assalamualaikum.
selamat pagi Isnin 😊.
tak mau ek Monday blues! 😄 outdated sgt dah Monday blues di kala tahun 2023 ni. kita-kita sekarang always cargas di hari apapun. but, triple cargas la di hari Jumaat, kan hi hi hi...
jam 9 pagi ni, saya gerak ke JB. kembara kerja sehari lagi dari Melaka ke JB, in shaa Allah. maka, selesai kemas rumah dan apa patut, dpt lah jari-jemari ni bersenam di keyboard laptop. update cerita di blog tentang aktiviti hujung minggu. sebelum ia menjadi cerita basi, lebih baik la ada waktu terluang ni, di tempek helok dlm blog.
sebelum cerita lanjut, dipaparkan dulu gambar Izzat bersama 2 medal yg dimenangi. acara yg Izzat sertai adalah lari 100m (pingat perak) dan lari 4x100m (pingat gangsa).
terlewat tiba di padang. jam 7.45 pagi baru sampai, aduhai... patutnya jam 7.30 pagi anak-anak SRITI dah kena ada utk bersiap sedia perarakan rumah sukan jam 8 pagi. maaf la Muallim dan Muallimah.
jam 8.05 pagi, perarakan rumah sukan bermula.
cuaca amat baik, alhamdulillah.
murid SRITI tak ramai seperti sekolah kerajaan. maka, acara perarakan rumah sukan berlangsung sekejap dlm keadaan yang amat rapi. tidak berlama-lama. kemudian diikuti dengan laungan Asma-ul-Husna, nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu SRITI.
bacaan doa dan ucapan dari Pengerusi SRITI An-Najah. alhamdulillah. cuaca pulak baik. segalanya berlaku sekelip mata dan amat lancar.
jam 8.50 pagi, semua anak-anak da warm-up.
memasing dah bersedia utk bersukan!
port ibu ayah Izzat 😍.
kerusi healing takkan dilupakan.
di mana pun, mesti bawa.
mana-mana pokok nan rendang, di bawah tu la kami healing tgk Izzat bersukan.
rupanya, kakinya sakit! itu yg dia lari dlm keadaan yg kesakitan. kawannya yg maklumkan saya, "acik, semalam dia ada cakap dgn saya kaki dia sakit."
Allahu, Muhammad Izzat... tapi tu la, semangat dia lain macam. tetap juga dia nak perform utk larian 4x100m. perolehi pingat gangsa, alhamdulillah.
pingat perak 💛.
bersama Muallim Muin (berbaju biru).
Muallim yg membimbing Izzat utk larian.
pingat gangsa 💛
tempat ketiga utk perarakan rumah sukan.
terbaik Al-Jazari .
dlm jam 2 petang, selesailah sessi penyampaian hadiah. anak-anak gembira. ibu ayah pun ceria. penat jadik tukang sorak 😁. always, anak yg bersukan, ibu-ibu yg over tepi padang, kan.
seronok bila kembali ada sukan sekolah. anak-anak semua dpt melepaskan stress belajar bila bersukan. kebetulan Izzat ni atlet sekolah, saya memang sukalah dedahkan dia dgn sukan-sukan ni. anak lelaki sorang, bersukanlah.
dinner Sabtu nya tu, ayah belanja makan di Rumah Makan 100 Tahun, Ujong Pasir 😍.
next entry ye.
👋 bye for now.
3 Comments
bestnya Izzat menang.. hehe majulah sukan utk negara
ReplyDeleteBetul tu.. Bila ada sukan kembali, seronok tengok anak-anak.. Mak Ayah memang tukang sorak terbaik.. hehehe
ReplyDeletemmg meriah lah.. mmg boleh hilang stress kalah menang tu tak penting tapi tahniah anak2 aida power2 juga
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.