assalamualaikum & salam sejahtera.
ahad. rest day. relax day 😌.

selesai cuci baju. selesai lipat & susun baju. prepared heavy breakfast pagi tadi. ala-ala brunch 😉. semua sudah kenyang, now kami sedang tonton movie.

nak share mug tupperware kegemaran saya. mug yg saya bawa ke ofis. mug tupperware free tau! redeem stamps di AEON last year. 

Tupperware AEON | Collect stamps and redeem eco-friendly Tupperware

AEON kan kerap kluarkan stamp utk redeem pelbagai barangan, kan. so, saya akan tgk la apa product yg disediakan utk redemption. kalau sesuai... kalau saya suka, mula la saya plan apa nak shopping bagi mengumpul stamps. bukan shopping kosong tau, shopping barang yg diperlukan 👌.

baju-baju Izzat. sebab tumbesaran Izzat amat cepat sekarang. baju, seluar mudah singkat. then, keperluan kak Nurin dan Syuhada. kasut. baju. barang dapur. capai sasaran stamps, saya stop 😄. yes, mungkin modal saya tu lebih besar dari harga product redemption tu. but itu la, kita participate dgn AEON. happy happy saje. ia amat berbaloi.

Tupperware AEON | Collect stamps and redeem eco-friendly Tupperware

Tupperware AEON | Collect stamps and redeem eco-friendly Tupperware
item pertama dalam senarai tu, saya redeem juga.
redeem stamp + RM10.90. dapat la 2 biji.
memang saya khaskan utk bawa camping.
isi gula pasir. isi sachet minuman.

Tupperware AEON | Collect stamps and redeem eco-friendly Tupperware
ni la rupa stiker AEON tupperware tu.

saya memang tupperware lover! tupperware memang ohsem! koleksi tupperware saya are melimpah-ruah. majoriti saya guna. 

Tupperware AEON | Collect stamps and redeem eco-friendly Tupperware
longgokan tupperware pada 5.4.2020.
dah lebih 9 bulan masa tu pindah rumah, baru sempat nak kemas tupperware.
sgt banyak ye koleksi saya. brand new mostly 😄.

ini bukan pertama kali saya hunting for stiker AEON ni. paling galak saya shopping demi stiker ni adalah tahun lepas. redeem set pisau. masa tu da PKP 3.0. saya da mula bekerja semula. setelah melalui PKP demi PKP dari Mac 2020, terlalu byk brg rumah, brg peribadi anak-anak, pakaian diorang yang perlu diganti. so saya ambil kesempatan la kan. 

Tupperware AEON | Collect stamps and redeem eco-friendly Tupperware
inilah set pisau yang ditawarkan.

best! saya dapat redeem semua yg dihajati :
  • 2 gunting
  • 2 utility knife 5" (1 memang guna di rumah dan 1 lagi jadi pisau tetap gi camping)
  • 1 santoku knife 6.5"
  • 1 chef knife 8"
alhamdulillah 😄.

hmmmm da lama tak shopping di AEON. last hari tu utk Aidilfitri. ekonomi tak brape baik sekarang. OPR naik. harga brg makanan naik. tak boleh da sesuka hati shopping if tak benar-benar perlu. jimat. simpan. 

apapun, life goes on. dugaan ni akan sentiasa ada. apa yg penting, happy 😄. sikit duit, diam. duit lebih, belanja la sekadar yg mampu. alhamdulillah.