assalamualaikum & salam sejahtera 😊
hati saya gembira bila sharing saya di blog, facebook dan status whatsapp, berjaya menambat hati kawan-kawan rapat utk camping. bila mereka kongsi cerita, hati saya berbunga-bunga. alhamdulillah. sesungguhnya camping ni adalah salah satu aktiviti pelepas stress buat kami-kami yang bekerja ni. dpt release stress. terasa nyaman dan lega...
bcoz bila camping, kami buat perkara-perkara yang lain dari biasa. dok luar beratapkan langit. masak di dapur instant. piuk belanga pun cute miut. makan guna pinggan kertas / plastik. kat rumah tak perlu masak air, tekan aje kat cuckoo. time camping, masak air guna cerek atas dapur. tido dlm khemah.
renyah! tapi interesting 😍.
tu yg nak kongsi cerita family camping saya yang ke-6 pada 10 - 12 Jun 2022 lepas di Hulu Tamu Eco Resort (HTER), Batang Kali, Selangor. best sgt!
mengabadikan gambar sekeluarga di HTER.
sebelum balik, sekali lagi mengabadikan gambar sorang di pagar masuk HTER.
dalam kesibukan kerja di ofis, sempat jugak cuti sekolah pertengahan tahun tu, berlibur bersama anak-anak di HTER. HTER ni memang lama da target, da reserved since bulan Mac 2022. teruja utk berada di sini sebab tempat ni nampak cantik dan teratur bila baca review di facebook. private campsite yg diuruskan oleh sebuah keluarga.
cuaca pada pagi 10 jun amat indah. panas terik, alhamdulillah.
jam 11.50 pagi, kami dah pun tiba di Rawang Bypass.
senang hati sebab perjalanan takde halangan. lancar saje.
tiap kali lalu jalan off road, sentiasa berdebar!
maklumlah, kereta biasa. bukan 4x4.
lebih kurang jam 1 petang, kami dah pun landing di HTER. bersama kami, ada lebih kurang 4-5 campers yg sama-sama baru tiba. punggah-memunggah barang pun berlaku dengan cepat. awan di langit berubah menjadi sedikit hitam masa tu. scary! dlm hati berdoa kpd Allah, "jgn la hujan sebelum khemah kami siap dikemas" hu hu hu hu 😟.
hah, saya kongsikan time lapse video kami naikkan khemah dan flysheet. bab khemah tu senang je. alhamdulillah, da 6 kali camping, mr.asben da pandai pacak unta saiz M tu. but, tang nak naikkan flysheet tu agak sukar dan lama masa yang diambil. masih mencari rentak pacak flysheet.
jam 2.50 petang, barulah semua 100% siap. nasib baik awal-awal da tapau nasi kukus kak wook di pekan batang kali. tau dah takkan dpt masak-memasak tiap kali baru check-in.
5 bungkus utk kami sekeluarga.
cuaca plak masih lagi helok sgt.
Izzat dah pun bertukar ke baju swimming.
kita makan tghari dulu lah...
tempat masak dan letak bahan makanan dan minuman.
pinggan mangkuk periuk belanga 😄.
ahaaaaa... jgn kecam ek!
dan jgn curik gambar ni tau tanpa izin tau! 😠
cara kita, cara masing-masing. tak perlu la kecam-mengecam, kan. camping gaya kayangan? terpulang la. benda boleh mudah, kenapa nak disukarkan, kan? 😄😆
kami ambil tapak nombor 2. memang sengaja saya pilih di sini kerana :
tandas & sinki belakang khemah je.
mudah.
- tapaknya tinggi. tidak separas sungai.
- dekat dgn tandas dan sinki.
- dekat dgn surau. mr.asben dpt solat berjemaah.
