assalamualaikum 😍
salam sejahtera semua.
terima kasih kerana hadir di sini utk baca-baca cerita di blog ni. moga bertemulah byk inspirasi ye. in shaa allah.
kali ni, nak review tentang campsite Hulu Tamu Eco Resort (HTER), Batang Kali. semestinya da baca dah kan entri terdahulu, kisah family camping kami di HTER Jun lalu. aduhai, rindunya nak camping! rindu sgt nih!
now saya & mr.Asben da officially tangguh family camping kami hingga Mac 2023. beli laluan khas utk kak Nurin utk belajar, ke arah SPM bulan Feb - Mac 2023. skit masa lagi, dia akan menduduki trial SPM. bertabahlah ibu dan ayah ye. moga dgn pengorbanan ni, kak Nurin dikurniakan straight A+ nanti. aminnn...
👉 perkara pertama memang kena cerita bab sungai la kan.
ni la tarikan utama utk family camping. tanpa sungai, tak syok tau camping, bosan! 😀 saya mesti akan dptkan tapak tepi sungai. boleh pantau anak-anak. boleh lepak num kopi sambil tgk air sungai yg mengalir depan mata. terutama time hujan, dok bawah khemah. borak dgn family tentang sungai, hutan, burung... nice!
izzat dan ayahnya 😎
anak-anak bertiga tubing di sungai.
wah, izzat swimming lah...
kami berkhemah di tapak nombor 2. since tapak nombor 1 kosong, kami conquer la sungai di depan khemah tu. anak-anak dara saya memang suka la. privacy gitew.
👉 suasana malam di HTER.
nampak? 😃
helok kan duduknya mr.Asben memantau anak-anak.
helok kan duduknya mr.Asben memantau anak-anak.
nyaman.
sedikit berbatu.
pakai aqua shoes amatlah membantu kelancaran bersuka ria 😄.
ibu ayah relax di ptg hari...
👉 kita sembang tentang tapak nak pacak khemah.
HTER ni memang sukar nak reserved tapak. penuh sesaje. tak silap saya, hebahan di facebook HTER, weekend dari September hingga Disember 2022 da fully booked tau. amazing. memang patut la. saya da pergi and saya recommend la semua org utk family camping di HTER. korang mesti puas hati seperti saya.gambar dari website HTER.
latest, tak boleh dah reserve tapak 1 dan 2 berasingan.
set up dalam khemah.
yg penting, kipas siling 👍.
anak bujang sorang.
membantu angkat barang.
tahun-tahun akan datang, Izzat pulak yg pacakkan khemah.
sambil-sambil tu, riki sungai dulu lah 😄.
tapak khemah di HTER teratur. dari tapak 1 hingga ke tapak yg hujung. mudah nak pacak khemah. selesa. bersih. semua tapak depan sungai tau.
kami memang pasang flysheet. melindungi khemah unta kami. dan juga ada ruang di hadapan khemah utk bersantai, makan dan masak-memasak. terutama bila hujan turun, adanya flysheet ni takdelah kami 5 sekeluarga stucked dlm khemah 😃.
khemah kami di tapak nombor 2.
jiran kami di tapak nombor 3 (flysheet hijau) dari kelantan.
satu khemah dan khemah yg lain tidak rapat. jaraknya amat bagus, privacy. takdelah bila berborak, jiran boleh dengar, kan. beginilah yang diidamkan oleh semua campers. sebab ada certain campsite, jarak antara tapak amat dekat, mungkin 1' ke 2' saje. aduhai... nak pacak flysheet pun payah sebab kurang kawasan nak cucuk peg.
this is nice 💛
helok Nurin lepak kat bench balak tu sebelum balik.
kreatif!
belakang khemah kami.
luas. selesa sgt lah pacak kat sini. no complaints!
beberapa langkah saje nak ke tandas dan singki cuci pinggan.
alhamdulillah, saya suka sgt tapak 2 ni. dekat dgn tandas dan parkir kereta. pape hal, mudah nak ambil brg. pape hal kecemasan, lagi la mudah, terus naik ke tempat tinggi.
ais ketul dan kayu api ada dijual.
laluan ke arah forest site.
tapak camping di Main Site HTER mostly atas rumput. di tepi sungai. namun, Forest Site ada yg tapaknya pasir. ada beberapa tapak di Forest Site bukan di tepi sungai. but, beberapa langkah saje nak ke sungai, amat dekat.
👉 punca elektrik - plugpoints.
setiap tapak di HTER, disediakan plugpoint. nak guna, guna. tak nak, tak salah 😄. saya memang guna to the maksima lah. memang satu kriteria penting dlm checklist camping saya - plugpoint.
plugpoint utk tapak kami.
maka, tak perlulah nak bertengkar dek berebut plugpoints. bawak saje extension wire yg bersesuaian dgn keperluan masing-masing. in shaa Allah.
