assalamualaikum semua.
😊 selamat pagi.
di mana pun korang, saya ucapkan tq so much sebab sudi landing blog kecil ni utk baca-baca kisah camping saya lagi. kisah biasa. kongsi keriangan seorang ibu yang berumur 44 tahun barulah nak buat outdoor activitiy. kisah keterujaan seorang ayah yg berjaya bawa anak bini rekreasi berkhemah.
kali ke-7, kami berkhemah di Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort, Gerik, Perak. hampir 4 bulan sebelum tu dah reserve tapak di Denai Kabus. tapak di Denai Kabus ni very hot mcm pisang goreng panas 😄! kelainan skit, berkhemah di kaki bukit, tempat yg cuacanya agak sejuk. tidak sejuk sgt sebagaimana yg saya jangkaka. tapi, ok la. nyaman alhamdulillah.
tu dia khemah kami di tapak kedua.
atas tu cottage, boleh juga reserve ye. RM150 semlm.
but for year 2022, dari bulan June da fully booked.
nampak tak Izzat melambai? 😍
depan tapak kami ada anak sungai.
tak sesuai utk mandi.
tu la dia view sekitar khemah kami. indah. saujana mata memandang. memang mempesonakan. no wonder campsite ni menjadi buah mulut para campers. sejuk mata, maka sejuk la hati. tempat yg tepat utk release stress, alhamdulillah.
hari check-in 5.9.2022 (Isnin).
kami tiba Denai Kabus lebih kurang jam 1.00 petang. lewat dari perancangan saya. agak jauh juga Denai Kabus ni. first time saya naik ke Gerik. aduhai, bila la nak sampai 😓 jauh naw! cuaca pun masa tu tak brape elok, awan berat, umpama nak hujan.
mcm biasa, lepas je check-in, terus kami set up khemah. 1-2 jam seperti biasa amik masa nak bina rumah kecil kami ni. berpeluh-peluh seperti biasa. 5 sekeluarga kecoh begitu begini. lelebih pulak, hari mcm nak hujan, tambah kalut! 😄 ha ha ha mcm biasa la, saya la yg paling kecoh, yg paling berangin negatif seperti biasa 😠. bertabah aje la mr.Asben tercinta melayan kerenah bini dia ni. i love u, Ayah 💛.
seperti biasa, set up khemah saya tak kayangan. yg penting susun atur brg semua dlm keadaan yg sesuai dan selamat. kebetulan, kereta park berdekatan, tak semua brg kami bawa keluar dari kereta. yg penting-penting sahaja ada di tapak khemah.
iye. settle je pacak khemah dan susun-susun barang, kami sekeluarga keluar ke pekan Gerik, lunch. memang tak sempat masak or tapaw makanan sebelum tu. aim utk sampai and pacak khemah dgn cepat je dalam fikiran. tu yg bila da settle, ajak mr.Asben utk keluar makan.
tibanya kami di khemah selepas balik dari lunch, Allahu Akbar! 4-5 ekor kambing ada kat ruang depan khemah kami. abis la meja makan dan meja dapur disepahkannya! 😡 maaflah, takde gambar utk dipaparkan. kelam-kabut berlari dari kereta ke khemah nak halau kambing. Allahu 😓... lepas tu, kambing da hilang, bau kambing masih melekat likat di situ 😣😫. omai God! masa tu rasa nak balik aje tau. aduhai... terpaksa la saya spray seluruh area khemah dgn serai wangi. sekaligus dgn sheildtox. spray semaksima yang boleh. nak menghilangkan bau kambing!
beberapa ekor yg masih berlegar di tepi khemah.
bukan kambing kecik!
besar ya Allah 😖...
