assalamualaikum.
bersambung kisah Sabtu lepas, separuh hari di padang, Izzat bersukan 👉 Kejohanan Sukan SRITI 2022/23, petangnya, mr.Asben belanja makan luar. kami dinner awal 😋. happy la. meskipun jadik tukang sorak utk Izzat, penatnya bukan main! 😖 penat!
ke manakah?
ke Ujong Pasir, Rumah Makan 100 Tahun 😍. kuasa TikTok zaman now, kami yang lebih 20 tahun dok Melaka ni baru nak jejak makan-makan di Ujong Pasir. sebelum ni, hmmmm tak kuasa nak gi makan jauh-jauh sana 😀. demi nak merasa makan di kedai tular, onz la.
tanda hadir 👌.
sebagai org Melaka, diakui bahawa sgt jarang kami jejak ke bandar Melaka. terutama hujung minggu. seantero Malaya tahu kesibukan negeri Melaka di kala hujung minggu, cuti sekolah dan lelebih lagi bila da cuti terkepit-kapit. kerana tu la, memang sgt lama dah tak ke Ujong Pasir. memang rare la Aida & famili ke Ujong Pasir 😄.
Selamat Datang ke Rumah Makan 100 Tahun 💛.
kami di sini jam 6.15 petang.
cuaca amat elok.
😊 kami pilih utk lepak makan kat luar.
ada perigi tau kat laman.
pada anak-anak yg tak pernah tgk live perigi, sini la tempat utk menimba ilmu.
alas meja semua guna kain batik 😍.
legend yg amat amat.
asam pedas tetel.
review : kuah sedikit cair. daging liat 😖.
tapi boleh di makan. rasa tu ada 💛.
masak lemak cili padi siput sedut.
review : kuah cair. pedas!
ok. sedap. pijau bibir saya nyedut siput 😄.
sambal balado & sambal belacan.
review : 2 ni la yg memikat selera.
2 ni la yg buat nasi sepinggan licin habis.
nasi goreng kampung 100 tahun.
review : tak sempat rasa 😅.
Syuhada dan Izzat habiskan licin. sedap la tu 👍.
inang-inang.
best. tak guna keropok ikan.
ia disediakan dgn nasi goreng. konsep Melaka.
cekodong bawang
review : sedap!
order 2 pinggan ye.
makan panas-panas, cicah sambal tumis 👍.
secara ringkasnya, pengalaman makan-makan di Rumah Makan 100 Tahun?
meskipun asam pedas dan masak lemak tu tak brape kena dgn tekak, still best menjamu selera kat sini best! makan, gelak ketawa dgn anak-anak, berborak hal-hal keluarga. then lokasi rumah makan ni pun tgh bandar, persekitaran tak bosan. the way rumah makan ni didekorasi, menarik. few minutes juga la kami bersiar-siar di persekitaran. snap snap gambar utk dijadikan bahan update blog 😃.
lokasi di persimpangan nak masuk ke Kampung Portugis, Ujong Pasir.
naik juga la ke atas rumah.
ruang pentadbiran Rumah Makan 100 Tahun.
laluan ke bilik-bilik makan.
selesa.
makan bersila bersopan santun 😉.
ini pulak ialah tempat makan bawah rumah 😍.
kalau dulu kala kat rumah atok saya, sinilah tempat kami main pondok-pondok.
ni meja-meja makan tepi rumah pulak.
santai. tepi jalan. releks!
best, kan?
teruja tak nak dtg?
datang la, jgn tak datang. makan-makan tu satu. menikmati suasana Melaka tu satu hal lagi. bila 1 hal ni bergabung, then situasi makan-makan tu lebih bermakna. in shaa Allah.
ke dalam skit, Portuguese Settlement.
Kampung Portugis 😊.
6 Comments
suasana kedai makan tu lawo kak, dalam banyak2 makanan cekodok tu paling win ye kak...
ReplyDeleteKalau makan di bilik-bilik makan tu agaknya macam kita datang makan kat rumah orang kampung kan. Menarik konsep kedai makan ni.
ReplyDeleteSaya pun sebolehnya elak ambil gambar ada orang lain, sebab nak jaga privacy orang. Tapi kalau terpaksa ambil, saya cuba blurkan.
patut laa rs mcm.pelik tgk kat papan hijau bertulisan jawi tu. bkn 100 tp 001 tahun😁
ReplyDeletesemua menu2 nampak sedap! lama tak ke melaka.. hahah. bkn sbb jauh 1 hal tp sbb jem dia lg teruk dr penang. hahaha
ReplyDeleteWah next time gi melaka bole singgah sini
ReplyDeleteCantik.. Boleh masuk list tempat untuk dilawat kalau lajak ke Melaka.. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.