assalamualaikum & salam sejahtera.
pagi ni, excited nak kongsi jalan-jalan kami malam tadi 😃. semalam saya, kak Nurin dan Syuhada berpuasa qada'. maka, kami berbuka ringan-ringan saje. lepas tunaikan solat maghrib, barulah gerak keluar rumah menghala ke Dataran Sejarah Ayer Keroh. kami nak dinner di Leypark Station. kali ke berapa dah kami ke Leypark Station ni.
sebelum jam 8 malam kami da berjaya park kereta. datang awal pun sukar nak dpt parkir yg dekat. musim cuti sekolah, maklum saje lah kepadatan negeri Melaka. no further comments, semua sedia maklum, kan hi hi hi...
wah, laluan ni dah ala-ala Jambatan Saloma di KL! 😍
terus masuk ke dataran. wah, kagumnya saya dgn perubahannya. berwarna-warni. indah. byk spot boleh bergambar sekeluarga. terang-benderang.
indah...
di tepi dataran pun ada lingkaran warna warni gini 👍.
melaka dalam ejaan jawi.
seni khat nan indah.
view saya snap dari tengah padang @ dataran.
tgh padang pun warna-warni khemahnya.
persiapan sedang dibuat utk acara malam tahun baru nanti.
ada acara tasbih & berzanji beramai-ramai.
yg berkeinginan naik kereta kuda, boleh la cuba ye.
jam besar landmark bila masuk negeri Melaka .
[ baca dulu yg ni 👉 😉 Leypark Station ? ]
waktu ni makanan dah clear. kenyang!
sampah bekas makanan pun saya dah buang dlm tong sampah.
buskers di sini sedap giler!
suara mereka memang terbaik.
didendangkan dgn lagu-lagu melayu asli dan moden.
tidak sakit telinga.
first class 👍.
jgn lupa singgah ye. abadikanlah kenangan di Dataran Sejarah ni bersama keluarga. bertabahlah ketika nak cari parkir kereta. tu perkara standard la di mana-mana tumpuan pelancong. kena berjalan jauh skit. but, trust me, berbaloi! 😉
8 Comments
Happening nampaknya ... sekali imbas macam Pintasan Saloma dekat Kg Baru tu kan...
ReplyDeleteMacam menarik. Tak pernah lagi ke situ.
ReplyDeleteMemang moden dan smart bila pasang lampu macam ni. Pelancong pun tertarik nak datang
ReplyDeleteCantik-cantik semua gambar
ReplyDeleteMeriah. Memang nampak dari kereta warna-warni cuma itulah tidak singgah lagi.
ReplyDeleteBuat saya rasa nak ke Melaka je sekarang.. hehehe.. Makin cantik dna meriah..
ReplyDeletefulamak cantiknya, feel dia mcm muo laa
ReplyDeleteHappeningnya melaka!! Jarang x meriah kan melaka ni... cuti sekolah jem di sana sini.. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.