assalamualaikum.
salam sejahtera. selamat pagi 😄.
berada di Denai Kabus memang best. pagi-pagi bangun mesti intai bukit-bukit di sekitar. berkabus semuanya! 😍 sebelum-sebelum ni camping view sungai. dgr deruan air sungai. celup-celup kaki di tebing sungai. kali ni, camping di kaki bukit pulak gitewww...
[ Jangan lupa baca dulu Part 1 Denai Kabus : naik ATV di Denai Kabus, Gerik ]
ada sungai, tapi tak boleh mandi, sedikit frust. tapi takpe sebab dihidangkan dengan pemandangan yang indah. kira ok la tu.
💛
suasana malam Denai Kabus.
so saya kongsikan suasana Denai Kabus di malam hari. malam kedua kami di Denai Kabus, cuaca masih lagi gerimis. lebih byk hujan dari tidak hujan mlm tu. suasana sejuk nyaman. maka, saya dan mr.Asben ambil peluang utk berjalan-jalan di persekitaran Denai Kabus.
khemah marhaen kami.
tidak gelap.
kerana cahaya dari cottage menerangi suasana.
depan khemah pun ada lampu utk pencahayaan yg maksima.
tak lupa juga, dewan makan terang-benderang.
lebih kurang jam 10 mlm, selesai semua pengunjung dinner, dewan gelap.
from here, nampak perkataan DENAI KABUS nun jauh di atas bukit.
bercahaya.
bangunan pentadbiran Denai Kabus.
tidak bahaya utk kita bersiar-siar di waktu malam.
pencahayaan maksima indah menerangi suasana.
another angle of perkataan DENAI KABUS nun jauh di atas bukit.
hari terakhir always menjadi hari sedih 😔.
iye la, hari utk balik hu hu hu... nak meninggalkan flora dan fauna Denai Kabus, sedih la. sesiapa yang da jatuh cinta dgn aktiviti camping ni pasti dpt rasa apa yg saya rasa. tapi tu la, bila kenang balik peristiwa petang pertama khemah diserang kambing, tiber mcm nak cecepat balik je 😄.
pagi-pagi kami bangun, kemas-kemas khemah. ada barang yg da sesiap masukkan dalam kereta. pagi tu tak masak sebab kami da sesiap order makanan dgn Denai Kabus - nasi lemak dan teh tarik. makan di dewan makan. namun, bila check gallery phone, rupa-rupanya tak snap sekeping pun gambar sarapan pagi tu 😄.
settle makan, perut kenyang, terus gerak balik khemah. kami nak hiking pagi tu. dah plan dah aktiviti ni sejak sebelum datang lagi. wajib!
cuaca pagi tu alhamdulillah. teramat baik. teramat cantik. udara segar. kami sekeluarga berjalan dan hiking bukit dgn gembira. bergelak ketawa 😊.
hujan gerimis malam sebelumnya, jalan bukit ni pun sedikit berlecak.
but ok saje kami naik dan kami turun 👌.
ha ha ha sempat la dating sekejap dgn mr.Asben. anak-anak diarahkan balik khemah dulu ha ha ha ha... seperti biasa la, saya nak snap-snap gambar persekitaran utk masukkan ke entri Review Campsite Denai Kabus nanti. boleh la baca-baca nanti ye once saya da publish.
ok bye for now!
1 Comments
bila malam tampak suasana mcm lbh meriah
ReplyDeletebest nyaaaa kawasan mcm niiii... mmg berat hati bla dah smpi ms utk balik
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.