assalamualaikum & salam sejahtera.
selamat pagi semua readers 😊.

pagi Sabtu baru la sempat hapdet blog. few days ago, so much things to do dari subuh membawa ke isya'. di ofis mahupun di rumah, kesibukan melanda dgn begitu dasyat sekali ha ha ha ha... alhamdulillah. masih lagi dikurniakan kesibukan terhadap perkara-perkara penting dlm kehidupan dan sihat menghadapinya 💛.

ha ha ha couple rider gitewww! aduhai, bunyi tajuknya mcm remaja muda-mudi. tapi couple ni dah on the way ke umur 50-an ye. berjiwa muda! 😄 ha ha ha ha...

ini kisah ride to Port Dickson Part 2. bersambung dari yg ini - Sarapan di Kafe Kampung Kaw. selepas sarapan, kami ride ke pantai Port Dickson. belum pun jam 11.00 pagi, takkan nak balik dah kan. kami buat keputusan utk survey pantai-pantai Port Dickson dulu utk family camping dan berkelah dgn anak-anak kemudian hari.

Pantai Saujana, Port Dickson

campsite yang popular adalah H&N Campsite dan PD Mayangsari Campsite. kebetulan, hanya beberapa minit perjalanan dari Kafe Kampung Kaw. kami pergi kedua-dua campsite namun tidak dibenarkan masuk. hanya yang da buat reservation saje boleh masuk. it is ok sebab dari pintu masuk da boleh nampak keseluruhan campsites ni.

H&N Campsite, Port Dickson
H&N campsite ni begini kawasannya.
dari Pantau Saujana, nampak la.
sewaktu kami lihat dari jauh, tak penuh pun campsite nya.

PD Mayangsari Campsite, Port Dickson
PD Mayangsari Campsite ni lebih ok.
dia memanjang sepanjang pantai.
nampak lebih selesa camping di sini berbanding H&N.

PD Mayangsari Campsite, Port Dickson
next ye 😍.

ketahuilah bhw camping di tepi pantai ni terdedah kpd risiko angin kuat. peg pula dicucuk ke dalam tanah berpasir, so tak berapa kuat pasir mencengkap peg. seram bila tgk review kawan-kawan campers bila mana flysheet berterbangan mcm payung terjun! Allahu 😳. belum lagi yg khemah rebah dilibas dek angin ribut. seram!

tapi tu la. semuanya di tgn Allah. kita hanya perlu berdoa agar sepanjang kita berkhemah, cuaca baik sempurna. kita anak-beranak pun selamat. sesekali camping di tepi pantai, mandi laut, bbq malam-malam sambil lihat pemandangan laut di malam hari, best jugak, kan. barulah tahu. barulah boleh share pengalaman, kan.

settle lihat-lihat campsite, mr.Asben stop di Pantai Saujana. first time singgah sini. sebab nampak byk khemah. khemah orang berkelah majoritinya 😊. meronta-ronta hati ni nak survey kawasan.

Pantai Saujana, Port Dickson
Pantai Saujana ni la tempat campers yg nginap di H&N Campsite mandi-manda.

Durian Tunggal dgn Port Dickson tak brape jauh. kalau datang awal pagi, dapatlah spend masa berkelah dengan anak-anak hingga ke petang. lepas Asar, kalau cuaca baik, barulah balik rumah.

Pantai Saujana, Port Dickson
hujung sana tu, hijau tu adalah H&N Campsite.

Pantai Saujana, Port Dickson

Pantai Saujana, Port Dickson

Pantai Saujana, Port Dickson
💓

Pantai Saujana, Port Dickson
silalah buang sisa bbq korang kat sini ye.
jgn tinggalkan sisa perkelahan korang merata ye!