- dekat dgn kawasan parkir kereta. so tak semua brg perlu berada dlm khemah. yg penting saje.
suasana petang yg nyaman.
tiada angin semulajadi.
namun, ada kipas siling, jadik lah...
dalam khemah unta kami 😍.
bila siang hari, tilam angin dilipat kemas.
bantal dan beg disusun rapi di tepi.
meninggalkan byk ruang utk melepak.
ruang di dalam sana tu merupakan ruang solat dan bertukar pakaian.
tirai yg diikat dibuka utk privasi 😉.
ada 2 ruang. maka ada 2 kipas siling.
nyaman tidur malam. tidak kepanasan.
siang hari pun tak la berpeluh-peluh dok dlm khemah.
nampak tak awan mendung berarak tu? 😧
hu hu hu ketika camping, awan ginilah yg tak dijemput.
sementara suasana masih nyaman dan belum hujan, petang pertama di HTER, kami mandi-manda di sungai. Izzat yg paling seronok la pastinya. sungai di sepanjang HTER tidak dalam tapi ada certain parts berarus deras. hati-hati la kan ketika tubing sepanjang sungai. petang tu, air sungai jernih. sejuk!!!
saya pun ambil kesempatan berendam beberapa minit.
basah-basahkan badan merasai kesejukan sungai di HTER.
best oii!
kopi o siap!
makan bersama samosa kentang 😋.
malam sebelumnya, hujan. tapi tak lebat. tidur malam cukup selesa dan nyaman. bila keadaan da terang pagi tu, buka je khemah luas-luas, disajikan dgn suasana kampung yg best. releks. suasana lembab sebab the night before tu kan hujan. bunyi sungai memang ohsem 😍.
e'eh 😄 lampu luar pun masih tak tutup hu hu hu...
prepare breakfast.
as usual, wajib snap gambar dapur di tepi sungai 😍.
anak bujang yg seorang.
bangun pagi, terus ngadap phone, sementara nak segarkan diri.
mcm la ada bisnes besar nak kena attend 😅.
kipas kesayangan.
peneman ketika memasak.
kak Nurin on duty.
buat roti bakar for breakfast.
alamak! kakak Nurin berjaya candid aksi Bu mik gambar!
😄
"e'eh anak boy ibu nak sarapan ye?"
sempat si Ibu snap gambar boy nya 😆.
sesekali terdengarlah deraian hilai tawa anak-anak yang mandi sungai. suara ibu ayah pula memanggil anak-anak, "hati-hati!" 😄. dlm pada bergembira, keselamatan anak-anak pun nak kena pantau, kan. keadaan yg sedikit berhujan di sana sini, keadaan sungai kena tgk sepanjang masa. kita tak nak terlepas pandang walau sekelip mata.
basuh pinggan 😄. di rumah. di mana-mana, tugas Ibu la kan. saya beri pelepasan kepada kak Nurin dan Syuhada dari basuh pinggan. mereka saya paksa gi bergembira mandi-manda di sungai. sementara cuaca baik, mentari menyinar di pagi hari, helok la diorang luangkan masa di sungai, merasai nikmat alam semulajadi.
tempat basuh pinggan pun cantik. teruja la nak menggunakannya.
selesai sarapan pagi, makanan disimpan dlm tupperware.
seteko kopi o.
seteko teh o (cerek kecil).
sedia diminum bila-bila masa 😊.
ikan pekasam - adik ipar yg buat ni.
utk jualan.
gulai daging umbut pisang.
ni pula, ofismet mr.asben yg buat. frozen.
sambal Ya pelengkap hidangan.
ni pula hasil tangan anak buah mr.asben.
buat jualan juga ni sekitar Selangor.
lunch yg simple. nasi panas-panas.
kebiasaannya, menu sarapan dan menu makan tengahari akan dibawa sedikit-sedikit ke minum petang dan makan malam. sebelah malam tak memasak sgt. lelebih kali ni ke HTER, kami takde plan utk bbq.
ptg hari, kami releks tepi sungai.
pantau anak-anak mandi-manda.
petang tu, hujan turun lebat! basah kuyup jugalah mr.asben memperbetulkan flysheet 😄. ada takungan air. berposak lah kami 5 beranak bekerjasama. renyah! tapi seronok tau ha ha ha ha... camping ni, kalau tak hujan, kita takkan tahu adakah khemah dan flysheet kita tu pacak betul ke tidak, tahan ke tidak. and bila hujan, sebenarnya, keseronokan bersama alam sekitar tu lebih bermakna.