👉 tandas. bilik mandi. singki cuci pinggan.
selesa. kemudahan lengkap. cantik. bab kebersihan ni, subjektif. bila da ramai campers, faham-faham saje la ye. tak boleh salahkan CO. campers mesti jaga juga. bila da keluar dari tandas dan bilik mandi, kena make sure kita takde tinggalkan apa-apa barang, terutama sampah.
ini tandas dan bilik mandi di Main Site.
bebetul belakang khemah kami 😊.
surau terbuka. nice 😍.
selain dari plugpoints, tandas dan bilik mandi merupakan kriteria kedua saya utk camping. sebab saya ada 2 org anak perempuan, faham-faham saje la. dalam pada nak merasa 'wild', selesa tu menjadi keutamaan. tiba pulak waktu-waktu uzur, lagilah menjadi keperluan mendesak.
lebih byk pintu. best!
nikmat mana yang nak saya dustakan bila di campsite ada fasiliti terbaik mcm ni, kan. tq la HTER. ini bukan kali terakhir saya berumah di HTER. next year pasti akan kembali, in shaa Allah.tak seperti tandas di Main Site, di sini ada terbahagi jantina.
lebih la selesa dan selamat.
sederhana gelap. lampu-lampu solar di sana sini. selebihnya, diterangi dengan lampu-lampu khemah campers. best yg amat! 2 malam berada di situ hujan renyai. rintik hujan di khemah. deruan air sungai menghiasi malam-malam kami.
apakan daya. hanya tempat persinggahan selama 2 malam. manakan boleh menetap di sini, bukan milik kekal 😊.
hah... camne? best kan camping di HTER ni. satu campsite yg amat menyenangkan hati saya. selamat pun selamat, sebab CO memang menetap di situ, rumahnya memang di dalam kawasan besar HTER. pape hal, tak la begitu takut. in shaa Allah.
sebelum tiba di tapak berkhemah, lalu dulu kolam ikan ni.
boleh juga jalan-jalan melawat cik merak yg cantik ni.
berjalan saing dgn ayam ni (tak pasti apa nama ayam ni).
👉 harga tapak di HTER.
sila rujuk gambar-gambar di bawah ye. boleh juga KLIK SINI utk terus ke page HTER.
tapak 3 hingga 10 - Main Site
ukuran : 5m x 5m (lebih kurang)
RM70 utk 1 malam.
utk pacak sebuah khemah.
maksima 6 orang (exclude kanak-kanak umur 7 thn ke bawah).
sebuah kereta.
tapak 15, 16, 24 - 27 - Forest Site
ukuran : 6m x 6m (lebih kurang)
RM100 utk 1 malam.
utk pacak sebuah khemah.
maksima 6 orang (exclude kanak-kanak umur 7 thn ke bawah).
sebuah kereta.
gabungan tapak 1 & 2 dan tapak 11 & 12 - Main Site
ukuran : 10m x 5m (lebih kurang)
RM140 utk 1 malam.
utk pacak 2 khemah.
maksima 12 orang (exclude kanak-kanak umur 7 thn ke bawah).
2 buah kereta.
gabungan tapak 13 & 14 dan tapak 17 & 18 - Forest Site
ukuran : 12m x 6m (lebih kurang)
RM200 utk 1 malam.
utk pacak 2 khemah.
maksima 12 orang (exclude kanak-kanak umur 7 thn ke bawah).
2 buah kereta.
ni tapak special.
paling hujung.
sungai yg privasi.
ukuran : 10m x 6m (lebih kurang)
RM300 utk 1 malam.
utk pacak 2-3 khemah.
maksima 12 orang (exclude kanak-kanak umur 7 thn ke bawah).
2 buah kereta.
maka, tepuk dada tanya selera. nak di mana. jika pakat dgn adik-beradik, boleh la reserve tapak berkembar. lebih besar dan selesa. tapak berkembar ada 2 plugpoints.
it was hard to say goodbye 😞
8 Comments
Tempatnya nampak selesa. Boleh ke sana kelak.
ReplyDeleterecommended!
DeleteRindu nak melakukan aktiviti berkhemah. Saya ada pasang perancangan nak naiktaraf kereta saya menjadi campervan suatu hari nanti. Insyallah jika ada rezeki.
ReplyDeleteterbaik tu. saya ni lebih suka campervan sebenarnya. namun, takde van yg boleh saya ubahsuai, nak beli baru, mcm tak brape nak mampu. pada saya, campervan lebih selesa dan selamat. then, buat extension khemah atas bumbung. perfect!
Deletemoga perancangan awak tu berhasil. nanti share!
wahhh baru tahu ada plug points juga dekat camping site ni patutlah ramai yang tak kisah spend time pergi berkhemah dengan keluarga. Menarik campsite ni!
ReplyDeletezaman sekarang, dik. campsite owner da tau apa yg boleh tarik ramai org dtg. one of it ialah plugpoint (sumber elektrik). tau je la, phone, laptop, cooking appliances. ada yg bwk projector tau dik tonton movie. no electric, mcm kurang points skit la campsite tu. but, tak begitu menjejaskan camping mood. it is up to masing-masing la.
DeleteBestnya tempat camping macam ni. Air cetek tu yang best. Tapi arau deras risau juga. Memang kena pantau.
ReplyDeletebestnya camping.. boleh mandi manda. kalau ada khemah sendiri lg best! dgn alat2 BBQ hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.