Pantai Saujana, Port Dickson
silalah ambil perhatian kepada don'ts di tepi pantai.
hormatilah alam sekitar dan hak orang lain ye.
kita jaga kita 💪.

kami jalan-jalan berdua sepanjang pantai. cuaca pun baik. melihat-lihat persekitaran. mana sesuai berkelah dan pacak flysheet dan khemah kecil. maklumlah, ada 2 anak dara, tempat nak kena molek-molek sikit la. jaga aurat. and sedikit privasi.

next, kami singgah pula kat pantai legend Port Dickson, Pantai Teluk Kemang 😍. lama juga tak singgah sini. tiba sini, hujan gerimis la pula. but still couple rider ni nak tinggalkan kenangan, turun jugak dari motor.

Pantai Telok Kemang, Port Dickson

Pantai Telok Kemang, Port Dickson

Pantai Telok Kemang, Port Dickson

Pantai Telok Kemang, Port Dickson
"khemah biru" viral seantero Nismilan 😁.
hmmmm pantai hakmilik semua, tapi ada pulak yg claim "milik sendiri".

dulu kala, Nurin dan Syuhada kecik, kerap kami ke Pantai Teluk Kemang. pantang ada masa dan peluang, ke PD la kami 1 malam atau 2 malam. bila mana da bosan 😁, tu yg bertahun-tahun tak nginap di PD sehinggalah 2 tahun lepas, kami ke Grand Lexis, Port Dickson. bilik tengah laut, kolam dalam bilik. best!

tak lama kami di Pantai Teluk Kemang. suasana tak menjemput kami utk berlama-lama di situ, tidak menarik perhatian. kami berdua gerak balik. saya sangka terus balik rumah, tiber... my beloved mr.Asben corner ke satu lagi destinasi! alamak aii... ke sini saya tidak bersedia 😄. "alamak alamak alamak!" kami stop di Taman Eko Rimba Tanjung Tuan. tau dah kan kenapa saya dok kata dlm hati "alamak alamak alamak!". mr.Asben ajak hiking! o.m.g! 😆

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih
Rumah Api Tanjung Tuan.

rumah api tu saya pernah naik, byk tahun yang lepas. anak-anak kecil lagi masa tu. and the story ke rumah api tu was not updated here. nak kena korek balik hard disk, mesti ada gambar kenangan kami naik ke rumah api tu.

but, time ni kami berdua tak singgah jengah rumah api, mr.Asben sesungguhnya ajak saya naik Bukit Batu Putih. aduhai...

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih
tiba di sini, da off road dah.
masa utk masuk hutan ye.
di situ katanya lagi 4000 langkah.
Allahu! 😖

hadoi. membebel saya all the way berjalan. mr.Asben dok la gelakkan saya. dia terus je berjalan ke depan. selangkah demi selangkah saya bergerak. kasut tak sesuai, berhati-hati aje la. dgn berseluar jeans nyer. hadoi lah! 😆

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih
"suamiku, wait for me!"

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih
akhirnya sampai jugak ke puncak ni.
skit lagi... nak kena naik bukit depan tu.

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih
kena naik atas tu.
jgn risau, ada tali utk pegang.
saya boleh naik, surely korang pun boleh la 👍.

setelah bergelut seketika utk naik bukit dgn kasut tinggi, akhirnya saya berjaya rehat ambil angin di Bukit Batu Putih. berbaloi ke tak, hadoi lah, sukar nak jawab. alang-alang da sampai Tanjung Tuan ni, tak naik hingga ke puncak, rugi besau!

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

pemandangannya memang wonderful. duduk diam seketika, nikmati tanpa kata-kata. kebetulan kami ada masa berdua saje di puncak tu, memang ambil masa la. releks. lihat. dengar bunyi alam 💚. hinggalah peluh mendaki tadi tu, kering! ha ha ah ha...

taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih

on the way turun, nak balik, dengan sahnya kaki saya melecet. terpaksa lapik dgn tisu. hadoi hadoi 😁. bertabahlah bila kena scam dgn yg tercinta. nak ride, tapi kena hiking sekali! hu hu hu hu memang la bukan minat saya.  namun, demi spending time with my mr.Asben di usia nak dekat 50-an ni, saya ikhlaskan segalanya. selagi kami berdua sihat dan mampu, kami meraikanlah kegemaran masing-masing.

... ok bye!
mau pergi sidai baju 😀.