...busuk yg amat!!! omai God!
masa tu saya da bad mood dah. membawa maksud yg kami berlima takkan boleh bersiar-siar meninggalkan khemah. seorang mesti tinggal di khemah, jadik guard! hu hu hu... stress! selepas tu memang 2 - 3 kali kambing-kambing tu menjengah khemah tau. stress! dah jadik seram pulak dok situ tau 😞.
view depan khemah.
yg seberang sungai tu adalah dewan Denai Kabus.
tempat makan dan tempat berkumpul.
hari pertama tu, just relax. bermasalah dgn kambing 😄, jalan-jalan di persekitaran dan masak utk dinner. mlm tu hujan. wonderful!
pagi tu, seperti biasa, lepas subuh saya dan mr.Asben da aktif di luar khemah. memandangkan takde sungai, anak-anak sedikit blurrr what to do 😂. Denai Kabus ada kolam, tapi jauh dari khemah kami pulak 😓.
ayah lepak depan khemah.
Izzat main games kat tab dlm khemah.
kami yang pompuan jalan-jalan.
ada gym. boleh relax bersenam.
khemah kami, view dari atas, depan cottage.
cuaca pada hari kedua baik-baik saje. ptg nya gerimis. tiada aktiviti mandi-manda. kami lepak-lepak di khemah je. udara segar, sejuk, nyaman. aktiviti paling best, tidur 😆 ha ha ha. petang, hujan da stop, bawa Izzat pula jalan-jalan sekitar Denai Kabus.
[ nak tahu tentang Denai Kabus : Campsite Review Denai Kabus ]
...menunggu turn naik ATV.
kami naik berdua.
Izzat naik ATV dgn guider kedua.
happy Izzat 😄.
guider kedua ni akan jaga kami dari belakang.
guider pertama, yg kelihatan lebih pakar dlm aktiviti outdoor ni, di hadapan.
my happy handsome boy.
pengalaman naik ATV.
menyeramkan! menakutkan! tapi menyeronokkan 😄. pengalaman pertama saya naik ATV ni. and semestinya nak naik lagi jika berkesempatan. malangnya, Nurin dan Syuhada tak dpt merasai kenikmatan aktiviti ATV ni. ptg tu, masa da tak cukup dan guider pun tak cukup. guider yang sama nak kelolakan aktiviti flying fox. tu la tu 😔. jom layan gambar-gambar kami berATV di puncak bukit nan indah..
di puncak bukit.
tgk la latar belakang gambar kami 😍.
waktu utk turun.
saya amat takut masa tu!
muka je senyum, dlm hati Allah je Maha Tahu.
nampak tak Izzat di seat depan tu? 😊
orait. cerita ceriti Denai Kabus bersambung di next entry - suasana malam Denai Kabus dan mendaki bukit di pagi hari ye.
7 Comments
best besttttt sukaaaaa tmpt mcm ni...view pun lawa... ishhh kambing ni buat spoil je laa... tak boleh saman ke tuan punya kambing tu? hehehe
ReplyDeletetp boleh bawa pancing ke kalau nak memancing kat situ?
Seronoknya dapat berkhemah seperti ini.
ReplyDeletepatutlah kene booking 4 bulan awal cantik betul tempatnya kak, banyak pulak aktiviti dapat dibuat. Tempat memang cantik sangat, puas berjalan sana sini, bestnya dapat main atv tu kak... cantik gambar yg dekat atas bukit ke apa dengan atv tuh.
ReplyDeleteAlahai kambing buat spoil, kalau tak boleh anak dara pun sama join main ATV. Kalau boleh mandi sungai confirm lagi best
ReplyDeleteGerik ni lah laluan sy utk balik ke kampung di Baling Aida. Perjalanannya memang jauh huhu .. sy perasan signboard kecil Denai Kabus ni tp belum ada rezeki utk singgah.
ReplyDeletecantik tempat. back to nature. harap pasni ada lah tapak camni kat tempat saya
ReplyDeleteseronok bercamping tp dgn anak baru 2 tahun ni mcm2 hal dia nk bt. hehe. tgh plan nk ke kenyir. tak tahu lah nk camping ke nk memancing FIL na tu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.