tak percaya? cuba.
tapi kena berhati-hati. bersedia utk keadaan yg lebih teruk. jgn bersuka-ria tanpa batasan. aliran sungai kena dipantau dari semasa ke semasa.
malam, hanya lepak-lepak lepas makan malam yg simple. syukurlah kerana hujan gerimis di malam hari. sejuk. nyaman. indah sgt. saya dan mr.asben ambil peluang berjalan di sekitar HTER.
ha ha ha ha sempat blogwalking tau mlm tu.
jgn tak tahu.
cuma tak dpt nak komen, line internet tak kuat utk publish.
khemah kami.
langit cerah tau mlm tu.
alhamdulillah...
bila malam, ready kan air suam je atas meja makan.
kipas dan lampu luar khemah, kami off.
nak feel cahaya semulajadi limpahan bulan purnama.
kebetulan campsite ada pencahayaan di sana sini.
kami sekeluarga layan movie sepanjang malam 😊.
hari ketiga 12.6.2022 (Ahad) di HTER.
malam tadi dpt berjalan-jalan sekitar HTER. snap snap gambar buat kenangan, alhamdulillah. ada rezeki, nanti kami akan pacak khemah lagi di HTER. in shaa Allah. di sini aman damai. relax minda... khemah pun tak dekat di antara satu sama lain, cantik aje disusun oleh Campsite Operator (CO). terbaik. the best place utk family camping.
rajinkan my mr.Asben.
da bantu set up dapur 😍.
da gaya dok rumah.
kain lap tgn is a must!
sarapan pagi ni.
alhamdulillah...
jam 12 tghari, khemah unta telah ditumbangkan.
masa utk biarkan flysheet kering dek sinaran mentari.
baru boleh lipat helok masuk beg.
jiran-jiran kami semua dah pun kemas dan balik.
anak-anak berehat.
from time to time, dipanggil membantu.
sekeping gambar kenangan di HTER.
sekeping lagi gambar di tepi sungai HTER.
ini family camping kami ke 6. tapi campsite yg ke 5. antara 5 campsite tu, HTER ni yg paling best. yg lain best jugak, tapi HTER ni no 1 lah dlm list saya setakat ni. boleh baca review tentang campsite HTER oleh saya ye.
cerita family camping yang lepas :
moga sharing saya ni bakal memikat ramai lagi utk family camping 😁.
12 Comments
wah bestnya..seronok baca. tak kisahlah gaya camping macam mana, biar sesuai dengan keadaan kita dan keluarga. anggaplah yang kutuk-kutuk tu jeles dia tak dapat gi camping. hehe
ReplyDeletekan.
Deleteikut le gaya camne pon.
janji happy :) hi hi
Seronoknya.. lama tak berkhemah..
ReplyDeleteabis musim tengkujuh ni, boleh le onz camping semula, fairus :)
DeleteBestnya Aida 👍
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman Aida, w/pun belum sampai seru nak ber-camping :D
ha ha ha ha tak mudah camping ni.
Deletex bebetul seruan nyer, jgn ler terjebak :)
ada yang pernah cilok gambar akak ke? dah boh watermark pun ada yg cilok tanpa izin ye, mcm2 hal. Dana suka baca pengalaman akak n kwn2 yg suka bercamping seronoknya, santai je kan. Lengkap betul tengok peralatan perkhemahan akak ni, semua ada. Zaman sekarang banyak campsite yang lengkap mudah nak gunakan letrik apa semua kan, bukan jenis mcm dulu-dulu. Lebih selesa dan nyaman gitu
ReplyDeleteada, Dana. da le amik gambar kita, paste plak kat watermark kita.
Deletekutuk plak tu :( hadoi!
share kat fb. kutukan beramai-ramai :(
geram!!!
akak memang pilih campsite yg ada plugpoints dan ada penjaga.
Deletekeselamatan always no. 1, Dana.
bestnya ada camp site. dpt bkhemah bersama keluarga. harapnya kat sini ada juga suatu hari nanti
ReplyDeleteseronoknya
ReplyDeleteteringin nk kesini jga
Haiii
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.