assalamualaikum & salam sejahtera 😃
esok la ye in shaa Allah dpt la kita tau siapakah yg bakal menerajui negara kita. moga si dia itu dpt memikul amanah besar ni sebaiknya. moga si dia dpt melantik barisan kabinet yg bagus-bagus, jgn asyik auta sana sini 😊. ntah gabungan mana lah ye, berdebar!
tak mau citer pasal PRU.
kisah Jumat lepas, cuti umum sempena PRU. saya tidak ke mana pun, stay di Melaka. ngundi pun di Melaka. setiaku di sini. selepas solat subuh, mr.Asben da ajak keluar sarapan. lama sudah sebenarnya kami berdua tak dating! ha ha ha ha... sabtu dan ahad asyiklah busy hantar dan ambil kak Nurin dari sekolah, kelas tambahan. weekend ni PRU, no extra classes. alhamdulillah, dpt la anak sulung saya berehat sepenuhnya.
kami gerak dlm jam 8 pagi. naik motor saje. breakfast di Tengkera, pekena mee bodo yg pernah viral. mee bodo ni memang dah lama bertapak di situ. sungguh lama! sewaktu saya sekolah rendah lagi. bagi org Melaka, ia tak asing pun. kami tiba, aduhai... ramainya pelanggan! sesiap mr.Asben tanya, "nak makan sini ke?" hu hu hu 😓. ngenangkan kami dtg dari jauh (jauh la sgt 😄), saya decided utk makan situ, tunggulah meja kosong. tak lama pun, dlm 10 minit lepas tu, dpt meja.
simple.
sedikit taugeh.
hirisan timun.
sambal.
telur goreng 👍
cara di sini, duduk dan order air saje. mee bodo akan dihantar ke meja-meja. kalau nak telur goreng, kena beratur 😄. simple. masa menunggu mee bodo tiba di meja pun tak la lama. saya duduk berdekatan tempat masak, dpt la tgk diorang goreng mee bodo tu.
kenapa mee bodo namanya?
sebab, mee tu digoreng simple dgn taugeh je. guna minyak sambal. hirisan timun. sejemput sambal penambah rasa. tu je. even telurnya pun digoreng dgn minyak sambal. gitu... sekuali besar mee tu digoreng. terus dimasukkan dlm pinggan panas-panas. dihantar ke meja-meja. fresh!
kalau makan mee nyer je, takde rasa! plain aje bila ditelan. wajib mee tu digaul dgn sambal. ulam timun dan telur goreng marbeles tu. barulah ada rasanya. barulah dpt nikmatinya dgn senyuman lebar.
snap gambar time kami da abis makan, nak gerak.
masih ramai beratur.
masa tu dlm jam 9.30 pagi 😄.
settle sarapan mee bodo, mr.asben ajak balik kampung, tgk rumah abah. lama da kami tak balik kampung. sebab mak abah pun tak balik, stay di rumah kakak di Bangi saje. rindu... ride kami bermula dari mee bodo, kami lalu tepi laut klebang. relax relax saje laki bini 💛.
pantai klebang 😎.
kul 9.30 pagi, kosong lagi.
hujung tu ada satu keluarga berkelah.
buka meja lipat dan makan-makan 😍.
memang sengaja jamu mata ke pantai Klebang, cari port nanti-nanti nak bwk anak-anak berkelah. cadangnya pacak flysheet. bentang tikar. and bbq tepi pantai Klebang. awal pagi hinggalah tghari atau petang. nice juga area ni utk berkelah. luas. saujana mata memandang.
all the way, dari pantai Klebang nak balik kampung, lalu jalan lama. Tangga Batu hinggalah ke Sungai Udang. gila lama tak lalu laluan tu, sebab da ada lebuhraya SPA sana tu kan. indahnya pengalaman ride along that way. nyaman.
tiba Taman Desa Bayu, Kuala Sungai Baru.
rumah abah mak 😍.
jengah dari luar aje.
check peti surat.
rumah kecil yang bila semua anak-anak balik, meriah tak terhingga!
roda motor pecut ke pekan Kuala Sungai Baru.
bendera BN di mana-mana.
kampung saya ni memang BN ye.
pakcik saya pernah jadik ADUN sini 😃.
sekejap saje stop, utk snap snap gambar kami berdua. tak ramai lagi di pantai. pagi Jumaat, cuti umum tetiber, kan. tak ramai la. cuba dtg time cuti panjang hu hu hu hu... nak selit kat mana pun tak dpt, penuh da org berkelah, memancing, mandi-manda.
kedai favourite abah mak.
semakin cantik dah kedai makan ni.
selain dari pantai klebang, sini jugak port menarik bwk anak-anak berkelah. pacak flysheet mcm yang lepas, bbq. buat nasi lemak sambal tumis. lepak tgk laut nyaman-nyaman.
[ Baca juga : Berkelah di pantai Pengkalan Balak dgn abah emak ]
seronoknyalah rasa hati. dpt ride jalan-jalan Melaka. melepaskan rindu kat rumah abah dan kampung tercinta. then terus balik rumah. jam 11 pagi gitu dah tiba rumah semula. what a great journey 💜.
ada anak-anak kat rumah, tak boleh la nak ride jejauh sgt. kesian ke anak-anak bertiga 😄. risau juga meninggalkan mereka bertiga lama-lama kat rumah, kan. sib baik la diorang da besar-besar. sekejap ditinggalkan, tau jaga diri alhamdulillah.
😉
6 Comments
Bestnya dia detim berdua. Hari PRU memangg kebanyakan tempat tumpuan lengang aje kan
ReplyDeleteWah.. dating time ye Kak Aida.. Syok juga buat aktiviti begini sesekali..Seronok jalan kereta tak banyak..
ReplyDeletekira 'our time' ni laa ya? good good bukan selalu kan dpt dating gini ;-)
ReplyDeleteSelamT berdating😍
ReplyDeletetak sangka ada luat yg cantik kt PB ni.. haha boleh la masuk list singgah kalau dtg
ReplyDelete*laut. hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.