assalamualaikum & salam sejahtera 😉

indah sungguh pagi Jumaat ni. matahari dah gah menyinar. terpaksa pakai specs hitam tau seba cahayanya menyengat mata 😄. alhamdulillah. permulaan pagi yg amat baik.

mak-mak tak kira hari, tiap pagi pun kelam-kabut. anta anak sekolah, berkejar pulak thumb print kat office. naik tangga 3-4 tingkat plak nak menuju ke bilik ha ha ha ha... it is ok. yg penting, semua benda nampak teratur meskipun mak ni jalan pun dah kengkang kangkang 😀.

transferring gambar dari phone ke hard disk. memang membuatkan mak ni tersenyum simpul sorang diri. pandangan mata tertumpu kat semua gambar selfie Syuhada dan Izzat. kak Nurin so far tak pernah hacked phone saya dgn selfie dia. dia tu tertib skit.

tapi adiknya berdua memang 25 jam hacked phone ibu ha ha ha ha...

Izzat | Selfie

Izzat | Selfie

Izzat | Selfie

😄 ni baru part dada ke atas. lom lagi dari rambut ke kaki, boleh kot masuk majalah Mangga, Ijat oii h aha ha ha... gambar ni semua saya masukkan dlm album. tak sekeping pun saya delete. ia adalah secebis dari jutaan kenangan saya dan anak-anak. indahnya benda kecil ni hanya saya yg tahu 💜.

ok bye bye.
saya nak gi majlis bacaan Yassin. tiap pagi Jumaat memang ada majlis ni. in shaa Allah.