assalamualaikum 😃
mcm biasa la, kisah throwback memang byk dlm blog ni. jarang nak punctual update cerita 😄 ha ha ha ha... harap readers tak la keliru ek ha ha ha ha...
Port Dickson - 8.1.2023.
mr.Asben ajak ride and sarapan di PD. meskipun saya ni tak brape la minat naik motor lama-lama, demi nak teman mr.Asben, saya follow. tak minat, tapi just nak enjoy sama-sama dgn dia. meraikan minat dia. teman dia jalan-jalan cari makan 👌.
jam 9.00 pagi, da park motor.
wefie sekeping 💛.
share dulu la gambar kami berdua sebelum bercerita lanjut 😎.
mudah sangat nak tiba di kafe ni.
search location di google maps. jalan terus dan sampai ✌. tepi jalan da nampak signboard. so saya dan mr.Asben ride, memang best la all the way from Melaka nak ke PD. dari Durian Tunggal, kami ride melalui kampung saya, pekan Kuala Sungai Baru terus ke Kuala Linggi. jalan terus, ke Pasir Panjang dan kami tak lalu Teluk Kemang on the way ke kafe. kebetulan, perjalanan kami dari Pasir Panjang ke kafe, hujan gerimis. nak cepat, kami lalu Jalan Pintasan Teluk Kemang.
tiba di persimpangan ini, sila masuk ke simpang kanan.
seketika, kita tidak akan lalu tepi laut.
ke Jalan Pintasan Teluk Kemang.
ke Jalan Pintasan Teluk Kemang.
perjalanan yang dihidangkan dgn pemandangan indah sepanjang jalan.
sesiap ada signboard utk park motor ye.
jgn la park merata.
kawasan utk parking kenderaan adalah mencukupi.
di sini dan nun di sebelah dalam sana.
apa yg penting, sila park kenderaan dgn elok.
jgn sesekali ganggu laluan.
seawal jam 9 pagi kami dah tiba di Kafe Kampung Kaw, PD. ramai orang! ada pelanggan sedang beratur tunggu bila boleh masuk. di dalam pulak penuh setiap meja. giliran masuk adalah bila ada meja yang kosong. tapi, jgn risau. beratur tidak lama. few minutes sahaja. tempat beraturnya pun selesa.
sewaktu tiba, beratur menunggu meja kosong, kita diberikan menu.
boleh isi dan berikan kpd adik yg bertugas.
few minutes, saya da berada di barisan depan.
excited! 😀
tadaaaaa... the next minute, dah selesa dok kat meja no. 18.
meja couple tau 😉.
"i am hungry, husband..." 😄
awning tudung pun cantik, kan.
da pandai dah camne bertudung dan berhelmet ha ha ah ha 😂.
apa yg saya order?
- nescafe tarik kaw
- hot chocolate
- nasi impit goreng
- nasi lemak sambal sotong
- kueh gemok + sambal sardin
- roti bakar
- telur separuh masak
nasi impit goreng.
nasi lemak sambal sotong.
tinggal 1 je, 1 lagi roti bakar mr.Asben da ngap! 😄
kueh gemok cicah sambal sardin.
roti puri ni 😋.
aida ni mik gambar sesaje! 😄 ha ha ha ha... sebab selepas itu, makan, makan, makan... no more snap snap gambar ye. hungry mcm rimau dah time tu.
sedap! sehingga semua licin kami berdua makan. suasana yg santai. pengudaraan yang helok. semua pelanggan releks. nikmat yg mana nak saya dustakan? alhamdulillah.
waktu operasi Kafe Kampung Kaw, PD :
- buka pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 8 pagi hingga jam 2.30 petang
- kecuali pada hari Jumaat, buka dari jam 8 pagi hingga jam 12.30 tgh hari
- Isnin tutup
ada tempat istirehat.
di belakang sana tu adalah tandas ye.
bersih 👌.
[ boleh baca kisah ride saya yang lepas Ride 1.0 : Makan Mee Bodoh, Tengkera dan Ride 2.0 : Round Bandar Melaka ]
next entry, hiking Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan 😉.
8 Comments
Bestnya ride.. sy x penah naik motor dgn en suami... apatah lg pegi ride bagai.. haha
ReplyDeleteBestnya dating-dating ni :)
ReplyDeleteMakanan nmpk sedap dan kedainya pun nampak bersih. Berbaloi datang jejauh :)
makanan sedap tu jadi penawar penat badan duduk atas motor lama. hehe
ReplyDeletejauh betul JJCM hehehe suka tgk suasana resto mcm ni
ReplyDeletejauhnya ride nak jalan2 cari makan tu!
ReplyDeleteSeronoknya ride ngedate berdua. Luas ya kafe tu.
ReplyDeleteBoleh try nanti kalau ke pd
ReplyDeleteweekends confirm penuh ni...lebih2 kalau cuti sekolah
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.