assalamualaikum.
salam sejahtera semua 😊. bersua kita di hari Jumaat. alhamdulillah.

Sabtu lepas, 28.1.2023, alhamdulillah, majlis graduasi utk kak Nurin. saya memang tak lepaskan peluang ni utk hadir bersama-sama dan menyaksikan sendiri kak Nurin naik pentas dan terima sijil.

ketahuilah bahawa anak sulung saya ni, kak Nurin Nazihah adalah calon SPM 2022. batch yg lahir tahun 2005 bakal tamat sekolah skit masa lagi, in shaa Allah. mengetahui hakikat itu, dlm kerisauan saya dgn SPM yg bakal tiba nanti, di satu sudut hati saya, sayu ngenangkan anak sulung saya akan berusia 18 tahun, thn ni.

Haflah Takharruj 2022 | Meraikan anak-anak tingkatan 5 SMK(A) Sharifah Rodziah
anak sulung saya yg disayangi 💜
"tahniah, darling"

Haflah Takharruj 2022 | Meraikan anak-anak tingkatan 5 SMK(A) Sharifah Rodziah

Haflah Takharruj 2022 | Meraikan anak-anak tingkatan 5 SMK(A) Sharifah Rodziah

pagi tu, saya hadir awal bersama Syuhada. mr.Asben dan Izzat tidak dpt bersama kerana ada hal lain yang perlu diutamakan. majlis dijadualkan bermula jam 11.00 pagi. kami da siap-siap duduk di barisan hadapan jam 9.50 pagi. saya always excited bila menghadiri majlis keraian anak-anak.

dari dewan tu kosong hinggalah dipenuhi dgn tetamu dan anak-anak tingkatan 5 yg diraikan. majlis yang diadakan oleh pihak sekolah amat istimewa meskipun dikatakan ia sederhana. tidak bagi saya, ia majlis yang amat indah. memorable 💚.

Haflah Takharruj 2022 | Meraikan anak-anak tingkatan 5 SMK(A) Sharifah Rodziah

Haflah Takharruj 2022 | Meraikan anak-anak tingkatan 5 SMK(A) Sharifah Rodziah

keraian ini adalah untuk keputusan cemerlang anak-anak tingkatan 5 ni sempena peperiksaan percubaan SPM yg lepas. dimaklumkan oleh Tuan Pengetua, prestasi anak-anak Sharodz ni semua adalah yang paling cemerlang dalam sejarah kerana di tangga pertama di seluruh Melaka. alhamdulillah 😊.

tahniah Nurin dan kawan-kawan. setelah berusaha siang hingga ke malam, ini adalah berita yang paling best utk korang. sesuatu yang menggembirakan. sesuatu yang membanggakan. 

Haflah Takharruj 2022 | Meraikan anak-anak tingkatan 5 SMK(A) Sharifah Rodziah

Haflah Takharruj 2022 | Meraikan anak-anak tingkatan 5 SMK(A) Sharifah Rodziah

bermula dari minggu ni, anak-anak ni dah pun bermula dgn amali sains. happy kak Nurin bila berakhirnya amali Kimia pagi semalam. alhamdulillah... minggu-minggu berikutnya, anak-anak ni akan diuji dgn beberapa ujian lagi. seterusnya, akan bermulalah peperiksaan bertulis sehingga pertengahan Mac nani.

semoga kesemua anak-anak batch 2005, kak Nurin dan kawan-kawan, sihat sempurna dan dilindungi Allah. mereka dpt kekal bersemangat sehingga ke hari terakhir. in shaa Allah.