah tanya, "anak-anak ibu nak makan apa atau di mana?" 😎 let them decide lah.

alhamdulillah...