assalamualaikum & salam sejahtera.
ahad. rest day. relax day 😌.
selesai cuci baju. selesai lipat & susun baju. prepared heavy breakfast pagi tadi. ala-ala brunch 😉. semua sudah kenyang, now kami sedang tonton movie.
nak share mug tupperware kegemaran saya. mug yg saya bawa ke ofis. mug tupperware free tau! redeem stamps di AEON last year.
AEON kan kerap kluarkan stamp utk redeem pelbagai barangan, kan. so, saya akan tgk la apa product yg disediakan utk redemption. kalau sesuai... kalau saya suka, mula la saya plan apa nak shopping bagi mengumpul stamps. bukan shopping kosong tau, shopping barang yg diperlukan 👌.
baju-baju Izzat. sebab tumbesaran Izzat amat cepat sekarang. baju, seluar mudah singkat. then, keperluan kak Nurin dan Syuhada. kasut. baju. barang dapur. capai sasaran stamps, saya stop 😄. yes, mungkin modal saya tu lebih besar dari harga product redemption tu. but itu la, kita participate dgn AEON. happy happy saje. ia amat berbaloi.
item pertama dalam senarai tu, saya redeem juga.
redeem stamp + RM10.90. dapat la 2 biji.
memang saya khaskan utk bawa camping.
isi gula pasir. isi sachet minuman.
ni la rupa stiker AEON tupperware tu.
saya memang tupperware lover! tupperware memang ohsem! koleksi tupperware saya are melimpah-ruah. majoriti saya guna.
longgokan tupperware pada 5.4.2020.
dah lebih 9 bulan masa tu pindah rumah, baru sempat nak kemas tupperware.
sgt banyak ye koleksi saya. brand new mostly 😄.
inilah set pisau yang ditawarkan.
best! saya dapat redeem semua yg dihajati :
- 2 gunting
- 2 utility knife 5" (1 memang guna di rumah dan 1 lagi jadi pisau tetap gi camping)
- 1 santoku knife 6.5"
- 1 chef knife 8"
alhamdulillah 😄.
hmmmm da lama tak shopping di AEON. last hari tu utk Aidilfitri. ekonomi tak brape baik sekarang. OPR naik. harga brg makanan naik. tak boleh da sesuka hati shopping if tak benar-benar perlu. jimat. simpan.
apapun, life goes on. dugaan ni akan sentiasa ada. apa yg penting, happy 😄. sikit duit, diam. duit lebih, belanja la sekadar yg mampu. alhamdulillah.
3 Comments
Bab Tupperware ni, rumah saya dah berlambak.. Yang tak seronok tu, badan ke mana, penutup ke mana.. haha
ReplyDeleteha ha ah ha...
Deletesaya ada almari khas utk tupperware je.
and situ, satu ruang khas utk penutup je.
if not, time nak guna gelabah nak mencarik nya :) ha ha ha ha...
Setuju, kena menyimpan jugak tapi tulah kita perempuan ni mudah berkenan tupperware kalau ada banyak fungsi dan cantik
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.